SALAHKAN DIRI SENDIRI


Lagi-lagi DAP, lagi-lagi jangan jadi khadam DAP dan Cina. Kononnya Cina dan DAP sudah menguasai kerajaan dan kedudukan penting dalam negara ini walaupun hakikat sebenar berapa kerat sangat menteri kabinet dan posisi penting dalam negara dikuasai bukan Melayu dan jelas ianya tetap majoriti dipegang oleh bangsa Melayu.

Propaganda bahawa negara sudah mengikut telunjuk DAP dan Cina tidak lebih dari tindakan melampiaskan kekecewaan pihak yang kalah dan enggan menerima kenyataan. Tetapi untuk tidak menghampakan golongan yang tidak mahu menerima kenyataan ini, saya mengandaikan ok benar negara dikuasai DAP dan Cina seperti dakwaan mereka. Salah DAP dan Cina kah jika itu berlaku?

Jika benar UMNO dan PAS benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan Islam, kenapa tidak dilakukan ketika UMNO masih berkuasa dan menjadi kerajaan dan PAS masih berpengaruh dalam Pakatan Rakyat? Kenapa setelah UMNO hilang kuasa dan PAS sudah dipinggirkan baru melalak ke sana sini pentingnya Melayu dan Islam disatukan di negara ini?

Ketika UMNO masih berkuasa dan rakyat masih bersabar untuk bersama UMNO ketika itu tetapi sudah hilang sabar dengan karenah Najib dan Rosmah yang satu persatu tindakan mereka terbongkar melakukan rompakan khazanah negara dan menyelewengkan dana serta tabung milik kerajaan dan rakyat, kenapa tidak dihentikan semua itu? Jika ketika itu dengan tegas dihentikan sudah tentu UMNO dan BN masih berkuasa.

Malah apabila rakyat menggesa agar UMNO mengadakan perhimpunan khas mendesak dan mengusulkan Najib dipecat, masing-masing mempertahankan Najib. Setelah usaha itu gagal, maka rakyat melangkah bersama PH menggerakkan usaha untuk melakukan undi tidak percaya di parlimen terhadap Najib. Tindakan ini juga dibentengi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan lebih melucukan apabila PAS juga bersekongkol kononnya berpuashati penjelasan Botak Arulkanda dalam isu 1MDB dengan tujuan agar Najib terus kekal.

Kemuncaknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri bersama-sama berusaha mengutip sejuta tandatangan dan berjaya diserahkan kepada KDYMM YDP Agong pun disenyapkan sebagai isyarat Najib perlu dipertahankan sebagai Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, apa lagi saluran yang ada untuk menyelamatkan UMNO dan Melayu apabila semua usaha dan saluran disekat semata-mata mahu mempertahankan Najib dan segala tindakan jahatnya itu?

Sebenarnya, dengan mempertahankan Najib bukan saja memperlihatkan bahawa ianya mempertahankan Najib, tetapi mempertahankan tindakannya menggelapkan wang 1MDB, kegagalan menguruskan FELDA sehingga hampir muflis, menjual aset-aset negara kepada penjajah baru China seperti kem Sungai Besi, TRX dan banyak lagi. Itu belum lagi penggelapan dana Lembaga Urusan Tabung Haji, KWSP, KWAP dan apa saja yang boleh menghasilkan wang kepadanya akan ditoyolkan sampai licin. Jenaka kawan saya sebelum ini, Najib jangan bagi nampak duit, kalau tabung masjid pun dia nampak habislah tabung masjid tu. Sampai begitu hinanya Najib pada pandangan rakyat ketika itu.

Apakah rakyat dianggap bersalah dalam soal ini? Berfikir secara waraslah Bossku! Demi menyelamatkan negara dari terus tergadai dan muflis, Tun Dr Mahathir terpaksa tunduk kepada musuh-musuh lamanya dengan bekerjasama untuk menyahkan Najib dan UMNO. Sejak awal sudah diberitahu kepada pemimpin-pemimpin UMNO bahawa mereka hanya ada dua pilihan samada memilih Najib atau kekalkan Najib dan menerima akibat BN dan UMNO ditolak oleh rakyat dalam PRU14. Namun mereka masih yakin mampu mempertahankan Najib dan BN yang ternyata tindakan tolol lagi bangang.

Apabila Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan menang dalam PRU14, secara logikanya, apakah DAP dan pemimpin bukan Melayu dan Islam hanya akan makan taik gigi dan tersengeh macam kerang busuk tanpa diberikan balasan atas sumbangan mereka dalam PRU14 menumbangkan pemimpin dan parti yang menaja kleptokrat tersohor itu?

Sudah pastinya tindakan menang-menang atau 'win-win' perlu dipersetujui sepertimana juga UMNO dan PAS yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing sekarang ini. Menteri kabinet dan posisi tertentu sudah tentulah akan ditawarkan kepada mereka dan itu juga rakyat secara amnya faham selagi ianya tidak merugikan negara dan tidak menyalahgunakan kedudukan untuk mencuri dan korupsi wang negara.

Janganlah kerana kesilapan kita sendiri, maka perlu terus berwirid dan bertasbih khadam DAP, mahacai, maha itu dan maha ini sedangkan yang menjadi macai atau mahacai sebenar adalah khadam penyamun, khadam penunggang agama, khadam pemanipulasi bangsa dan pengkhianat negara.

Buta dan pekakkah kamu sehingga gagal membezakan penyamun yang menyamun wang yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat dan negara tetapi diselewengkan ke akaun beliau dan suku-sakat penyamun? Sudahlah tidak bertindak menghukum kepala penyamun, dijulang sebagai wira pulak tu! Ini jika tidak bodoh pun sudah gila.

Jika benarpun kerajaan sekarang perlu berkongsi kuasa dengan DAP dan bukan Melayu, salahkan diri sendiri yang menjadi punca negara sekarang berada dalam situasi seperti ini.

Setakat wirid mahacai, khadam DAP, itu ini dari khadam penyamun yang menggunakan akaun palsu dan bacul untuk menggunakan foto dan nama sendiri sila mampus sajalah. Jika benar ramai sangat yang menolak PH, apakah PH mampu menang dalam PRU14 dan dua PRK selepas itu?

Yang mengaku menyesal mengundi PH dalam PRU14 itu mengaku sajalah khadam penyamun kerana orang menyesal jarang sekali mengaku menyesal secara terbuka kecuali memendam rasa takut dianggap bodohnya engkau. Alangkan kita tersalah masuk tandas pun kita tidak mengaku kerana bimbang dianggap bodoh atau sengaja ambil kesempatan. Inikan pula tindakan besar sebegini sanggup menukar kerajaan yang begitu lama memerintah tiba-tiba secara terbuka mengaku menyesal mengundi PH.

Tak berani tulis nama dan letak foto sendiri, letak saja nombor kenderaan dan nombor telefon bimbit senang disahkan memang kamulah yang membuat komen-komen begitu ramai menolak PH. Kerja pysops-psywar bukan sesuatu yang baru dan terpinga-pinga untuk memahaminya. Dah lama lah buat kerja tu Bossku!

Terimalah kenyataan bahawa Melayu tidak berpecah dan Islam tidak tergugat, tetapi sebenarnya arah sokongan politik bangsa Melayu sudah beralih arah daripada UMNO dan BN kepada Pakatan Harapan. Ini bukan makna Melayu berpecah kerana Melayu masih bersama-sama dalam kenduri-kendara atau ada program sesama bangsa.

Islam tidak tergugat kerana kekuatan Islam bukan letaknya pada parti politik yang bertempik Islam, Islam, Islam tetapi letaknya pada keikhlasan perjuangan mendaulatkan agama Islam. Islam, Islam, Islam tapi pantang alpa filem porno menonton tak nak bayar. Islam, Islam, Islam tapi jolok jutaan ringgit 'Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah'.

Melayu, Melayu, Melayu tapi Tanah Rizab Melayu habis dikerjakan. Melayu, Melayu, Melayu tapi kem Askar Melayu habis kamu jualkan. Melayu, Melayu, Melayu tapi bukan melayu huloq duit terus sapu malah bila tak diberi dipaksa bagi.

Aduhaiiiiiii!

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?