KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?


Cuba kita ambil sedikit masa untuk berfikir kenapa UMNO dan PAS tanpa jemu menggunakan isu bangsa dan agama dalam setiap ucapan pemimpin-pemimpin utama mereka diikuti dengung daripada pemimpin di sekeliling mereka sampailah ke peringkat macai dan wala’un?

Tidak begitu sukar untuk mendapat jawapannya jika kita jujur dan ikhlas dalam mencari jawapan yang benar. Imbas saja ucapan dan tindak-tanduk mereka selama ini samada sebelum hilang kuasa dalam PRU14, ketika sudah mendapat gambaran ditolak oleh pengundi bukan Melayu dalam PRU12 dan PRU13 serta ketika di awal Najib kegelian duduk di kerusi Perdana Menteri.

Begitu juga dengan PAS sebelum bersama Pakatan Rakyat (PR), ketika bersama PR dan selepas melafazkan talak 3 terhadap DAP dan parti gabungan PR sehinggalah sekarang apabila gagal menjadi ‘king maker’ dalam PRU14.

Apa senjata dan wirid UMNO ketika berkuasa? Sudah pastilah soal pembangunan bina itu, bina ini, buat yang itu dan yang ini kononnya pembangkang tidak mampu memberi pembangunan kepada rakyat. Usaha memperbodohkan rakyat memang tidak sesukar membuat rakyat percaya omong kosong tersebut.

Rakyat faham janji dan omong kosong tersebut sebenarnya adalah amanah yang digalas mereka yang diberi oleh rakyat dan wang juga adalah wang rakyat bukan dari kantung atau poket sendiri. Malah rakyat juga tahu bahawa dari pembangunan samada sekolah, hospital, jambatan dan segala prasarana itu jugalah mereka membolot peluang memperkayakan diri sendiri dan menyumbat tembolok kroni mereka.

Jika tidak demikian, mana mungkin berlaku kes rasuah isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Begitu jugalah dengan kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan GLC seperti Tabung haji, FELDA, FELCRA, KWAP sehinggalah wang anak yatim juga diselongkar dan dikhianati.

Kini mampukah UMNO mencanangkan akan membina itu dan ini setelah hilang kuasa? Rasakan apa yang telah disindir dan ditempelak terhadap pembangkang sebelum PRU14.

Apa lagi modal efektif untuk meraih sokongan rakyat selain pembangunan oleh UMNO? Untuk bercakap soal integriti, salah guna kuasa dan amanah ‘tobat lahom’ tak berani kerana merekalah juara bertahan tanpa tandingan sejak menumpuk kuasa.

PAS juga tidak kalah soal membakar dan menabur kemiyan soal bangsa dan agama walaupun sebelum bermukah dengan UMNO sering berkata perjuangan bangsa bukan perjuangan PAS kerana matlamat PAS adalah Islam. Arwah Tuan Guru Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS berkata pada 18 November 2008, “ tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.”

Sebaliknya, kata TGNA, “Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.” Beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

Namun, sebaik TGNA kembali ke rahmatullah, PAS yang semakin jinak dengan UMNO yang sebelum itu pantang disebut di hadapan arwah TGNA mengenai kerjasama atau bergabung dengan UMNO, mula senada dengan UMNO soal bangsa Melayu dan seperti lazimnya menunggang Islam sebagai bantuan logistik berdepan musuh politik.

Kenapa PAS tidak mampu berhujah selain isu bangsa Melayu dan Islam? Kerana mereka juga seperti UMNO tidak mampu menggunakan pembangunan sebagai hujah mengheret rakyat untuk menyokong perjuangan PAS. PAS perintah Terengganu selepas PRU10 memang terbarai. Tindakan tidak berperikemanusiaan kepada anak kecil di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang terpaksa mengusung meja dan kerusi apabila dihalau Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1999, masih menjadi igauan ngeri sebahagian besar rakyat negeri itu.

Walaupun kezaliman itu berlaku 20 tahun lalu, iaitu selepas PAS memenangi PRU10, ia terus bergenang dalam kolam minda rakyat Terengganu yang kini mengharapkan PAS berubah di bawah Menteri Besar baru yang dilihat agak professional.

Di Kelantan selama berpenggal-penggal PAS memerintah, apa pembangunan ketara mampu dibuktikan oleh PAS? Di Kedah sepenggal juga tidak banyak yang boleh dibanggakan. Oleh yang demikian, satu-satunya peluang untuk menjual minyak urat hanyalah dengan bangsa dan Islam.

Nak menjuarai isu integriti, amanah dan kejujuran pastinya PAS malu memandangkan terpalit dengan isu RM90 juta dan terkini gegak-gempita apabila menantu Hadi Awang mendedahkan lima pemimpin PAS terbabit ‘Kartel Dedak’.

Kata orang tua-tua, manusia sedang lemas jangankan pelampung, taik terapung depan mereka pun akan dipeluk sekuat hati asal selamat. Begitulah dengan UMNO dan PAS yang sedang nyawa ikan untuk menyelamatkan diri dari gamitan bidadari di sebalik jeriji Sungai Buluh, bangsa dan agama lah satu-satunya wirid, tahmid dan bertasbih sebagai bekalan kalau-kalau rakyat simpati untuk memberi talian hayat seterusnya.

Kalau kita belum nyanyuk dan sewel, pastinya jelas di fikiran kita bagaimana Najib ke sana-sini mengumumkan peruntukan bernilai jutaan ringgit termasuklah bantuan sekolah Cina dan India contohnya pada 12 Mei 2010 umum peruntukan RM18 juta kepada 65 sekolah Cina dan dua sekolah mubaligh di Sibu, Sarawak. Apakah ini desakan DAP?

Malah Najib dengan bangganya mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM565 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Negara bagi menyalurkan bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) sejak ia diperkenalkan pada 2009 apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Kalau Tun Mahathir umumkan pasti heboh bahawa beliau menjadi khadam DAP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Dr Wee Ka Siong berkata, terdapat 1,298 SJKC di seluruh negara, termasuk 884 SJKC Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) menerima manfaat daripada bantuan kewangan berkenaan.

“Di Johor, dari 2009 hingga 2016, jumlah keseluruhan bantuan yang diterima SJKC SBK adalah sebanyak RM69.1 juta, di mana peruntukan ini memfokuskan kepada penyelenggaraan infrastruktur sekolah.”

Ish! Ish! Ish! Kuat sungguh DAP hasut Najib bantu sekolah Cina! Bukan itu saja, Najib berkata, sejak pentadbirannya pada tahun 2009, pelbagai inisiatif bantuan mula rancak diberikan kepada masyarakat India termasuk bantuan ekonomi melalui TEKUN, SME dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Wah! TEKUN, SME dan Amanah Ikhtiar Malaysia pun bukan Melayu boleh nikmati apakah ini salah Tun Mahathir dan DAP?

Untuk mengukuhkan lagi keyakinan kaum Cina ketika ditemubual wartawan The Malaysian Insider, Najib yang pernah menyandang jawatan menteri pendidikan, berkata beliau mengambil "risiko politik" dalam memansuhkan Seksyen 21 (2) Akta Pendidikan, yang memberi kuasa kepada menteri menukar taraf sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan. Memang handal Najib ni soal perjuangkan nasib kaum Cina! Kih kih kih!

Sekarang cuba pengundi dan rakyat tanya balik Najib, apakah beliau menjanjikan bulan dan bintang itu atas desakan DAP? Sudah tertunaikah semua janji tersebut ataupun cuma ‘kencing-hancing’ yang selalu beliau lemparkan pada Pakatan Harapan?

Janji beliau untuk menangani kos sara hidup rakyat yang merupakan perkara utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU13 pun tak dipenuhi lagi mau sembang kencang.

Renungkan jenis manusia apa yang menjadi pemimpin besar bukannya merangsang pendapatan rakyat, sebaliknya memunggah dan merompak bukan saja komisen dan projek kerajaan, malah wang anak yatim, wang orang pencen, wang penyimpan tabung haji dan peneroka pun disapunya. Langsung tidak malu dan berperikemanusiaan.

Apakah ini selayaknya bergelar pemimpin yang bercita-cita menjadi jaguh bangsa dan agama? Tapi seperti yang saya sebutkan tadi, apa lagi modal yang mereka ada selain bangsa dan agama?

Cuba renungkan kata-kata Emha Ainun Nadjib yang lebih dikenali sebagai Cak Nun, “Agama itu letaknya di dapur. Tidak masalah mau pakai wajan merk apa di dapur, yang utama adalah makanan yang disajikan di warung sehat. Maka ukuran keberhasilan orang beragama bukan pada sholat atau umrohnya, melainkan pada perilakunya.”

Sebelum bersahur, izinkan saya panjang pertanyaan Sujiwo Tedjo, “Apakah selama ini kita masuk ke dalam agama atau agama yang kita masukkan ke dalam diri kita?”






Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?