OH SAZALI!


Dalam monograf berjudul 'Menoleh Sejarah Menyorot Arah, saya tertarik catatan Dato' Siddiq Fadzil dalam bab 'Menoleh Sejarah Menafsir Kisah' di halaman 8 sub topik 'Qarun'.

Beliau menyebut, "Qarun memang bersalah kerana memeras, menyalahgunakan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman lain lagi. Tetapi ada lagi yang wajar disalahkan, iaitu sistem yang mengizinkan fenomena keqarunan itu berlaku."

Mengaitkan apa yang disebut oleh Dato' Siddiq Fadzil ini, apa yang berlaku dengan pemerintahan di bawah mantan Perdana Menteri Najib Razak dengan segala pemerasan dan penyalahgunaan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman menunjukkan sistem dalam UMNO dan kerajaan pimpinannya begitu teruk dimusnahkannya.

Namun, siapa yang telah menghalang beliau dari terus melakukan kerosakan samada dalam UMNO mahupun kerajaan? Daripada Timbalan Perdana Menteri sampai kepada tukang cuci dan daripada Timbalan Presiden sehingga kepada ketua cawangan UMNO di bawah semuanya mengiyakan apa saja kemahuannya. Apa kata Najib adalah wahyu yang tidak boleh disanggah.

Peluang untuk melakukan undi tidak percaya disia-siakan hanya kerana runtuhan dedak daripada bukit-bukau dedak mencurah-curah membutakan mata, memekakkan telinga serta menjadikan mereka semuanya bisu selain anggukan tanpa henti tanda wala' dan tidak ketinggalan tolol anak lelaki bahlol.

Segala usaha daripada rakyat dan pihak yang mahu menghentikan kezaliman dan penindasan Najib serta rejim dibantu gestapo peliharaannya akan dikekang dan ditentang habis-habisan. Menyanggah sama ertinya dengan menempah hukuman daripada Sang Kelembai samada menjadi batu atau kayu.

Najib sudah menjadi Sazali gara-gara dimanjakan dengan begitu dahsyat sehingga lupa daratan. Masih ingatkah kata-kata Sazali kepada bapanya ketika beliau dipersalahkan?

                              

“Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja, segala apa kemahuan Sazali bapak tunaikan..sagala apa hajat Sazali, bapak sempurnakan, sehingga Sazali pandai cakap bohong sama bapak…sehingga Sazali menipu bapak.. menipu untuk kepentingan diri.. "

“tetapi bapak hanya…’Anakku Sazali’.. bapak yang bertanggungjawab atas segala kelakuan buruk dan baik Sazali..”

Tepuk dada tanya diri kita! Siapa yang patut dipersalahkan dalam perkara ini? Najibkah yang bersalah atau kita? KJ menyalahkan Najib, Khaled Nordin juga salahkan Najib, Anuar Musa menuding jari kepada Najib dan semuanya salah Najib. Kenapa tidak dahulu dan hanya sekarang keberanian tiba-tiba datang? Apakah hanya kerana pokok tumbang, kura-kurapun mampu memanjat?

Kezaliman jangan disalahertikan hanya menyiksa dan membunuh orang dengan kejam. Zalim ertinya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan Najib terlalu banyak meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya samada menteri, pegawai-pegawai kerajaan termasuk aset-aset negara.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian perbelanjaan!

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?