BILA CERMIN DAH RETAK
Masalah dengan ramai di kalangan kita adalah enggan menerima hakikat bahawa langit tidak selalu cerah. Walau berpuluh cermin di rumah bersaiz besar pun seakan tidak nampak. Agaknya cermin dah pecah dan tak seindah ketika berkuasa.
Berbagai pandangan dan kritikan dihempas ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh berbagai pihak bukan saja dari penyokong tegar DS Najib Razak dan UMNO, malah lebih aneh di kalangan musuh politik beliau. Semuanya gara-gara pemeriksaan pihak polis yang membawa kepada rampasan item-item yang disyaki mempunyai alasan munasabah bahawa kesemua item-item itu merupakan perkara bagi kesalahan dibawah Sek 4(1) AMLATFPUAA 2001.
Daripada kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Komersil Bukit Aman, sehingga semalam sahaja 284 kotak dan 72 beg besar berisi barang kemas, tas tangan, jam tangan dan wang tunai diambil sebagai barang kes. Jumlah nilai kesemua barang dirampas agaknya lebih wajar diandaikan sendiri.
Namun, daripada banyak berita yang tular, samada YB Nurul Izzah Anwar, pihak PAS, dan beberapa tokoh yang dilihat cuba meraih populariti segera, ianya berkisar kepada 'timing' atau masa pemeriksaan atau serbuan dibuat. Secara umum mereka berkata tidak wajar serbuan dilakukan sebaik DS Najib Razak pulang dari solat teraweh, pada waktu malam, bulan puasa dan sebagainya.
Apakah ada terma, peraturan dan undang-undang menyebut serbuan hanya dibolehkan pada sebelah siang, bukan di bulan puasa atau cuti umum? Apakah hanya disebabkan DS Najib Razak itu bekas Perdana Menteri maka secara otomatik ada kekebalan sehingga membolehkan beliau tidak diambil tindakan undang-undang?
Jika kita mahu berselindung di sebalik 'rule of law' atau kedaulatan undang-undang, sudah pasti undang-undang tidak akan meletakkan sesiapapun mengatasi undang-undang dan semuanya sama di sisi undang-undang. Jika yang mencuri sardin setin atau susu dua tin untuk anaknya makan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah tanpa ada belas kasihan, kenapa mereka yang kaya raya dan status sosialnya tinggi melakukan jenayah yang jauh lebih besar malah ianya hasil dana negara yang ditanggung oleh seluruh rakyat Malaysia perlu diberi layanan istimewa?
DS Najib dan isteri serta anak-anaknya juga tidak diapa-apakan seperti yang mencuri ayam, susu dan sardin. Saya pernah menyaksikan bagaimana remaja mencuri motosikal yang ditangkap di tengah malam di rumahnya dibawa ke balai polis dan menerima pelbagai proses dan kaedah soal-siasat yang tidak wajar didedahkan di sini tetapi menyayat hati. Beliau juga belum dibuktikan bersalah sama seperti alasan yang diberi DS Najib dan isteri serta peguam-peguamnya. Padahal yang dicuri itu cuma milik seorang rakyat Malaysia berbanding kes 1MDB pencurian dana melibatkan seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban tidak tertanggung entah bila dapat dilangsaikan hutangnya.
Kalimuthu @ Bentong Kali dan Mat Komando berakhir di muncung senjata sementara Botak Chin di tali gantung angkara jenayah rompakan mereka lakukan. Proses siasatan dan soal siasat Botak Chin pastinya ramai boleh ramalkan. Tidak ada yang menyatakan simpati kepada mereka kerana mereka penjenayah walaupun mangsa mereka tidak melibatkan rakyat seluruh negara.
Jika soal adab yang mahu ditegakkan, adab apa yang dapat kita lihat dalam kes DS Khairudin Abu Hassan termasuk peguamnya Matthias Chang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) hanya kerana mereka cuba membongkar penyelewengan 1MDB? Penjenayah cuba dilindungi dan 'whistle blower' menjadi mangsa. Masih ingatkah kita? Banyak lagi kes-kes yang terpalit dengan beliau yang belum dibawa ke pengadilan dan seharusnya dibiarkan melalui proses undang-undang negara.

DS Najib Razak dan isteri serta keluarganya sudah dikira bernasib baik kerana rakyat di negara ini memang menghormati kedaulatan undang-undang (rule of law) kerana membiarkan pihak polis menjalankan tugas mereka tanpa campurtangan dalam kes ini. Oleh itu, mana-mana pihak juga seharusnya menghormati keputusan rakyat itu untuk membiarkan PDRM menjalankan tugas mereka tanpa dikecam itu dan ini hanya kerana kepentingan politik dan peribadi.
Mengikut Forbes, pemimpin korup yang tersungkur di tangan rakyat Filipina Ferdinand Marcos yang diangkat menjadi presiden Filipina pada tahun 1965 dan dijatuhkan pada tahun 1986 menggelapkan USD5-10 juta wang negara. Filipina tenggelam dalam hutang USD1-25 juta dan dikorupsi Marcos sebanyak USD8 juta yang akan hanya lunas hutang itu dijangka tahun 2025. Beliau diletakkan pada ranking kedua pemimpin terkorup di belakang Soeharto.
Sementera Soeharto bekas presiden Indonesia yang dijatuhkan pada tahun 1998 pula yang direkodkan Forbes berada di tangga pertama pemimpin terkorup pula hasil korupsi wang negara berjumlah USD15-35 juta.
Bagaimana dengan kita? Di kedudukan mana pula dengan jumlah rampasan barang kes sebegitu banyak? Jika kita masih ingat tentang Imelda Marcos isteri sang presiden Filipina yang memiliki hobi mengumpul kasut, sebahagian koleksi 3,000 kasut Imelda Marcos yang masih disimpan selepas ditinggalkan lebih 32 tahun lalu di Filipina, rosak kerana dimakan anai-anai, ditenggelami banjir dan lapuk dimamah usia. Di negara kita apakah akan ada muzium yang akan menyimpan kesemua koleksi tas tangan, jam tangan dan barang kemas yang dirampas itu nanti sebagai artifak sejarah negara buat renungan generasi akan datang?
Marcos dan Imelda yang bimbang dengan kemarahan rakyat terpaksa lari meninggalkan Filipina ke Hawaii sehingga akhir hayatnya akibat barah. Kemarahan rakyat negara ini tidak sampai mencetuskan ketakutan DS Najib dan isterinya sehingga membolehkan beliau bebas bergerak ke sana sini, jadi kenapa perlu kasihan yang berlebihan?
Begitu juga dengan tersingkirnya Soeharto pada 21 Mei 1998 yang tidak lepas dari mulai memudarnya kekuatan sang presiden. Soeharto mulai ditinggalkan orang-orang kepercayaannya. Mereka yang berada di lingkaran politik beliau, tentera, termasuk kroni-kroni beliau menuntutnya untuk berundur. Direktor Nahdlatul Ulama (NU) yang juga aktivis reformasi 1998, Muhammad Syafi' Ali atau yang biasa dipanggil Savic Ali, mengisahkan kembali detik-detik menjelang Presiden Soeharto menyatakan berhenti dari jawatannya pada Khamis pagi yang bersejarah itu. "Saya secara peribadi punya feeling Soeharto akan berundur kerana yang menentang dia sudah terlalu banyak, tetapi tidak menyangka akan secepat itu,"(19/5/2016). Ketika itu, kata Savic, sudah terlalu banyak kelompok yang menunjukkan bahawa mereka tidak lagi berdiri membela Soeharto. Bahkan, menteri-menterinya sudah banyak yang berundur, seperti Ginandjar Kartasasmita.
Oleh itu, jika kita tidak lupa mencermin diri walaupun sudah retak, kita tidak sesekali merasa terlalu kecewa dan perlu mengheret anak-anak tahfiz meraih simpati. Kita akan sedar bahawa nasib tidak selalu menyebelahi kita dan nasib yang tewas jarang-jarang akan membuahkan kegembiraan. Seharusnya DS Najib dan isterinya bersyukur kerana masih bebas bergerak di dalam negara sementara menunggu proses keadilan dapat ditegakkan. Jika orang lain agaknya sudah iftar dan bersahur bersila di belakang jeriji besi.
Kedaulatan undang-undang bukan hanya dapat dilihat jika ia berlaku pada kita, tetapi untuk seluruh rakyat menikmatinya.
Salam Ramadhan Hari ke-3.

Comments
Post a Comment