IZINKAN AKU BERKATA BENAR
Petang semalam aku terbaca status dimuatnaik Srikandi Malaya di ‘facebook’ yang menyentuh mengenai Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Padang Besar Perlis yang terpaksa diadakan di tapak pasar malam.
Katanya, cadangan awal akan diadakan di MRSM Beseri ditolak walaupun setiap tahun diadakan di situ. Permohonan untuk diadakan di Dewan Komuniti Melati Indah dan Tabika Kemas Alor Tampang juga ditolak sehingga akhirnya terpaksa diadakan di bawah bangsal tapak pasar malam atas alasan kerajaan sudah bertukar mengikut status tersebut.
Daripada catatan sama, Srikandi Malaya menyatakan berita itu dipetik dari catatan Saudara Rizal Perlis. Aku cuma membuat andaian mungkin Rizal Perlis ini sahabat lama aku bernama Saiful Rizal ahli UMNO Padang Besar yang kebetulan rumahnya di Alor Tampang walaupun menetap dan bekerja di Shah Alam, Selangor.
Beliau dulu banyak juga berbincang tentang masalah UMNO di Perlis khususnya Padang Besar dengan aku. Aku agak hairan kenapa mesyuarat agung kali ini begitu terdesak sehingga terpaksa diadakan di tapak pasar malam setelah kononnya ditolak akibat peralihan kerajaan.
Ketua Bahagiannya bukan calang-calang orang yang baru saja dipilih dalam barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO yang baru selesai disamping menjadi Pengerusi RISDA dengan elaun dan pelbagai kemudahan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan tidak termasuk projek-projek lain. Itu belum lagi kisah hampir semua Ketua Bahagian UMNO seluruh negara mendapat habuan dari Najib yang didakwa dari sumber 1MDB jika benar.
Apalah sangat sumbangkan sedikit perbelanjaan kepada bahagian sendiri untuk mesyuarat agung UMNO itu. Janganlah harapkan projek tanaman ketum seperti yang diusulkan beliau baru mampu membantu ahli dan bahagian UMNO sendiri.
Rasanya jawatan Pengerusi RISDA juga elok digantikan dengan orang lain yang lebih mampu menerajui agensi yang ditubuhkan untuk membantu pekebun kecil getah. Di Thailand tidak ada RISDA tetapi kerajaan mereka tidak meminta pekebun kecil getah di sana mengusahakan tanaman ketum menggantikan getah gara-gara kejatuhan harga getah. Sebaliknya mereka mempelbagaikan produk getah dengan mewujudkan kilang sarung tangan, kasut, tayar dan bermacam lagi untuk meningkatkan hasil jualan berasaskan getah di samping membantu mewujudkan peluang pekerjaan di kilang-kilang mengeluarkan barangan berasaskan getah termasuk tayar. Jika tidak percaya, masuk saja ke Selatan Thailand samada melalui Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam dan lihat kilang sarung tangan getah di Sadao sebelah kiri menghala ke Pekan Hatyai.
Inilah akibat perlantikan jawatan penting dalam GLC dan sewaktu dengannya menggunakan lantikan politik sebagai senjata membalas budi. Biar bodoh, biar lemah, biar badut, biar Pak Pandir dan Pak Kadok asalkan bersujud kepada Najib, kamu akan ditabalkan menjadi raja-raja kecil dalam GLC dan syarikat berkepentingan kerajaan bagi menambah ketaatan atau sering disebut wala’ oleh Pahlawan Bugis itu.
Apa yang berlaku ini mengingatkan aku kepada apa yang pernah aku beritahu dalam beberapa ceramah di mana aku diundang untuk bercakap mengenai keselamatan dan implikasi yang berkait dengan isu-isu semasa kepada agensi kerajaan, pertubuhan politik dan belia termasuklah aku mengambil usaha memberitahu secara terus kepada Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Md Isa Sabu walaupun masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Aku sering mengingatkan nasib yang bakal menimpa UMNO jika tidak beringat untuk membuat persediaan jika UMNO kalah. Aku memberitahu bahawa apa salahnya jika UMNO melakukan seperti apa yang dilakukan selama ini dengan membina dan mewujudkan banyak markas-markas bagi tujuan mengadakan ceramah, perjumpaan atau perhimpunan. Jika nasib tidak baik UMNO dan BN tumbang dalam pilihanraya dan menjadi pembangkang, sekurang-kurangnya aktiviti parti masih dapat diteruskan.
Jika PAS yang bukan kerajaan mampu membina begitu banyak markas sehingga mampu membina Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) yang begitu gah, KOMPAS di Batu 9, Kota Sarang Semut, Kedah, kenapa UMNO yang menjadi kerajaan tidak mampu melakukannya? Jika PAS terpaksa mengutip derma dari ahli yang tidak sekaya ahli-ahli UMNO, kenapa tidak dengan UMNO yang ahlinya kaya-raya serta mempunyai dana begitu banyak hingga kelam-kabut apabila SPRM membekukan akaun UMNO?
Malangnya, ingatan aku itu dianggap sebagai tidak wajar dan dilabel sebagai memihak kepada pembangkang. Sana-sini dipanjangkan fitnah kononnya aku bermulut celupar menghina UMNO sehinggakan sampai kepada pihak atasan kononnya mirip pembangkang. Blog aku juga didakwa menyokong pembangkang sedangkan ianya bersifat teguran terbuka agar UMNO berubah jika mahu terus relevan.
Dimaklumkan kedudukan UMNO semakin getir, dibilang laporan JASA & BTN tidak begitu dan sengaja mahu memperlekehkan UMNO.
Aku berkata tidak mustahil apabila UMNO tidak lagi berkuasa nanti, mesyuarat UMNO terpaksa diadakan di bawah pokok (merujuk pada sidang DUN kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pada awal Mac 2009 akibat tindakan yang didakwa sebagai rampasan kuasa. Tommy Thomas Peguam Negara sekarang ketika itu dilantik sebagai peguam mewakili Speaker DUN Perak).
UMNO tidak pernah dan tidak sesekali percaya bahawa satu hari mereka akan menjadi pembangkang dan ketika tanpa kuasa mereka yang pernah berkuasa terpaksa menelan segala keperitan sepertimana yang dilalui oleh pembangkang sebelum ini.
Mereka terus yakin dan percaya bahawa UMNO akan berkuasa selamanya dan akan dapat menggunakan kemudahan percuma di stadium, dewan orang ramai, dewan sekolah dan premis kerajaan. Ditambah dengan kekayaan masing-masing mereka menjadi angkuh bahawa mereka mampu untuk menyewa premis apa sekalipun tanpa menyedari satu hari nanti akaun parti dan akaun pemimpin akan menjadi korban oleh tangan-tangan mereka sendiri.
Aku juga memberitahu bahawa seperti PAS, mereka masih mampu mengadakan program parti tanpa mengharapkan bantuan luar atau kerajaan kerana premis diadakan itu samada markas, kompleks parti ataupun rumah ahli-ahli mereka sendiri. Apakah ahli-ahli UMNO sanggup membenarkan rumah dan premis mereka digunakan untuk aktiviti parti? Semangat perjuangan ahli UMNO dan PAS serta pembangkang lain tidak sama kentalnya dan kini semuanya sedang membaham UMNO secara sadis.
Aku pernah memberitahu tentang beza pemikiran orang Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana Pasukan Bomba Sukarela yang sepanjang pengetahuan aku belum ditemui ada Bomba Sukarela dianggotai orang Melayu. Jika di Kedah kelihatannya hampir semua dimonopoli kaum Cina. Bomba Sukarela mendapat peruntukan dari kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan dan setiap Bomba Sukarela mempunyai bangunan seperti dewan yang boleh digunakan untuk mesyuarat, kenduri-kendara serta perhimpunan.
Kaum Cina yang menjadi ahli Bomba Sukarela dengan mudah dapat menggunakan bangunan Bomba Sukarela bukan saja untuk perhimpunan dan mesyuarat tetapi juga sukan badminton dan sebagainya. Orang Melayu tidak merasa malu untuk menggunakan kemudahan itu sedangkan untuk menjadi ahli Bomba Sukarela pun tidak sanggup?
Bangsa kita hanya mampu menjerit Hidup Melayu walaupun tindakan-tindakan dilakukan sebenarnya ‘menjanamkan’ Melayu. Jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dulunya sering diberikan kepada menteri dari MCA atau PGRM sedangkan kerusi tersebut amat penting dalam mencorakkan pola pengundian dalam pilihanraya.
Pertamanya dari sudut memajukan projek perumahan yang tertumpu di bandar-bandar dan separa bandar di mana pembelinya rata-rata akan dimiliki oleh bukan Melayu kerana harganya tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Kuota Melayu juga setelah cukup tempoh tertentu setelah tidak mampu dibeli oleh Melayu akan dijual kepada bukan Melayu.
Disebabkan itulah pola pengundian sejak PRU11 memperlihatkan kawasan bandar dan separa bandar telah dikuasai oleh pembangkang kerana selain pengundi Cina memberi undi kepada DAP, pengundi Melayu sendiri di kawasan ini sudah tidak lagi merasa pentingnya parti kerajaan (UMNO) yang dilihat tidak mengutamakan kepentingan rakyat. Oleh yang demikian, UMNO hanya bergantung simpati dan undi pengundi luarbandar yang rata-ratanya orang Melayu.
Oleh yang demikian, apabila sampai pada PRU14, kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad merobek rongga dan sarang undi Melayu untuk memihak kepada Pakatan Harapan (PH), sokongan 30% undi Melayu sudah cukup untuk menumbangkan BN kerana kawasan seperti FELDA, FELCRA dan kampong-kampung yang didominasi Melayu sudah lompong diterobosi Pakatan Harapan (PH).
Keangkuhan dan bongkaknya UMNO berkemungkinan atas kepercayaan yang dihembus dan dibisikkan oleh KEMAS, BTN, JASA dan beberapa agensi lain yang sebelum ini berhalusinasi bahawa UMNO dan BN sentiasa disokong rakyat sehingga kiamat. Pemimpin-pemimpin UMNO juga semakin rakus membolot kekayaan dan kekuasaan tanpa rasa bersalah dan malu kepada rakyat dengan melakukannya terang-terangan atas kepercayaan ini.
Sangkaan mereka rakyat tidak akan sesekali berani menukar kerajaan dengan ancaman dan ugutan melalui propaganda perkauman yang dikatakan bakal mengundang malapetaka seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan ketika kejatuhan Soeharto pada tahun 1998. Hinalah rakyat, gertaklah mereka, perlekehkan tahap intelektual mereka namun mereka tetap akan mengundi BN.
Telahan itu ternyata meleset kerana rakyat sudah kenal erti sakitnya ditipu pemerintah. Rakyat sudah belajar maksud ‘KUASA RAKYAT’, mereka cukup faham sekarang yang berkuasa bukan parti pemerintah atau pemimpin yang banyak wang tetapi diri mereka sendiri.
9 Mei 2018 mengubah segala-galanya dan menumbuhkan keyakinan kepada sisa-sisa rakyat yang mengundi BN bahawa ketakutan mereka untuk mengundi pembangkang sebelum ini tidak lain dari sebuah pembohongan dan ketakutan yang digemakan selama ini sebenarnya adalah sebuah kegembiraan tertunda dan disembunyikan pemimpin-pemimpin UMNO.
Kini rakyat semakin utuh keyakinan kepada kempimpinan baru dengan terbongkarnya penyelewengan berskala mega dengan bukti-bukti yang amat menyakitkan hati rakyat. Pemimpin negara dan UMNO yang menabur angin, rakyat pula dipaksa menuai badai.
Aku semakin lega dan amat bersyukur kerana walaupun tidak pernah bermimpi untuk menjadi Nujum Pak Belalang dapat berkahwin dengan Puteri Raja, sekurang-kurangnya aku mampu meneka dengan tepat nasib malang menimpa UMNO. Maafkan aku kerana berkata benar jika berkata benar itu dosa besar buat UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Comments
Post a Comment