SIAPA KENCING SEBENARNYA?
Najib tidak layak bercakap soal harga minyak yang membebankan rakyat termasuk pemimpin UMNO yang lain kerana Najib dan pemimpin UMNO lah yang menjadi punca harga minyak berada pada tingkat sekarang.
Rakyat yang tidak nyanyuk akan kekal mengingati tarikh 1 Disember 2014 yang diumumkan kerajaan pimpinan Najib Wal Songlap Al Sakau bahawa Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai tarikh tersebut. Pengumuman oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek itu menjelaskan “Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.”
Lebih malang apabila alasan utama digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan subsidi bahanapi ketika itu kerana punca penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran khususnya Thailand disebabkan harga lebih murah berbanding di sana.
Jangan salahkan kecurangan kerana sampai kiamat pun kecurangan aka nada di mana-mana dan disebabkan itulah diwujudkan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang kemudiannya dijenamakan semula dengan nama Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM), KDRM dan pelbagai agensi lain termasuk APMM serta agensi risikan.
Jika penyeludupan masih berterusan, tindakan yang seharusnya adalah mengambil tindakan terhadap semua agensi terlibat bukan menghapuskan subsidi. Kenapa orang lain gagal tetapi yang menerima tempiasnya adalah rakyat? Wang subsidi itu akhirnya berpenghujung di kantung pemimpin dan membayar hutang 1MDB yang diselewengkan sedangkan rakyat ternganga menanggung sengsara.
Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah.
Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah.
Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh kerajaan.
Itupun ada hati menyalahkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sedangkan najis ditinggalkan oleh penyamun-penyamun bertopengkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan pemimpin parti.
Aku syorkan Najib dan semua pemimpin UMNO kencing dalam tempurung dan cermin sepuasnya. Wala’un, macai Najib dan UMNO serta pemimpin PAS yang sering berwirid kencing, kencing, kencing cuba jangan jadi nyanyuk siapa kaki kencing sebenarnya?
Kata Pramoedya Ananta Toer, “Bagaimanapun masih baik dan masih beruntung pemimpin yang dilupakan oleh pengikut daripada seorang penipu yang jadi pemimpin yang berhasil mendapat banyak pengikut.”

Comments
Post a Comment