HUTANG TETAP HUTANG
Daripada pengamatan di media sosial, nampaknya pemimpin rejim terdahulu disokong juak-juak yang kepanasan masih tidak berpuashati dengan pendedahan hutang negara yang dimaklumkan oleh menteri kewangan yang baru YB Lim Guan Eng iaitu berjumlah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.
Dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK. Sementara hutang Jaminan Kerajaan dalam beberapa entiti yang tidak mampu membayar hutang berjumlah RM199.1 bilion atau 14.6 peratus berbanding KDNK.
Jaminan kerajaan termasuk entiti seperti Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 billion), Govco Holdings Bhd (RM8.8 billion), Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 billion), Malaysia Rail-link Sdn Bhd (RM14.5 billion) dan 1MDB dengan jangkaan RM38 bilion.
Hutang itu mencecah angka RM1 trilion apabila kerajaan persekutuan komited untuk melakukan bayaran pajak, termasuk sewaan, penyelenggaraan dan caj lain, bagi sebahagian besar projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK. Sementara hutang Jaminan Kerajaan dalam beberapa entiti yang tidak mampu membayar hutang berjumlah RM199.1 bilion atau 14.6 peratus berbanding KDNK.
Jaminan kerajaan termasuk entiti seperti Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 billion), Govco Holdings Bhd (RM8.8 billion), Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 billion), Malaysia Rail-link Sdn Bhd (RM14.5 billion) dan 1MDB dengan jangkaan RM38 bilion.
Hutang itu mencecah angka RM1 trilion apabila kerajaan persekutuan komited untuk melakukan bayaran pajak, termasuk sewaan, penyelenggaraan dan caj lain, bagi sebahagian besar projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).
Penjelasan YB Lim Guan Eng tersebut tidak mampu memuaskan hati mereka khususnya Najib. Walaubagaimanapun, apalah mahu diharapkan sangat niat baik untuk memuaskan hati orang yang sesekali tidak akan berpuashati terhadap musuhnya yang sudah berjaya menumbangkan kerajaan pimpinannya. Yang penting, rakyat berhak tahu perkara sebenar walaupun amat pedih dan menyakitkan.
Memudahkan isu hutang ini difahami, saya cuba bandingkan dengan kadar jenayah di Malaysia. Apakah rakyat hanya mahu membaca dan mendengar statistik dan indeks jenayah yang dapat menggembirakan hati seluruh rakyat walaupun ia tidak lebih dari kosmetik, ataupun mendapat maklumat tepat walaupun mengerikan?
Jenayah yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya jauh lebih tinggi daripada indeks jenayah yang dilaporkan atas alasan tidak mahu mencetuskan suasana panik di kalangan rakyat. Apa guna rakyat tidak panik tetapi hakikatnya penjenayah berada hanya sehasta atau selangkah dengan kita?
Pernahkah kita diberitahu atau mengalami pengalaman sendiri ke balai polis membuat laporan polis diragut atau dicuri dompet atau beg yang jumlahnya mungkin sedikit kemudiannya diminta membuat laporan polis yang tidak menyebut kejadian ragut atau curi? Dengan demikian, ianya tidak akan diklasifikasikan sebagai indeks jenayah. Kebanyakan kes seperti ini melibatkan warga emas atau mereka yang kurang pengetahuan tentang pentingnya indeks jenayah dilaporkan dengan tepat.
Kebiasaaannya, alasan tindakan sebegitu oleh anggota polis bertugas di pejabat pertanyaan adalah kerana jumlah kehilangan atau nilainya rendah serta hanya untuk digunakan untuk mendapat kembali lesen memandu, kad pengenalan atau dokumen yang diragut atau dicuri dalam beg tersebut.
Jumlah atau nilainya mungkin RM5 atau RM10 tetapi jenayah tetaplah jenayah. Daripada jumlah jenayahlah kerajaan dapat merancang bagaimana untuk mengatasi jenayah yang kian meningkat. Jika semuanya nampak comel, nampak bersih walaupun disapu di bawah karpet, apa lagi penambahbaikan nak dibuat?
Berapa banyak laporan polis yang dibuat tetapi sebaik ianya dimaklumkan kepada pegawai penyiasat, pengadu diminta naik berjumpa dengan pegawai penyiasat yang kemudiannya akan mengubah beberapa ayat yang berkesudahan dengan tidak diklasifikasikan sebagai jenayah harta benda atau tubuh badan.
Mana tidaknya indeks jenayah kekal rendah atau memberangsangkan jika begini cara kita mengendalikan kes-kes jenayah? Puncanya apa? Ketua Polis Daerah,Ketua Polis Negeri serta ketua-ketua jabatan siasatan jenayah mahu membuktikan kepada pihak atasan kejayaan mereka membendung kes-kes jenayah yang kemudiannya tersenyum lebar memberitahu media dan rakyat bahawa mereka berjaya menurunkan kadar jenayah di negara ini. Maka gegak gempita bersorak dan bertempik kegembiraan kejayaan pihak polis menurunkan kadar jenayah dari sehari ke sehari.
Namun, jika kita membaca akhbar, berita TV mahupun media sosial, setiap hari akan ada kejadian bunuh, rompak, samun, rogol, ragut, pecah rumah, curi kenderaan dan banyak lagi. Kenderaan dalam pagar pun masih berlaku kecurian, pecah rumah bukan saja berlaku pada waktu tengah malam, siang hari juga penjenayah sudah tidak peduli. Kes-kes melibatkan penipuan, penyeludupan dadah dan senjatapi juga tidak sedikit yang dilaporkan.
Kadar jenayah tidak akan turun hanya kerana program TV3 999 berjaya menghiburkan penonton dengan aksi maharaja lawak sebegitu. Jika benar tindakan begitu hebat seperti yang dipamirkan dalam segmen 999 tersebut, sudah lama pusat judi, pusat hiburan, pusat maksiat, sindiket dadah dan bermacam lagi berkubur.
Oleh yang demikian, secara jujur apakah kita sebagai rakyat mahu dihiburkan dengan angka-angka yang indah dan melekakan atau angka sebenar jenayah berlaku di negara ini?
Sehubungan itu, samalah seperti hutang negara yang didedahkan oleh YB Lim Guan Eng berjumlah RM1.08 trilion itu. Kategori apa hutang tersebut tetaplah menjadi hutang yang perlu ditanggung dan dibayar oleh kerajaan dan sudah tentu diambil dari wang pembayar cukai dan hasil dari petroleum dan lain-lainnya. Alasan bimbang pelabur menjauhkan diri dari negara ini tidak boleh diterima kerana ketika disembunyikan jumlah hutang yang begitu besar, apakah pelabur bertimpa-timpa melabur di Malaysia? Pelabur lari disebabkan terdedahnya penyelewengan skandal berskala besar 1MDB dan ranking korupsi yang memalukan negara.
Sampai bila kita akan terus ditipu dan dikhayalkan seperti rakyat di India yang dibiuskan dengan filem hindustan dan tamil dipenuhi dengan kehidupan orang kaya-raya. Menyanyi sebuah lagu dengan berbelas pasang pakaian berganti dari siang hingga ke malam, dari panas terik hingga hujan basah kuyup, berguling-guling dari puncak gunung bergolek hingga ke dalam sungai di kaki gunung?
Realitinya, mereka masih memamah nasi dari periuk tanah berteman kayu api. Buang air besar dan kecil di sepanjang jalan dan tepi kenderaan yang diparkir. Jika kita ke New Delhi dan bandar-bandar di sana, salah langkah pasti terkena jerangkap samar (najis).
Sistem kebersihan dan penyediaan tandas awam juga amat kurang. Ketika saya dalam rangka tugas mengiringi Perdana Menteri di sana, pegawai Kedutaan Malaysia kita di sana awal-awal sudah memberi amaran supaya jangan minum minuman dan mengambil makanan di kedai-kedai kaki lima dan setaraf itu kerana kebarangkalian akan terkena keracunan dan ciri birit tinggi.
Banyak lagi pengalaman menyedihkan disaksikan di sana tetapi ringkasnya hidup tidak seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem Bollywood kegemaran kita. Saya teringat dengan kata-kata ini, "A single lie discovered is enough to create doubt in every truth expressed." Sejauh mana kejujuran seseorang itu kepada kita, sekali dikesan berbohong, sudah cukup untuk melenyapkan kepercayaan selamanya.

Comments
Post a Comment