Cameron Highlands Pasca PRK
1. Pengundi di parlimen Cameron Highlands dah tunjukkan apa yang mereka mahu dan bagi yang menang tunaikan janji-janji kamu dan yang kalah perbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang dikesan. 2. Tak ada gunanya kembang pungkoq bangga dengan kemenangan dan sia-sia jika yang kalah menuding jari sana-sini. Baik BN mahupun PH tidak hebat manapun kalah atau menang kerana BN berjaya kekalkan kerusi milik mereka dalam PRU14 dan PH kekal dengan status quo. 3. Yang pasti untung adalah Ramli calon Orang Asli yang berjaya menjadi Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana selain mendapat pencen pegawai polis, dalam tempoh 4 tahun ini juga dapat gabus gaji dan elaun Ahli Parlimen. 4. Apalah sangat yang beliau dapat lakukan membantu Orang Asli samada di Cameron Highlands dan seluruh negara. Bukti selama ini menunjukkan orang politik sendiri yang terjun dalam sebuah parti politik menjadi wakil rakyat tidak banyak yang dilakukan selain membesarkan tembolok dan menambah angka dalam akaun...