Posts

BILA LATHEEFA BERPAKAIAN

Image
Ada yang bilang apa ada pada pakaian dan ada yang menyebutnya 'pakayan'. Tanpa pakaian pastinya manusia sudah kembali ke zaman batu dan sudah muflis harga diri. Sehari dua ini gempar soal pakaian seragam dipakai KP SPRM Latheefa Koya dan secara khususnya pemakaian riben perkhidmatan. Saya tidak mahu bercakap soal ketertiban atau protokol mahupun etiket pemakaian pakaian seragam secara panjang lebar sementelah ianya telahpun dijawab oleh beliau sendiri. Polemik tidak diundang ini saya kira hanya akan bertambah menggelegak jika saya menambah apinya. Apa yang mahu saya ketengahkan di sini lebih kepada hal lebih besar dan holistik dalam soal pemakaian pakaian seragam dan menjadi isu terpendam yang didiamkan atau ada yang buta dan segelintir yang pekak dalam soal ini. Latheefa Koya orang baru dalam agensi berpakaian seragam seharusnya ada yang menasihati beliau sebelum berbangkit isu ini. Saya sendiri dulu yang sering berpakaian seragam pun sebelum keluar dalam perbarisan akan ada...

CHARACTER ASSASSINATION

Image
Kaedah ‘character assassination’ bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah hidup manusia khususnya jalur politik. Pembunuhan karektor dalam dunia politik sering dikaitkan dengan peristiwa yang mempunyai gerakan sistematis yang bertujuan untuk menghancurkan reputasi seorang tokoh politik agar reputasi tokoh tersebut punah di mata umum. Pembunuhan karektor adalah fenomena lazim di dunia politik tindakan itu merupakan sebahagian daripada kempen negatif yang dilakukan oleh aktor atau dalang politik dalam rangka menjatuhkan lawan lawan mereka. Praktik pembunuhan karektor dalam sejarah politik tanahair sudah berulangkali terjadi menimpa segala tingkatan kepemimpinan mulai dari tokoh serendah-rendahnya hinggalah paling tinggi. Tok Janggut yang terkenal dengan semangat menentang penjajah juga tidak terlepas dari tindakan character assassination . British menggunakan kaedah character assassination untuk menjatuhkan Tok Janggut dan sahabat beliau pada ketika itu di hadapan Sultan dan juga untuk...

TOPENG KEMUNAFIKAN SUDAH BERGUGURAN

Image
Ketika Pakatan Harapan (PH) mula membentuk kerajaan yang diterajui Tun Mahathir, beliau menyangka semua mereka yang telah dikenakan tindakan atau ditukar dalam keadaan mencurigakan itu adalah mangsa kerakusan Najib. Selain memulangkan semula hak mereka yang dianggap menjadi mangsa, Tun mengandaikan mereka ini orang-orang hebat yang menjadi korban kedurjanaan Najib dan gerombolan maling. Sejak awal lantikan kesemua mereka, saya selalu bermonolog tentang orang-orang ini yang sebelum mereka dikuncupkan kuasa dan disejuk-bekukan, apa yang mereka lakukan untuk menghentikan kegelojohan Najib dan rakan sejenayah? Mereka hanya bertempik dan menyalak setelah terkena minyak panas tetapi sebelum itu, mereka juga sebahagian dari sistem dan lingkaran kleptokrat yang saling memperkukuhkan kuasa Najib hingga ke akar tanpa menyangka semua kuasa yang dihembus ke dalam tubuh Najib akan memakan diri mereka sendiri. Namun sebaik terkena sumpahan dan sihir, pesona serta guna-guna Najib dan pasangan sangg...

BERGURU DARI SEJARAH

Image
Sejarah tidak lokek untuk mengajar jika kita tidak bertahan dengan egoisma serta sanggup meluangkan masa merangkul manfaat dari selok-belok sejarah itu sendiri walaupun mungkin membosankan. Tidak perlu merengkuh dan berpeluh mendaki Gunung Ledang bergurukan Adiputra kerana sejarah jiran tetangga sudah menjeling sejak lama untuk menabur bakti. Rakaman sejarah yang terpahat sebelum, semasa dan selepas Soeharto dimundurkan dari kerusi presiden Indonesia sehingga sekarang adalah saksi untuk dijadikan iktibar agar peristiwa sama tidak berulang di negara ini. Menarik apa yang didedahkan Adian Napitupulu dan Wanda Hamidah mahasiswa garis keras yang membentuk gerakan menentang kekuasaan Soeharto sehingga tersungkur pada tahun 1998 dalam program bicara kelolaan Denny Siregar ' Seruput Kopi' berjudul "Piye, Penak Jamanku Tho?"  Ketika kita di negara ini melihat tumbangnya UMNO dan BN dipimpin Najib rejim kleptokrat sebagai kejayaan rakyat, jangan lupa tindakan yang...

TUHAN TIDAK PERLU DIBELA

Image
Isu Islam semakin terancam di negara ini semakin hari semakin giat dikipas dan dibakar oleh golongan yang begitu terdesak untuk menunggang agama dan bangsa bagi mencapai niat terselindung. Macam tukang jual satay pulak! Bukan sahaja parti politik seperti UMNO dan PAS menjadikannya sebagai ‘lastik’ membedil dan menggoyahkan Pakatan Harapan serta saf pimpinannya, NGO juga tidak ketinggalan khususnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Bagi yang sudah memahami sepak terajang politik, mereka tahu NGO-NGO ini juga sebenarnya digerakkan oleh orang politik dan dipimpin oleh mereka juga. Jadi sketsanya sama seperti botol kicap saja berbeza tetapi datang dari kilang yang sama. Sebagai umat Islam dan bangsa juga sama seperti mereka, sudah pasti kita juga merasa agama dan bangsa kita perlu dipertahankan tetapi janganlah sampai ianya diperkudakan semata-mata untuk memastikan dendam terbalas dan kekalahan dalam PRU14 itu masih tidak boleh diterima. ‘Move on’ lah kerana sudah setahun lebih bergelar p...

SEJARAH DITULIS OLEH YANG MENANG

Image
Kenapa sebelum BN tumbang Najib kelihatan gah dan hebat? Sedikit sukar tetapi banyak mudah untuk dibalas. Kini Najib ditimpa karma atas perbuatannya dan setelah ditelanjangkan kebobrokan dan perlakuan jelik dilakukannya, gah entah ke mana, hebat jauh sekali selain menggelupur kalahkan lembu disembelih. Walaupun tindakan menyelamatkan negara oleh Tun M dan tokoh-tokoh gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) sedikit lewat, namun sekurang-kurangnya kita masih bersyukur kerana negara belum sempat digadai dan dilelong sepenuhnya oleh jemuan dan nangoi-nangoi yang mendapat bantuan gerombolan penyamun. Kata, Chinua Achebe, "The damage done in one year can sometimes take ten or twenty years to repair." Tapi apa yang mampu kita lakukan sekiranya yang pura-pura tidak faham itu bermati-matian menghasut rakyat supaya berpendapat Tun dan PH menipu. Bayangkan 9 tahun di era penyamun belum diambil kira ketika negara diterajui juara bertahan tidur tanpa henti selama 7 tahun dan diselubungi mas...

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?

Image
Cuba kita ambil sedikit masa untuk berfikir kenapa UMNO dan PAS tanpa jemu menggunakan isu bangsa dan agama dalam setiap ucapan pemimpin-pemimpin utama mereka diikuti dengung daripada pemimpin di sekeliling mereka sampailah ke peringkat macai dan wala’un? Tidak begitu sukar untuk mendapat jawapannya jika kita jujur dan ikhlas dalam mencari jawapan yang benar. Imbas saja ucapan dan tindak-tanduk mereka selama ini samada sebelum hilang kuasa dalam PRU14, ketika sudah mendapat gambaran ditolak oleh pengundi bukan Melayu dalam PRU12 dan PRU13 serta ketika di awal Najib kegelian duduk di kerusi Perdana Menteri. Begitu juga dengan PAS sebelum bersama Pakatan Rakyat (PR), ketika bersama PR dan selepas melafazkan talak 3 terhadap DAP dan parti gabungan PR sehinggalah sekarang apabila gagal menjadi ‘king maker’ dalam PRU14. Apa senjata dan wirid UMNO ketika berkuasa? Sudah pastilah soal pembangunan bina itu, bina ini, buat yang itu dan yang ini kononnya pembangkang tidak mampu memberi pembang...