Posts

BINA SEMULA TIDAK SEMUDAH MERUNTUH

Image
Mengenang kata-kata Dr. Burhanuddin dalam Kongres PKMM ke-2, di Melaka pada Disember 1946; Di atas robohan Kota Melaka Kita dirikan jiwa merdeka Bersatu padulah segenap baka Membela hak keadilan pusaka Walaupun menumbangkan rejim terdahulu ketika berkuasa itu bukan kerja mudah, namun membina semula negara di atas runtuhan di tapak sama adalah jauh lebih sukar. Segala pengorbanan samada di kalangan pemimpin yang ada sekarang ini ditunjangi sebahagian besar rakyat sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat dihargai dan disambut penuh kesyukuran. Namun setelah rejim kleptokrat yang mencipta sejarah bukan sahaja di negara ini bahkan di seluruh dunia ini tumbang, fasa lebih penting adalah memulihkan negara dari kesan rompakan berjamaah lagi sistematik ini. Kerja besar ini bukan kerja Perdana Menteri seorang dan ia amat memerlukan kerjasama seluruh Menteri dan Timbalan Menteri kabinet beliau disertai jentera parti bagi melicin dan mempercepatkan proses pemulihan negara. Rakyat yang seki...

SEJAUH MANA BANGKAI MAMPU MENGEKANG BAU BUSUK?

Image
Apakah krisis dalaman PKR sudah mencecah tahap paling merbahaya dalam sejarah penubuhannya? Sejak awal penubuhannya juga jelas terpancar matlamat perjuangan parti ini lebih kepada kepentingan peribadi pemimpin dengan bertopengkan agenda reformasi. Laungan reformasi hanya irama retro yang diperbaharui umpama kicap lama botol baharu. Reformasi apa yang dapat dibuktikan selama penubuhan PKR? Reformasi apa jika masalah intra parti terus berlumut dan membusuk dari sehari ke sehari dalam parti pimpinan keluarga Anwar ini? Yang jelas adalah permainan tikam belakang tidak berkesudahan sebati dalam parti sehingga nama-nama besar dalam era awal PKR muncul lenyap seorang demi seorang termasuk Syed Husin Ali, Chandra Muzafar, Ezam Mohamad Nor dan ramai lagi jika mahu disenaraikan. Situasi sekarang umpama ular tedung senduk bertarung dengan ular sawa. Seekor kuat belit dan seekor lagi kuat patuk tetapi kedua-duanya lidah bercabang. Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tak perlu menitis keringat u...

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

Image
Najib tidak layak bercakap soal harga minyak yang membebankan rakyat termasuk pemimpin UMNO yang lain kerana Najib dan pemimpin UMNO lah yang menjadi punca harga minyak berada pada tingkat sekarang. Rakyat yang tidak nyanyuk akan kekal mengingati tarikh 1 Disember 2014 yang diumumkan kerajaan pimpinan Najib Wal Songlap Al Sakau bahawa Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai tarikh tersebut. Pengumuman oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek itu menjelaskan “Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.” Lebih malang apabila alasan utama digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan subsidi bahanapi ketika itu kerana punca penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran khususnya Thailand disebabkan harga lebih murah berbanding di sana. Jangan salahkan kecurangan kerana sampai kiamat pun kecurangan aka nada d...

BILA LATHEEFA BERPAKAIAN

Image
Ada yang bilang apa ada pada pakaian dan ada yang menyebutnya 'pakayan'. Tanpa pakaian pastinya manusia sudah kembali ke zaman batu dan sudah muflis harga diri. Sehari dua ini gempar soal pakaian seragam dipakai KP SPRM Latheefa Koya dan secara khususnya pemakaian riben perkhidmatan. Saya tidak mahu bercakap soal ketertiban atau protokol mahupun etiket pemakaian pakaian seragam secara panjang lebar sementelah ianya telahpun dijawab oleh beliau sendiri. Polemik tidak diundang ini saya kira hanya akan bertambah menggelegak jika saya menambah apinya. Apa yang mahu saya ketengahkan di sini lebih kepada hal lebih besar dan holistik dalam soal pemakaian pakaian seragam dan menjadi isu terpendam yang didiamkan atau ada yang buta dan segelintir yang pekak dalam soal ini. Latheefa Koya orang baru dalam agensi berpakaian seragam seharusnya ada yang menasihati beliau sebelum berbangkit isu ini. Saya sendiri dulu yang sering berpakaian seragam pun sebelum keluar dalam perbarisan akan ada...

CHARACTER ASSASSINATION

Image
Kaedah ‘character assassination’ bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah hidup manusia khususnya jalur politik. Pembunuhan karektor dalam dunia politik sering dikaitkan dengan peristiwa yang mempunyai gerakan sistematis yang bertujuan untuk menghancurkan reputasi seorang tokoh politik agar reputasi tokoh tersebut punah di mata umum. Pembunuhan karektor adalah fenomena lazim di dunia politik tindakan itu merupakan sebahagian daripada kempen negatif yang dilakukan oleh aktor atau dalang politik dalam rangka menjatuhkan lawan lawan mereka. Praktik pembunuhan karektor dalam sejarah politik tanahair sudah berulangkali terjadi menimpa segala tingkatan kepemimpinan mulai dari tokoh serendah-rendahnya hinggalah paling tinggi. Tok Janggut yang terkenal dengan semangat menentang penjajah juga tidak terlepas dari tindakan character assassination . British menggunakan kaedah character assassination untuk menjatuhkan Tok Janggut dan sahabat beliau pada ketika itu di hadapan Sultan dan juga untuk...

TOPENG KEMUNAFIKAN SUDAH BERGUGURAN

Image
Ketika Pakatan Harapan (PH) mula membentuk kerajaan yang diterajui Tun Mahathir, beliau menyangka semua mereka yang telah dikenakan tindakan atau ditukar dalam keadaan mencurigakan itu adalah mangsa kerakusan Najib. Selain memulangkan semula hak mereka yang dianggap menjadi mangsa, Tun mengandaikan mereka ini orang-orang hebat yang menjadi korban kedurjanaan Najib dan gerombolan maling. Sejak awal lantikan kesemua mereka, saya selalu bermonolog tentang orang-orang ini yang sebelum mereka dikuncupkan kuasa dan disejuk-bekukan, apa yang mereka lakukan untuk menghentikan kegelojohan Najib dan rakan sejenayah? Mereka hanya bertempik dan menyalak setelah terkena minyak panas tetapi sebelum itu, mereka juga sebahagian dari sistem dan lingkaran kleptokrat yang saling memperkukuhkan kuasa Najib hingga ke akar tanpa menyangka semua kuasa yang dihembus ke dalam tubuh Najib akan memakan diri mereka sendiri. Namun sebaik terkena sumpahan dan sihir, pesona serta guna-guna Najib dan pasangan sangg...

BERGURU DARI SEJARAH

Image
Sejarah tidak lokek untuk mengajar jika kita tidak bertahan dengan egoisma serta sanggup meluangkan masa merangkul manfaat dari selok-belok sejarah itu sendiri walaupun mungkin membosankan. Tidak perlu merengkuh dan berpeluh mendaki Gunung Ledang bergurukan Adiputra kerana sejarah jiran tetangga sudah menjeling sejak lama untuk menabur bakti. Rakaman sejarah yang terpahat sebelum, semasa dan selepas Soeharto dimundurkan dari kerusi presiden Indonesia sehingga sekarang adalah saksi untuk dijadikan iktibar agar peristiwa sama tidak berulang di negara ini. Menarik apa yang didedahkan Adian Napitupulu dan Wanda Hamidah mahasiswa garis keras yang membentuk gerakan menentang kekuasaan Soeharto sehingga tersungkur pada tahun 1998 dalam program bicara kelolaan Denny Siregar ' Seruput Kopi' berjudul "Piye, Penak Jamanku Tho?"  Ketika kita di negara ini melihat tumbangnya UMNO dan BN dipimpin Najib rejim kleptokrat sebagai kejayaan rakyat, jangan lupa tindakan yang...