Posts

DIKTATOR

Image
Perkataan diktator dan demokrasi selain begitu popular di kalangan mereka yang berbicara soal politik, ianya juga silih berganti digunakan untuk membandingkan antara satu sama lain. Tidak sedikit menjadikan perkataan diktator sebagai asas melakukan penentangan terhadap seseorang pemimpin yang tidak sehaluan kerana mereka amat faham bahawa setiap manusia tidak suka kepada diktator. Maka jalan pintas merangsang kebencian terhadap seseorang yang mahu ditunjal dan ditendang dari kerusi kekuasaan adalah dengan melabel perkataan diktator. Secara umumnya, diktator merujuk kepada seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak dan biasanya bukan dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa perundingan dengan pihak atau badan lain. Sementara demokrasi pula merupakan satu idealogi penting yang menjadi pegangan sebahagian besar negara di dunia. Demokrasi merujuk kepada satu sistem kera...

BILA URUSAN DISERAHKAN BUKAN PADA AHLINYA

Image
Baik soal politik, sosial, ekonomi bahkan soal mengurusi musibah segalanya jadi tak menentu jika yang diamanahkan itu tidak amanah, tidak layak dan hanya menjadi keldai disarungkan jubah dan serban walaupun di belakangnya berkarung kitab-kitab. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” Nampaknya itulah yang berlaku dalam negara ini sebaik rejim kleptokrat dinyahkan pada PRU14 lalu. Keadaan hampir sama seperti apa yang berlaku sebaik sahaja Soeharto ditumbangkan pada tahun 1998. Apa yang digambarkan oleh Emha Ainun Nadjib dalam bukunya Mati Ketawa ala Refotnasi - Menyorong Rembulan mirip sekali. Katanya, “ Bangsa Indonesia tetap saja berkutat dan terkurung oleh hal yang sama, bahkan malah lebih parah. Krisis ekonomi tidak berkurang. Pemerintah yang bar...

NASIB CENDEKIAWAN

Image
Ketika berucap sempena penerimaan anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1427H, Dr Siddiq Fadzil menyebut, “Memang nasib kaum cendekiawan tidak sentiasa baik; dari Socrates yang mati dipaksa meminum racun, al Imam Ahmad bin Hanbal yang menderita disiksa dan didera dalam kurungan jerjak-jerjak besi kerajaan ‘Abbasi’, hinggalah kepada cendekiawan cilik, penangkis serangan Todak di Singapura yang dibunuh kerana kecerdasannya ditakuti akan menggugat establishment berotak tumpul dan mandul.” Merenung sekeliling kita dengan apa yang sedang berlaku dalam negara, situasinya mirip seperti yang disebut dan digambarkan oleh Dr Siddiq Fadzil. Masyarakat sudah tidak lagi mengejar untuk menjadi cendekiawan kerana lebih menguntungkan ,menjadi hartawan dan jutawan. Mau jadi pemimpin, mau jadi wakil rakyat yang mewakili pemimpin bukannya rakyat, mau jadi Menteri atau Exco Kerajaan Negeri, Mau menjawat jawatan penting termasuk mereka di sekeliling pemimpin besar memadai dengan berkebole...

MASIH WARASKAH KITA ATAU KEWARASAN MASIH TERTUNDA?

Image
Tidak ada manusia yang mahu ditipu dan tidak akan ada manusia yang bertepuk-sorak seronok bukan kepalang dikelentong oleh sesiapapun. Oleh itu, apabila sesebuah kerajaan yang berjaya ditubuhkan hasil dokongan rakyat menumbangkan kerajaan sebelumnya yang terkenal dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa, semestilah harapan rakyat untuk melihat kerajaan baru yang ada itu adalah sebuah kerajaan yang bersih, menepati janji, mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak berbelit-belit dalam mengotakan janji-janji dibuat sebelum mereka menang. Namun demikian, ada ketikanya kita juga perlu memberi sedikit ruang bernafas kepada sebuah kerajaan baharu yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan 9 bulan untuk menyamak dan mensucikan najis berselerak sana-sini sejak begitu lama puluhan tahun. Bayangkan dengan menerima peralihan kuasa daripada rejim korup lagi licik dan penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana awam serta beban hutang yang begitu besar dan menuju keruntuhan sesebuah n...

MALAM PERTAMA JUGA PERLU WARAS

Image
Membaca berita mengenai insiden Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa telah diserang penyokong-penyokong BN dari UMNO serta memaki-hamun dengan kata-kata kasar seperti, anjing, babi, hancing dan bermacam lagi pagi ini ketika penamaan calon PRK Semenyih mengingatkan saya kepada insiden yang berlaku dalam PRK Lunas pada tahun 2000. Dalam insiden tersebut, lapan buah bas telah dihalang oleh orang ramai untuk meneruskan perjalanan ke bilik Gerakan BN di sekitar Lunas. Ketegangan tersebut mengakibatkan ramai yang ditangkap gara-gara penahanan bas yang didakwa membawa pengundi hantu. Antara yang ditangkap dan didakwa di mahkamah termasuklah Azmin Ali, Tian Chua, Ezam Mohd Noor, Zamil Ibrahim, Gobalakrisnan, Roslan Kassim dan aktivis PAS Mohd Fauzi Awang Kecil, Khairi Yahya dan Ahmad Khairuddin Jamaluddin didakwa melakukan rusuhan dan huru-hara kerana menghalang dan menahan bas-bas yang dikatakan membawa pengundi hantu. Pilihan raya pada 29 November 2000 itu dimena...

FOURTH ESTATE

Image
Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, tiga estet atau pilar kepada sebuah negara bagi memandu dan mengawal perjalanan pemerintahan negara merupakan legislatif, kehakiman dan eksekutif. Banyak pihak yang membincangkan soal ini khususnya dari sudut pengasingan kuasa iaitu doktrin politik yang dicipta oleh ahli pemikir Perancis bernama Baron de Montesquieu. Namun demikian, sejauh manakah ketiga-tiga estet yang menunjangi pemerintahan negara ini berjaya mengawal, mengurus dengan berkesan dan menentukan ia memanfaatkan rakyat dan negara. Sudah begitu banyak contoh sebelum ini menunjukkan selain berlakunya pertindihan kuasa, lebih membimbangkan adalah penyalahgunaan kuasa oleh ketiga-tiga cabang ini khususnya eksekutif. Maka dari sinilah muncul idea penulis satira Scotland era Victoria, Thomas Carlyle (1795-1881) orang pertama yang mula merujuk istilah fourth estate sebagai pewarta, pemberita, wartawan dan orang media. Carlyle dalam bukunya On Heroes and Her...

BOHONG

Image
Bohong bukan soal main-main kerana ianya cerminan integriti dan kredibiliti seseorang. Apa lagi jika ianya seorang pemimpin. Ketika saya bertugas di Perlis dahulu, Ketua Pemuda Perlis pernah membuat laporan polis terhadap MB Perlis kerana didakwa berbohong mengenai PhD yang dimiliki. Saya sempat membuat sedikit siasatan dan ternyata apa yang didakwa itu punya merit kerana Universiti yang dikatakan institusi MB Perlis tersebut belajar pun didapati meragukan serta tidak menawarkan bidang serta PhD. Bukan beliau saja, malah ramai pemimpin politik yang bergelar Doktor Falsafah itu sebenarnya Doktor Sampah. Saya agak sedikit cemburu dan kecewa bukan kerana gelaran itu, tetapi membayangkan betapa sukarnya saya bergelut untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dan sarjana sehingga melangkah setapak lagi untuk bergelar Doktor Falsafah walaupun akhirnya menyerah kalah setelah berbagai masalah timbul selepas itu. Tetapi, mereka ini dengan mudah mendapat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan D...