MEMILIH BAKAL YANG BAKAL ….
Pilihanraya merupakan wadah untuk setiap rakyat yang layak mengundi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil mereka samada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Pada prinsipnya, itulah matlamat asal yang dimaktubkan menurut undang-undang dan digaungkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengatasnamakan demokrasi. Namun begitu, apakah benar rakyat memilih wakil mereka atau pemimpin yang bakal membela nasib rakyat? Walaupun lebih lunak disebut ‘tepuk dada tanya selera’, lebih ikhlas dan jujur jika dikatakan bahawa rakyat tidak memilih pemimpin yang bakal membela mereka atau bakal wakil rakyat, sebaliknya memilih bakal yang bakal menyembah pemimpin besar mereka, bakal orang yang mengarah rakyat yang sepatutnya rakyat mengarah mereka, bakal Orang Kaya Baru (OKB), bakal manusia manusia yang akan menjadikan jawatan mereka nanti sebagai perkakas untuk disalahgunakan, bakal koruptor, bakal manusia yang tidak lagi menjawab panggilan talipon atau mesej dihantar orang...