Posts

LATHEEFA SNOWDEN

Image
Sejak semalam isu politik dan sembang kedai kopi khususnya di media sosial banyak berkisar kepada pendedahan 9 klip rakaman audio perbualan apa yang didakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai “konspirasi jenayah” besar untuk mengganggu proses keadilan berhubung penyiasatan 1MDB. Susulan pendedahan tersebut, bermacam-macam reaksi dan kenyataan yang dibuat berhubung perkara tersebut dari pelbagai pihak tidak kira institusi atau orang perseorangan. Malah mereka yang tidak pernah lihat buku-buku undang-undang pun seakan-akan sudah berubah menjadi barisan peguam dan hakim yang bijaksana. Nasib baik tidak memakai jubah dan wig. Mentang-mentang Najib cetuskan slogan ‘transformasi’, semua sudah transform jadi pengamal undang-undang. Apapun, dalam usaha menyuburkan demokrasi khususnya kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, ia bukanlah masalah besar selagi tidak menghasut mana-mana orang melakukan kesalahan bertentangan dengan undang-undang. Izinkan s...

INI BUKAN TSUNAMI TETAPI MINAMI, MASDO DAN AMORE

Image
Skrip drama setiap kali pilihanraya sejak sekian lama apabila kalah mesti berbunyi, “kami terima dengan hati terbuka.” Rakyat langsung tak peduli samada yang kalah terima dengan hati terbuka atau hati tertutup kerana hati terbuka itu hanya ketika tersungkur. Rakyat juga tak peduli jika yang menang berjanji itu ini asalkan dapat mengajar pihak yang kalah. Bak kata sahabat seorang ini, rakyat bukan seronok BN menang, tapi seronok PH kalah!” Malah rakyat pun tak kisah jika kekalahan ini dianggap sepahit jadam atau semanis gula untuk ditelan. Kata seorang menteri bahawa “Rakyat sudah bersuara. Suara Rakyat, Suara Keramat.” Sebenarnya rakyat sudah bersuara agak lama sebaik PH tumbangkan kerajaan syaitan penyamun dalam PRU14 yang lalu. Ketika itu juga sudah sama nadanya ‘Suara Rakyat, Suara Keramat.’ Rakyat tidak mahu mendengar kononnya janji PRU14 sudah 51% ditunaikan jika yang ditunaikan itu tidak menampakkan perubahan pada kehidupan mereka khususnya dari perspektif ekonomi. Kaum Cina ti...

PEMBURU KUASA

Image
Siang tadi saya sempat membaca bab sepuluh buku berjudul ‘Sudut Pandangan’ karya Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra. Dalam bab diberi judul Pemburu-Pemburu Kuasa ini, saya seakan-akan melihat keadaan sama sedang berlaku di pentas politik negara yang kita cintai ini. Apa yang saya maksudkan adalah berkenaan dengan makhluk-makhluk di sekeliling Perdana Menteri dan tidak salah untuk mengaitkan dengan menteri-menteri juga. Menurut Tunku dalam buku ini, beliau menceritakan bagaimana ketika Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri, media melaporkan bahawa Perdana Menteri membuat ucapan mengkritik pegawai-pegawai perkhidmatan awam pada hal beliau tidak berbuat demikian. Perdana Menteri menegaskan bahawa ianya bukan salah pihak akhbar tetapi kesalahan pihak yang menyediakan draf ucapan beliau yang belum dipersetujuinya tetapi draf ucapan ini telah diedarkan terlebih dahulu kepada pihak media tempatan. Kata Perdana Menteri, beliau tidak ada membuat kritikan tersebut sew...

BUKAN LAGI SOAL CINTA

Image
Siapapun yang menang walaupun ditawarkan bulan dan bintang, hidup rakyat tetap sama. Yang pasti adalah pemenang akan menjadi wakil rakyat bergelar YB, mendapat gaji dan kemudahan setara dan anak isteri gembira dengan kejayaan tersebut. Alangkan pilihanraya umum berlaku pertukaran kerajaan persekutuan pun harapan rakyat dan janji utama yang diharapkan rakyat tidak mampu ditunaikan, inikan pula sekadar Pilihanraya Kecil (PRK) di mana gudang-gudang janji berselerak. Tidak perlu berjanji untuk menjadi harimau seperti dinyatakan Muhyidiin atau gergasi kerana ianya memerlukan belanja besar disebabkan harimau dan gergasi makan kuat sedangkan pendapatan rakyat sedikit. Rakyat mengharapkan dengan bertukar kerajaan sekurang-kurangnya subsidi minyak dikekalkan untuk seluruh rakyat menikmatinya kerana sebelum ini di zaman penyamun Najib subsidi ditarik atas alasan paling tidak munasabah. Alasan Najib kononnya dengan pemberian subsidi akan menyebabkan meningkat aktiviti penyeludupan bahanapi dan ...

SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK

Image
Bekas Ahli Parlimen DAP Kua Kia Soong yang berselindung sebagai aktivis sosial yang juga merupakan Penasihat SUARAM sebuah NGO yang mendakwa menyuarakan pendapat rakyat Malaysia dan selalunya bertentangan dengan pendirian kerajaan muncul dengan kenyataan terbaru mempersenda Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Secara sinis beliau berkata tidak tahu negara memiliki Perdana Menteri orang asli dalam kenyataannya. Kenyataan beliau ini dibuat ekoran Perdana Menteri menyatakan orang Melayu sebagai orang asal negara ini sebaliknya Kua berkata perlembagaan persekutuan hanya mengiktiraf orang asli sebagai orang asal. Tambahnya lagi, Perlembagaan Persekutuan tidak mentafsirkan bangsa Melayu sebagai orang asal dan ianya ‘sangat salah dan tidak tepat’ merujuk Melayu sebagai orang asal Semenanjung Malaysia. Sebenarnya tidak begitu sukar untuk menelah sikap Kua Kia Soong DNA DAP ini kerana selain posisi disebutkan di atas, beliau juga merupakan Pengarah Dong Jiao Zong (DJZ) Kolej New Era yang...

LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam).

Image
Beberapa hari ini negara bergegar gara-gara penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara 7 individu terkait dengan LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) dalam operasi awal. Operasi susulan kemudiannya menambah jumlah seramai 5 orang lagi menjadikan angka terkini seramai 12 orang. Tangkapan terbaharu termasuk seorang guru dan seorang CEO sebuah syarikat. Masyarakat seharusnya memberi sokongan padu kepada PDRM dalam usaha membanteras aktiviti keganasan di negara ini khususnya para menteri kabinet serta pemimpin di dalam Pakatan Harapan (PH). Wakil-wakil rakyat merupakan warga legislatif yang menggubal undang-undang negara dan sekiranya mereka dilihat tidak menghormati undang-undang, jangan salahkan rakyat sekiranya rakyat juga tidak menghormati undang-undang. Bapa kencing berdiri, anak-anak akan berlari-lari kencing sana-sini. Usah dipertikaikan kenapa SOSMA digunakan terhadap kesemua mereka ditahan kerana satu-satunya unda...

NAJIB EXKOBAU JAUH LEBIH CEMERLANG BERBANDING PABLO ESCOBAR

Image
Membaca riwayat hidup Najib sambil membayangkan mirip siapa gerangan mantan Perdana Menteri ini membuatkan saya tiba-tiba terkenang akan hero sebahagian daripada rakyat Columbia khususnya golongan miskin iaitu Pablo Escobar. Walaupun jalan dirintis masing-masing berbeza, ada beberapa persamaan cara digunakan oleh kedua-dua nama besar ini menurut kaca mata pengkaji watak. Walaupun agak keterlaluan menganggap Najib dan Pablo Escobar sebagai nama besar, namun harus diakui bahawa seluruh dunia mengenali kedua-duanya yang seorang Raja Dadah tersohor di dunia dan seorang lagi Raja Kleptokrat paling termahsyur dalam sejarah pemimpin dunia. Pablo Escobar bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan kecil yang akhirnya bergabung menjadi penyeludup terbesar dunia yang digelar ‘Medellin Cartel’. Walaubagaimanapun, Najib Exkobau dikatakan tidak perlu bergabung dengan kumpulan-kumpulan manapun untuk meningkatkan pengaruhnya kerana kumpulan-kumpulan itu yang datang menyembahnya untuk disumbat dengan ‘d...

MEMILIH BAKAL YANG BAKAL ….

Image
Pilihanraya merupakan wadah untuk setiap rakyat yang layak mengundi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil mereka samada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Pada prinsipnya, itulah matlamat asal yang dimaktubkan menurut undang-undang dan digaungkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengatasnamakan demokrasi. Namun begitu, apakah benar rakyat memilih wakil mereka atau pemimpin yang bakal membela nasib rakyat? Walaupun lebih lunak disebut ‘tepuk dada tanya selera’, lebih ikhlas dan jujur jika dikatakan bahawa rakyat tidak memilih pemimpin yang bakal membela mereka atau bakal wakil rakyat, sebaliknya memilih bakal yang bakal menyembah pemimpin besar mereka, bakal orang yang mengarah rakyat yang sepatutnya rakyat mengarah mereka, bakal Orang Kaya Baru (OKB), bakal manusia manusia yang akan menjadikan jawatan mereka nanti sebagai perkakas untuk disalahgunakan, bakal koruptor, bakal manusia yang tidak lagi menjawab panggilan talipon atau mesej dihantar orang...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Image
Lima hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan kebetulan tiga hari sebelumnya adalah hari saya menyambut kemerdekaan diri dari rahim ibu yang kini sudah tidak ada lagi untuk sama-sama menyambutnya. Setiap kali sambutan kemerdekaan maka setiap kali itulah kita sibuk dan bertelingkah soal bendera ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah yang hanya mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 sebelum dikibarkan. Bayangkan betapa hinanya kita untuk mereka-bentuk bendera pun memerlukan kelulusan orang putih walaupun sebelum itu pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan. Saya tidak bermaksud untuk meremehkan Bendera Malaysia tetapi apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah bagaimana sebahagian besar dari kita telah mengabaikan amanah para leluhur pejuang kemerdekaan seperti almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy yang meninggalkan pesan keramat, "di ata...

NEGARA PALING KAYA DENGAN INSTITUSI

Image
Apa institusi yang tidak ada di Malaysia? Setiap masalah semuanya ada institusi yang dipertanggungjawabkan walaupun tidak bertanggungjawab. Tak faham Islam? Ada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) tapi yang sedih tapi melucukan adalah yang faham Islam cuma institut tersebut bukan majoriti umat Islam negara ini. Faham apa jika sikit-sikit kafirkan orang hingga habis orang Islam negara ini dikafirkan sedangkan mengajak bukan Islam memeluk Islam tak mampu disebabkan perangai kalahkan Abu Jahal. Laungkan Allahuakbar! disambung maki-hamun dan mencarut sana-sini khususnya di media sosial apakah itu petanda Islam difahami? Masalah integriti? Ada Institut Integriti Malaysia (IIM atau INTEGRITI) tapi malangnya tahap integriti pemimpin kerajaan dan penjawat awam boleh dinilai dengan apa yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dan juga jumlah mereka yang diheret ke mahkamah dan ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bukan sikit-sikit, berjuta malah b...

SMOKE SCREEN

Image
Ada ketikanya aku merasa isu yang melanda negara satu persatu, habis satu muncul lagi satu tanpa tanda-tanda akan berakhir hanyalah 'smoke screen' bagi mengelabui mata rakyat atas kelemahan pemerintah untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat serta sumpah jawatan yang dilafazkan ketika menerima jawatan tersebut. Jangan-jangan di hadapan lain sementara di belakang pula lain. Sepertimana kita sedia maklum atau yang tidak termaklum maka saya maklumkan. Di hadapan kedai Cina adalah kedai runcit tetapi di belakangnya meja menjual nombor ekor haram yang sememangnya haram. Di hadapan kedai menjual kacang kuda, di belakang kedai mesin kuda, di hadapan kedai aktiviti urut kaki tetapi di belakang kedai urut 'Awang Liku'. Malah di hadapan kedai ada yang jual belangkas bakar tetapi di belakang pelanggan dan pelayan pelanggan menjadi belangkas berbaldi-baldi keringat bercucuran. Sebagai pemerintah, berlaku jujurlah pada rakyat. Jika sudi katakan sudi, jika benci katakan benci...

JIKA MEMBANTAH TIDAK JADI KESALAHAN, KENAPA PERLU SETUJU?

Image
Banyak isu-isu yang mendominasi media sosial ketika ini melibatkan isu remeh tetapi penting buat mereka yang masih gagal menerima kenyataan bahawa adat bertanding mesti ada kalah dan menang. Mungkin sejak 61 tahun lalu tidak pernah kalah maka minda dan jiwa sudah 'kematu' untuk dilenturkan bagi menerima kenyataan tersebut. Jika Tun Mahathir dikecam kerana sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU14 untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU14 dengan dibantu AMANAH dan Warisan, UMNO dan PAS juga sebenarnya tidak kalah dalam soal membuat pusingan 'U' apabila sanggup berdakap sesama mereka walaupun PAS pernah berkerat rotan dengan UMNO hingga terpantul 'Amanat Haji Hadi' yang disadur dari ucapan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang secara terbuka 'mengkafirkan' orang-orang UMNO. Sementara UMNO pula silih berganti menghentam PAS sebagai parti ajaran sesat. Sesungguhnya tidak ada musuh atau...

ISU KAUM KIAN NAZAK TAPI APA PENYELESAIANNYA?

Image
Daripada pengamatan umum, nampaknya isu-isu melibatkan kaum semakin nazak namun ketika yang sama tidak ada petunjuk jelas ianya ditangani dengan serius dan efektif. Ada jabatan yang sepatutnya bertanggungjawab secara langsung umpama melukut di tepi gantang. Ada tidak bertambah, tak ada pun tidak berkurang. Saya semak di laman sesawang Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri, bukan main gah masing-masing. Yang anehnya, daripada menteri hingga ke pemandu hampir semua kaum India kecuali Setiausaha Politik beliau Melayu. Setiausaha Sulit Kanan, 3 orang Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Sulit, Pengawal Pengiring dan 2 orang pemandu semua India. Yang Melayu hanya kakitangan awam seperti kerani dan sebagainya yang merupakan lantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jika struktur organisasi sendiri sudah menunjukkan dominasi kaum, tak perlu bicara soal perpaduan kaum. Buktikan pada masyarakat apa peranan yang telah dijalankan oleh menteri dan jaba...

MENYINGKAP MISTERI 'SNIPER' MENSASARKAN NAJIB

Image
Sejak semalam negara di lempar mercun bola oleh bekas Perdana Menteri kononnya setahun sebelum PRU14, bilik beliau di Bangunan UMNO Bahagian Pekan dijadikan sasaran 'sniper' berserta jarak yang didakwa dalam lingkungan 200 meter. Mengukuhkan dakwaannya lagi, beliau turut menyatakan ia ditembak menggunakan ‘long-range, high powered sniper rifle’. Tinggi kasyaf Najib boleh tahu jenis senjata digunakan penjenayah. Tambah Najib, ia sebagai isyarat dihantar kepadanya dan itulah puncanya beliau sentiasa menambah tahap kawalan keselamatan ke atasnya. Pertama sekali jika tidak kerana berlaku tembakan 'sniper' tersebut pun sebagai Perdana Menteri sememangnya sentiasa dikelilingi oleh anggota Unit Tindakan Khas tidak termasuk ADC beliau seperti yang diperuntukkan ke atas setiap Perdana Menteri. Oleh itu, tak perlu 'exaggerate' yang bukan-bukan. Persoalan kedua, apakah Najib atau ADC beliau ketika itu sudah membuat laporan polis kerana ianya satu dakwaan serius sehingga ...