APAKAH IGAUAN NAPOLEON BONAPARTE MENGGANGGU NAJIB?

Siapa tidak tahu atau tidak pernah mendengar nama Napoleon Bonaparte? Sejarah dipahat beliau dalam sejarah dunia tidak sedikit tetapi akhirnya meninggal dunia dalam buangan di Pulau St. Helena oleh Inggeris.

Napoleon Bonaparte begitu termasyhur dan merupakan figura berpengaruh di dunia ketika itu. Reputasi beliau begitu menyerlah samada dalam militer mahupun politik.

Ia terkenal sebagai seorang tentera yang begitu berani dan cemerlang sehingga memperoleh kenaikan pangkat dengan cepat di mana pada usia 24 tahun, sudah diangkat sebagai jeneral.

Tidak ada kuasa yang dapat berkata tidak kepada Napoleon Bonaparte ketika berkuasa. Baik dalam negara, mahupun luar negara. Empayar Perancis semakin kuat. Sehingga Napoleon Bonaparte mendapat gelaran tertinggi, iaitu Maharaja Napoleon.

Namun semua itu berubah apabila Napoleon bersama dengan 650,00 Orang tentera, berarak ke Rusia untuk menaklukinya. Kegagalan Napoleon menguasai Rusia menjadi titik balik kehidupannya.

Kekalahan demi kekalahan dialami tentera Perancis sehingga membawa pada pada 11 April 1814, Napoleon turun dari takhta kerajaan tanpa sebarang syarat sebagai Maharaja Perancis dan disingkir ke Pulau Elba. Walaupun beliau berjaya melarikan diri dari Pulau Elba dan kembali berkuasa, namun hanya untuk menerima kenyataan bahwa Perancis kalah dalam Peperangan Waterloo. Inggeris kemudiannya membuang Napoleon ke Pulau Saint Helena, dan meninggal dunia enam tahun kemudian di usia 51 tahun.

Mana Little Napoleon yang sebelum itu begitu berkuasa dan kononnya sanggup mati mempertahankan beliau? Kehebatan Napoleon sudah pasti melahirkan begitu ramai Napoleon Kecil ketika kekuasaan berada di hujung jarinya. Napoleon-Naopelon Kecil ini tidak seorang pun mempertahankan beliau sesudah hilang kuasa. Sehingga muncul istilah 'Little Napoleon' bagi mengambarkan betapa orang besar yang dikelilingi orang-orang kecil yang mempunyai kuasa besar.

Tidak sedikit Napoleon Kecil samada dalam UMNO, PAS, PKR, DAP, PPBM, MCA, MIC dan apa juga organisasi samada politik termasuk jabatan kerajaan yang menjadi punca sesebuah organisasi menuju kehancuran.

Spesis Napoleon Kecil inilah yang menjadi pencatur politik dan juga pencatur habuan yang akan dijadikan pesta-pora gerombolan penyamun. Sebaik kekuasaan runtuh, habuan pun bertempiaran, yang tinggal hanya Napoleon Besar menanggung segala beban ditinggalkan Napoleon-Napoleon Kecil. Mereka semuanya sudah menjadi halimunan yang masih ada tapi tidak kelihatan.

Sehubungan dengan itu, Najib tidak perlu berkecil hati dan gundah-gulana jika ada di kalangan orang-orang yang sebelum ini bermati-matian mempertahankan beliau sudah tidak lagi seperti dulu. Mereka adalah spesis sama dengan DNA serupa yang hanya berubah jasad tetapi memiliki sikap dan perwatakan sama.

Setandingkah Napoleon yang mengepalai begitu banyak peperangan dengan keberanian luarbiasa hingga akhirnya mengangkat diri sendiri menjadi Maharaja Perancis? Jika Napoleon yang sehebat itupun menerima nasib begitu, apalah sangat Najib yang kehilangan coklat dalam peti ais di rumah kononnya dimakan anggota polis yang menggeledah rumahnya?

Teruk sangatkah Najib berbanding Napoleon jika masih boleh bercuti dan bermain golf bersama keluarga di Langkawi selepas kejatuhannya? Zalimkah musuh politik beliau kepadanya jika Najib masih boleh mengadakan jamuan rumah terbuka sambil berkaraoke?

Napoleon-Napoleon Kecil Najib kan masih ramai? Masalahnya cuma tak kelihatan tetapi jika kena manteranya, mencanak datang semula. Rizal Mansor bukankah Napoleon Kecil yang gah mempertahankan Najib? Apalah sangat Napoleon Kecil memakai baju oren bergari nak dibanding Napoleon Besar yang masih mampu makan quinoa makanan ruji masyarakat Inca, yang lebih sihat berbanding nasi berasaskan protein, kurang karbohidrat?

Jika Najib berharap masih ada yang sanggup mati kerana beliau, maknanya Najib benar-benar menghidap Gangguan Khayalan (Delusional Disorder). Gangguan khayalan ini ditandai dengan satu atau lebih keyakinan palsu yang berlangsung setidaknya 1 bulan dan biasanya pertama kali mempengaruhi orang di pertengahan atau akhir kehidupan orang dewasa.

Hati-hati Najib! Sebaiknya segerakan rawatan bagi mengelakkan penyakit ini bertambah serius hingga membawa maut. Maut jangan dicari, rezeki jangan ditolak! Zaman Sang Raja tersenyum senang hati dan hadirin lain di balairung seri beramai-ramai mengangguk kepala sudah tamat. Tak elok dikenang perkara yang lepas.

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?