TO BE RELIGIOUS IS NOT A CRIME
Saya agak teruja dengan jawapan menteri pendidikan yang baru dilantik Dr Maszlee Malik yang ditemubual wartawan Malaysiakini ekoran kritikan terhadap beliau berhubung kecenderungan agamanya dan impak kepada kementerian diterajui. Jawapannya mudah dan ringkas, “to be religious is not a crime”.
Menurut Emily L. Earnshaw dalam kertas kajiannya berjudul Religious Orientation and Meaning in Life: an Exploratory Study, “religius bermaksud satu cara pandang seseorang mengenai agamanya serta bagaimana orang tersebut menggunakan keyakinan agamanya dalam kehidupan sehari-hari.”
Di mana silap atau salahnya Dr. Maszlee dalam isu berkaitan dan apa kena mengena dengan jawatan menteri diamanahkan kepadanya? Saya menyokong penuh kenyataan Dr. Maszlee tersebut dan seharusnya seluruh rakyat Malaysia mempertahankan kenyataan beliau itu.
Namun, dalam realiti kehidupan kita sehari-hari, jenayah atau tidak, salah atau benar letaknya di mana kita berada ketika itu. Jika orang jujur dan amanah berdiri dan dikelilingi di tengah-tengah penjenayah seorang diri, maka beliau adalah penjenayah dan penjenayah-penjenayah di kelilingnya adalah para hakim yang kejam seperti serigala yang menanti masa untuk mencabik-cabik daging dari tubuhnya. Orang jujur dan amanah hanya akan dianggap jujur dan amanah jika beliau dalam kelompok yang berpegang pada tali yang sama.
Kita lihat kepada pengumuman Perdana Menteri hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembubaran Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Turut dibubarkan adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Jika sebelum menang PRU14, jangankan mahu mengambil langkah ini, mencadangkan saja sudah dianggap ‘jenayah’ dan ‘dosa besar’ dan sudah pasti JASA jugalah yang akan mengepalai serangan bertubi-tubi menyerang Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat. Apa peranan JASA selain membelai, menggauli, menggelikan telinga pemimpin UMNO dan mempertahankan UMNO dan pemimpinnya? Gaji dan elaun dari dana kerajaan tetapi kerjanya untuk UMNO dan pemimpinnya? Tidak menjadi kesalahan jika semua perbelanjaan termasuk gaji diambil dari UMNO.
Begitu juga dengan MPN yang mengabdikan diri pada parti pemerintah sehingga sanggup menggadai nilai intelektual serta maruah menara gading demi meratah hasil titik peluh rakyat. Apa fungsi jelas MPN yang diperbadankan ini? Menjadi ‘gurkha’ UMNO?
Tetapi kini, tindakan Perdana Menteri ini dianggap sebagai langkah penyelamatan wang rakyat dan bijak. Langkah majoriti rakyat memberi undi kepada Pakatan Harapan sebenarnya adalah langkah paling bijak dan tepat pada masanya walaupun seharusnya ia lebih awal bagi mengelakkan negara terjerat dengan perangkap hutang dan penyelewengan yang begitu dahsyat.
Daripada pengamatan saya sejak sekian lama, sejak 15 tahun lalu selepas Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya sehingga Najib Tun Razak, banyak amalan aneh dilakukan. Setiap kali berlaku penyelewengan berskala besar, berlaku kelemahan urus tadbir dan ketirisan, bukannya hukuman atau tindakan tatatertib diambil kepada pelaku, sebaliknya dinaikkan taraf agensi terbabit dan berlaku pembesaran organisasi serta kenaikan pangkat.
Lihat kepada terbongkarnya kes penemuan ratusan kubur mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis pada tahun 2015. Rakyat tidak nampak sebarang tindakan jelas apa yang diambil terhadap kecuaian bukan kepalang ini. Sebaik pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan drastik terhadap mereka yang terlibat dengan kes pemerdagangan manusia di sebelah sempadan wilayah Thailand dengan mengheret semua terlibat termasuk berpangkat jeneral dalam tentera Thai, kita baru terhegeh-hegeh menggali kubur dan mengutip rangka mangsa untuk dipindahkan ke kubur di Pokok Sena, Kedah. Penghujungnya, tiada sebarang tangkapan terhadap mereka yang terlibat dengan kecuaian ini termasuk korupsi. Jika ada kenapa ia terus menjadi rahsia? Bukankah baik dijadikan iktibar kepada rakyat betapa jenayah akan menerima padah?
Mana mungkin tidak ada kes korupsi dalam kes begini besar sehingga sindiket pemerdagangan manusia boleh membina kem di atas bukit dalam wilayah kita termasuk mempunyai menara pengawal bersenjata tanpa pengetahuan kita. Tidak mungkin kita tahu tapi terus membiarkannya. Di mana pasukan keselamatan kita?
Rakyat juga direntap subsidi bahanapi hanya disebabkan kegagalan pihak yang bertanggungjawab mengekang penyeludupan. Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), KPDNKK dan Kastam yang sepatutnya mengawal aktiviti penyeludupan jelas gagal dan pastinya terkait dengan aktiviti korupsi seperti dinyatakan dalam laporan Cawangan Khas ketika itu bahawa 80% petugas di sempadan terlibat dengan ‘rasuah’. Tindakan atas kegagalan tidak diambil sebaliknya rakyat dihukum dengan menarik balik subsidi bahanapi atas alasan peningkatan penyeludupan bahanapi ke negara jiran disebabkan harga di negara ini rendah berbanding di sana. Apa jadi dengan peranan UPP dan semua agensi berkaitan termasuk KPDNKK?
Daripada dikenakan hukuman, UPP dinaikkan taraf dengan menggantikan UPP kepada Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) dengan anggota yang sama, fungsi juga kelihatan sama tanpa pencapaian membanggakan. Berapa banyak perbelanjaan digunakan untuk peningkatan taraf UPP kepada AKSEM ini?
Begitu juga dengan penubuhan Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Mendesak sangatkah APMM diwujudkan? Daripada keluhan anggota dan pegawai polis marin yang sedia ada ketika itu, kelengkapan logistik banyak diserapkan dari unit ini malah pegawai dan anggotanya juga dari Unit Polis Marin. Unit Polis Marin umpama naga ditelan ular lidi tetapi apa impaknya yang begitu membanggakan daripada penubuhan APMM?
Jika berlaku kes rompakan, samun, lanun, penculikan diperairan kita terpaksa juga kes tersebut diambil oleh pegawai penyiasat daripada PDRM kerana APMM tidak mempunyai kuasa diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada seperti diberi kepada pegawai dan anggota polis (Kanun Acara Jenayah (KAJ). Tidakkah sebelum ditubuhkan APMM perlu kajian teliti dalam semua aspek kerana perbelanjaan begitu besar melibatkan wang rakyat?
Insiden Lahad Datu juga adalah cerminan kepada kealpaan dalam mengawal perairan negara serta kedaulatannya. Kegagalan diupah dengan wujudnya ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Berapa banyak peruntukan kewangan dan perbelanjaan disalur untuk tujuan ini? Pembesaran organisasi dan logistik serta berbagai perbelanjaan yang begitu besar menunjukkan kes-kes penculikan terus berlaku selepas ESSCOM dan ESSZONE diwujudkan.
Ini bukan soal mencari salah atau menuding jari sebaliknya sebagai rakyat yang cintakan negara, seluruh rakyat mengharapkan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan berhemah dan sampai kepada ‘end user’.
Pembubaran SPAD amat dialu-alukan kerana pertindihan tugas antara agensi kerajaan semakin menjadi-jadi tetapi masalah sebenar berterusan. Semakin banyak agensi sebenarnya bukan menyelesaikan masalah malah mengeruhkan lagi keruh sedia ada. Semakin banyak agensi dan birokrasi sebenarnya menambah ruang kepada peningkatan kes korupsi. LIhat saja setiap kali musim perayaan, perjalanan pulang rakyat ke kampong halaman dipenuhi dengan SPAD, JPJ, Polis Peronda Lebuhraya dan macam-macam lagi.
Pertindihan tugas APMM dengan Unit Polis Marin dan TLDM walaupun dijelaskan bahawa kini perairan negara dikawal APMM sedangkan apabila berlaku kes lanun dan pencerobohan, maka TLDM dan pihak polis yang menjadi unit awal dikerah menangani isu tersebut.
Sudah wujud Jabatan Narkotik PDRM, ditambah lagi dengan Agensi Antidadah Kebangsaan atau singkatannya AADK. Kononnya AADK lebih fokus kepada pemulihan dan Jabatan Narkotik PDRM penguatkuasaan tetapi masih ada serbuan dan pemeriksaan dilakukan AADK termasuk di pintu sempadan negara. Masalah dadah terus berlaku dengan jumlah rampasan dan penagih yang terus meningkat.
Menyentuh tentang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) sudah tentu terpantul konotasi negatif di mata masyarakat. Umum mengetahui hampir kesemua JKKP ini ketua cawangan UMNO dan dari segi bantuan disalurkan juga banyak rungutan menyebut tertumpu kepada suku sakat dan ahli UMNO. Malah orang UMNO sendiri merungut apabila peruntukan disalurkan ianya dikepung oleh orang-orang ini. Tanah merah diperuntukkan kepada kampung terlibat akhirnya bertimbun di hadapan rumah JKKP dan kuncu-kuncu. Jalan berturap juga berdepan masalah sama. Rakyat lega dengan pengumuman pembubaran ini.
Sebenarnya banyak lagi masalah dengan agensi kerajaan, jawatan-jawatan dan kementerian yang diwujudkan atas dasar membalas budi dan kepentingan pemimpin besar parti pemerintah. Kes serbuan di pejabat, ‘safe house’ di Jalan Bellamy dan Putrajaya serta kediaman Pengarah Malaysian External Intelligence Organisation di bawah Jabatan Perdana Menteri membuktikan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi begitu berleluasa. Daripada laporan yang didedahkan menyebut bahawa agensi perisikan ini diperuntukkan dengan begitu besar jumlah perbelanjaan tanpa had hanya untuk memantau kritikan terhadap kerajaan di dalam atau luar negara dengan diterajui pegawai tinggi ini dengan dibantu 300 pegawainya yang hanya akan melaporkan kepada DS Najib Razak. Berapa banyak wang rakyat lebur kepada agensi ini?
Jenayah hanya menjadi jenayah apabila penjenayah ditumbangkan. Namun agak malang apabila sebelum ini keadaannya sama seperti disebut oleh Edward Snowden yang diburu Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), “When exposing a crime is treated as committing a crime, you are being ruled by criminals.”
Saya pernah melalui detik-detik seperti disebut Snowden sehingga dipulau dan dijadikan sasaran serta dianggap berlagak mahu menjadi ‘hero’. Saya tidak berhajat untuk menjadi ‘hero’ dalam jabatan tetapi sekadar tidak mahu menjadi ‘bacul’ sebenarnya.

Comments
Post a Comment