Posts

Cameron Highlands Pasca PRK

Image
1. Pengundi di parlimen Cameron Highlands dah tunjukkan apa yang mereka mahu dan bagi yang menang tunaikan janji-janji kamu dan yang kalah perbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang dikesan. 2. Tak ada gunanya kembang pungkoq bangga dengan kemenangan dan sia-sia jika yang kalah menuding jari sana-sini. Baik BN mahupun PH tidak hebat manapun kalah atau menang kerana BN berjaya kekalkan kerusi milik mereka dalam PRU14 dan PH kekal dengan status quo. 3. Yang pasti untung adalah Ramli calon Orang Asli yang berjaya menjadi Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana selain mendapat pencen pegawai polis, dalam tempoh 4 tahun ini juga dapat gabus gaji dan elaun Ahli Parlimen. 4. Apalah sangat yang beliau dapat lakukan membantu Orang Asli samada di Cameron Highlands dan seluruh negara. Bukti selama ini menunjukkan orang politik sendiri yang terjun dalam sebuah parti politik menjadi wakil rakyat tidak banyak yang dilakukan selain membesarkan tembolok dan menambah angka dalam akaun...

CAMERON HIGHLAND TIDAK SEDINGIN YANG DIJANGKA

Image
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sudah diumumkan dan umum mengetahui bahawa Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi tradisinya itu apabila calonnya Ramli Md Nor menang dengan majoriti 3,238 selepas meraih 12,038 undi keseluruhan. Sementara itu calon Pakatan Harapan (PH) yang tewas M Manogaran meraih 8,800 undi dan dua calon BEBAS, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing mendapat 276 dan 314 undi. Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sementara Ramli mencatat sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi ahli parlimen; Daripada pengalaman saya yang lalu samada dalam Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK, elemen utama menjadi penanda aras kemenangan calon dan sesebuah parti adalah mood pengundi. Mood pengundi semestinya berkait rapat dengan sentimen pengundi di kawasan berlakunya pilihanraya samada PRU atau PRK. Elemen yang begitu penting inilah yang saya amati gagal ditimang dan dibelai calo...

SALAHKAN DIRI SENDIRI

Image
Lagi-lagi DAP, lagi-lagi jangan jadi khadam DAP dan Cina. Kononnya Cina dan DAP sudah menguasai kerajaan dan kedudukan penting dalam negara ini walaupun hakikat sebenar berapa kerat sangat menteri kabinet dan posisi penting dalam negara dikuasai bukan Melayu dan jelas ianya tetap majoriti dipegang oleh bangsa Melayu. Propaganda bahawa negara sudah mengikut telunjuk DAP dan Cina tidak lebih dari tindakan melampiaskan kekecewaan pihak yang kalah dan enggan menerima kenyataan. Tetapi untuk tidak menghampakan golongan yang tidak mahu menerima kenyataan ini, saya mengandaikan ok benar negara dikuasai DAP dan Cina seperti dakwaan mereka. Salah DAP dan Cina kah jika itu berlaku? Jika benar UMNO dan PAS benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan Islam, kenapa tidak dilakukan ketika UMNO masih berkuasa dan menjadi kerajaan dan PAS masih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat? Kenapa setelah UMNO hilang kuasa dan PAS sudah dipinggirkan baru melalak ke sana sini pentingnya M...

NAJIB MENGABSAH DAN MENYEMPURNAKAN KATA-KATA IBNU KHALDUN

Image
Saya beranggapan ramai yang mengetahui siapa Ibnu Khaldun dan tidak sedikit yang pernah mendengar tentang buku karya beliau berjudul al-Muqaddimah. Cuma saya kurang pasti berapa ramai yang sudah membaca buku tersebut samada dalam bahasa Inggeris, terjemahan Melayu dengan 6 bab oleh DBP atau bahasa asalnya. Atau setidak-tidaknya membaca sinopsis buku ini yang lebih mudah dan cepat dihabiskan. Namun, berapa ramai yang sudah membaca walau apa juga bahasanya dan setidak-tidaknya sinopsisnya, apakah tidak terdetik untuk dijadikannya sebagai panduan dan iktibar bagi mengelakkan runtuhnya sesebuah empayar, dinasti atau kerajaan yang dibina dengan air mata, keringat dan darah oleh orang-orang terdahulu? Dalam karyanya al-Muqaddimah ini, Ibnu Khaldūn turut menyentuh mengenai kitaran pemerintahan. Menurut Ibnu Khaldūn, pada peringkat pertama kelahiran sesebuah peradaban, iaitu sejurus selepas berlaku peralihan kuasa daripada tampuk pemerintahan sebelumnya, pemerintah menjadi contoh dan teladan...

PEMIMPIN

Image
Setiap pemimpin yang dilantik atau dipilih jangan sesekali sombong, takbur dan lupa diri. Apapun kedudukan kamu, semuanya hanyalah dipinjamkan sementara untuk diuji oleh Allah swt. Jawatan dan kedudukan seseorang pemimpin itu adalah amanah yang amat berat dan akan dipersoalkan nanti di hari akhirat. Menurut Dr. Kassim Ahmad dalam bukunya ‘Esei-Esei Politik’ dalam bab 22 berjudul ‘Memilih Pemimpin’ di halaman 121, “Seorang pemimpin atau wakil yang telah kita pilih boleh berubah, atau para pemilih boleh tersilap waktu memilihnya kerana propaganda, suasana fitnah, janji-janji manis dan sebagainya waktu berkempen. Dalam keadaan-keadaan ini, bagaimanakah masyarakat boleh membetulkan kesilapannya? Itulah caranya yang utama iaitu melalui kritikan saintifik: kritikan dalam mesyuarat agung parti yang diadakan setiap tahun, kritikan dalam mesyuarat jawatankuasa yang diadakan setiap bulan, kritikan melalui surat atau dalam media pada bila-bila masa. Kritikan saintifik ini amat berkesan, walaupu...

DI MANA PERANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Image
Petang tadi ketika mengemas kabin buku lokasi koleksi semua buku-buku saya, saya terjumpa semula makalah lama yang dicari-cari agak lama sejak kali pertama saya membacanya pada 11 Januari 2016. Makalah yang mengandungi kertas putih berjudul 'Niat Khianat Indonesia Terhadap Malaysia' diterbitkan Jabatan Penerangan Persekutuan Malaysia pada 23 April 1964 ini hadiah dari teman FB pada 11 Januari 2016 hari sama saya membacanya hingga usai. Terima kasih Tauzmie Bt Abu Bakar atas sumbangan pada saya kerana mungkin diketahui minat saya membuat koleksi buku-buku non-fiksi. Membaca semula makalah ini membuat saya terkenang tentang peranan Jabatan Penerangan yang kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Saya tidak pernah berhenti menegur soal peranan Jabatan Penerangan yang menjadi sayap kerajaan untuk memberi penerangan kepada rakyat samada mengenai dasar-dasar kerajaan, pendirian kerajaan dalam sesuatu isu, langkah-langkah kerajaan dalam membantu ra...

HISHAMUDDIN TIDAK PERLU BERBOHONG DAN BERSELINDUNG DI BELAKANG MKN

Image
Sebaik berita penglibatan tentera Malaysia di Yaman atas nama Ops Yaman 2 dibongkar Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong, Hishamuddin Hussein bekas menteri pertahanan Malaysia memberitahu bahawa Chin Tong sepatutnya faham tentang hal seperti rahsia negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya. Rasanya sudah terlalu banyak alasan RAHSIA NEGARA digunakan untuk menutup kebejatan dan kegagalan pemerintah sebelum ini termasuklah isu 1MDB. Hisham sudah tidak layak bercakap soal RAHSIA NEGARA jika sudah berapa banyak rahsia yang menjadi punca berlakunya penyelewengan dengan menjadikannya sebagai alasan untuk menggondol dan membersihkan segala kantung negara asal saja bunyi wang. Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula janganlah dijadikan kubu mempertahankan dirinya yang amat terdesak sekarang. Kata-kata 'The Truth Will Prevail' jangan sesekali dianggap enteng. Rakyat bukan bodoh untuk begitu mudah dikelirukan. Rakyat juga tahu apa peranan MKN dan apa yang MKN mampu laku...