Posts

NAJIB EXKOBAU JAUH LEBIH CEMERLANG BERBANDING PABLO ESCOBAR

Image
Membaca riwayat hidup Najib sambil membayangkan mirip siapa gerangan mantan Perdana Menteri ini membuatkan saya tiba-tiba terkenang akan hero sebahagian daripada rakyat Columbia khususnya golongan miskin iaitu Pablo Escobar. Walaupun jalan dirintis masing-masing berbeza, ada beberapa persamaan cara digunakan oleh kedua-dua nama besar ini menurut kaca mata pengkaji watak. Walaupun agak keterlaluan menganggap Najib dan Pablo Escobar sebagai nama besar, namun harus diakui bahawa seluruh dunia mengenali kedua-duanya yang seorang Raja Dadah tersohor di dunia dan seorang lagi Raja Kleptokrat paling termahsyur dalam sejarah pemimpin dunia. Pablo Escobar bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan kecil yang akhirnya bergabung menjadi penyeludup terbesar dunia yang digelar ‘Medellin Cartel’. Walaubagaimanapun, Najib Exkobau dikatakan tidak perlu bergabung dengan kumpulan-kumpulan manapun untuk meningkatkan pengaruhnya kerana kumpulan-kumpulan itu yang datang menyembahnya untuk disumbat dengan ‘d...

MEMILIH BAKAL YANG BAKAL ….

Image
Pilihanraya merupakan wadah untuk setiap rakyat yang layak mengundi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil mereka samada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Pada prinsipnya, itulah matlamat asal yang dimaktubkan menurut undang-undang dan digaungkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengatasnamakan demokrasi. Namun begitu, apakah benar rakyat memilih wakil mereka atau pemimpin yang bakal membela nasib rakyat? Walaupun lebih lunak disebut ‘tepuk dada tanya selera’, lebih ikhlas dan jujur jika dikatakan bahawa rakyat tidak memilih pemimpin yang bakal membela mereka atau bakal wakil rakyat, sebaliknya memilih bakal yang bakal menyembah pemimpin besar mereka, bakal orang yang mengarah rakyat yang sepatutnya rakyat mengarah mereka, bakal Orang Kaya Baru (OKB), bakal manusia manusia yang akan menjadikan jawatan mereka nanti sebagai perkakas untuk disalahgunakan, bakal koruptor, bakal manusia yang tidak lagi menjawab panggilan talipon atau mesej dihantar orang...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Image
Lima hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan kebetulan tiga hari sebelumnya adalah hari saya menyambut kemerdekaan diri dari rahim ibu yang kini sudah tidak ada lagi untuk sama-sama menyambutnya. Setiap kali sambutan kemerdekaan maka setiap kali itulah kita sibuk dan bertelingkah soal bendera ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah yang hanya mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 sebelum dikibarkan. Bayangkan betapa hinanya kita untuk mereka-bentuk bendera pun memerlukan kelulusan orang putih walaupun sebelum itu pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan. Saya tidak bermaksud untuk meremehkan Bendera Malaysia tetapi apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah bagaimana sebahagian besar dari kita telah mengabaikan amanah para leluhur pejuang kemerdekaan seperti almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy yang meninggalkan pesan keramat, "di ata...

NEGARA PALING KAYA DENGAN INSTITUSI

Image
Apa institusi yang tidak ada di Malaysia? Setiap masalah semuanya ada institusi yang dipertanggungjawabkan walaupun tidak bertanggungjawab. Tak faham Islam? Ada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) tapi yang sedih tapi melucukan adalah yang faham Islam cuma institut tersebut bukan majoriti umat Islam negara ini. Faham apa jika sikit-sikit kafirkan orang hingga habis orang Islam negara ini dikafirkan sedangkan mengajak bukan Islam memeluk Islam tak mampu disebabkan perangai kalahkan Abu Jahal. Laungkan Allahuakbar! disambung maki-hamun dan mencarut sana-sini khususnya di media sosial apakah itu petanda Islam difahami? Masalah integriti? Ada Institut Integriti Malaysia (IIM atau INTEGRITI) tapi malangnya tahap integriti pemimpin kerajaan dan penjawat awam boleh dinilai dengan apa yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dan juga jumlah mereka yang diheret ke mahkamah dan ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bukan sikit-sikit, berjuta malah b...

SMOKE SCREEN

Image
Ada ketikanya aku merasa isu yang melanda negara satu persatu, habis satu muncul lagi satu tanpa tanda-tanda akan berakhir hanyalah 'smoke screen' bagi mengelabui mata rakyat atas kelemahan pemerintah untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat serta sumpah jawatan yang dilafazkan ketika menerima jawatan tersebut. Jangan-jangan di hadapan lain sementara di belakang pula lain. Sepertimana kita sedia maklum atau yang tidak termaklum maka saya maklumkan. Di hadapan kedai Cina adalah kedai runcit tetapi di belakangnya meja menjual nombor ekor haram yang sememangnya haram. Di hadapan kedai menjual kacang kuda, di belakang kedai mesin kuda, di hadapan kedai aktiviti urut kaki tetapi di belakang kedai urut 'Awang Liku'. Malah di hadapan kedai ada yang jual belangkas bakar tetapi di belakang pelanggan dan pelayan pelanggan menjadi belangkas berbaldi-baldi keringat bercucuran. Sebagai pemerintah, berlaku jujurlah pada rakyat. Jika sudi katakan sudi, jika benci katakan benci...

JIKA MEMBANTAH TIDAK JADI KESALAHAN, KENAPA PERLU SETUJU?

Image
Banyak isu-isu yang mendominasi media sosial ketika ini melibatkan isu remeh tetapi penting buat mereka yang masih gagal menerima kenyataan bahawa adat bertanding mesti ada kalah dan menang. Mungkin sejak 61 tahun lalu tidak pernah kalah maka minda dan jiwa sudah 'kematu' untuk dilenturkan bagi menerima kenyataan tersebut. Jika Tun Mahathir dikecam kerana sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU14 untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU14 dengan dibantu AMANAH dan Warisan, UMNO dan PAS juga sebenarnya tidak kalah dalam soal membuat pusingan 'U' apabila sanggup berdakap sesama mereka walaupun PAS pernah berkerat rotan dengan UMNO hingga terpantul 'Amanat Haji Hadi' yang disadur dari ucapan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang secara terbuka 'mengkafirkan' orang-orang UMNO. Sementara UMNO pula silih berganti menghentam PAS sebagai parti ajaran sesat. Sesungguhnya tidak ada musuh atau...

ISU KAUM KIAN NAZAK TAPI APA PENYELESAIANNYA?

Image
Daripada pengamatan umum, nampaknya isu-isu melibatkan kaum semakin nazak namun ketika yang sama tidak ada petunjuk jelas ianya ditangani dengan serius dan efektif. Ada jabatan yang sepatutnya bertanggungjawab secara langsung umpama melukut di tepi gantang. Ada tidak bertambah, tak ada pun tidak berkurang. Saya semak di laman sesawang Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri, bukan main gah masing-masing. Yang anehnya, daripada menteri hingga ke pemandu hampir semua kaum India kecuali Setiausaha Politik beliau Melayu. Setiausaha Sulit Kanan, 3 orang Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Sulit, Pengawal Pengiring dan 2 orang pemandu semua India. Yang Melayu hanya kakitangan awam seperti kerani dan sebagainya yang merupakan lantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jika struktur organisasi sendiri sudah menunjukkan dominasi kaum, tak perlu bicara soal perpaduan kaum. Buktikan pada masyarakat apa peranan yang telah dijalankan oleh menteri dan jaba...