OHHHH…. LGBT
Paluan isu lesbian,gay, bisexual dan transgender (LGBT) hebat bukan kepalang sehari dua ini sehingga Tok Mufti dan segala Tok-Tok termasuk Tok Dalang berhujah tentang golongan LGBT ini. Penting sangat kah masalah golongan ini dalam kehidupan rakyat sehingga begitu rupa keprihatinan dipertontonkan? Kita tidak bermaksud mereka perlu dibenam ke dasar lautan seperti apa dilakukan kepada arwah Osama Bin Laden atau dicampak ke kolam buaya tetapi itu adalah pilihan mereka sendiri tanpa dipaksa-paksa.
Berapa jumlah mereka berbanding jumlah keseluruhan rakyat negara ini? Mengambil contoh pondan, maknyah , darai atau disebut juga maknyah misalnya, menurut Teh Yik Koon dalam jurnal berjudul ‘Understanding The Problems Of Mak Nyahs (Male Transsexuals) In Malaysia’, bilangan maknyah di Malaysia berjumlah sekitar 10,000 di mana 70 hingga 80 % berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti. Maknanya, dari jumlah lebih 30 juta rakyat negara ini, ia amat kecil dan jangan sampai meminggirkan isu yang lebih besar melibatkan majoriti rakyat.
Apa perlunya hingga terpaksa memikirkan pula masalah berak-kencing golongan LGBT ini? Semasa saya dalam rangka tugas rasmi di New Delhi dulu, yang bukan LGBT, darai, pondan atau maknyah pun ‘pancut’ kencing dan berak tepi jalan saja padahal mereka bukan golongan LGBT. Itu adalah pilihan mereka dan mereka sedar risiko peril dihadapi melawan fitrah penciptaan Tuhan.
Pada tahun 1983, Majlis Raja-Raja dengan jelas telah menetapkan fatwa bahawa pembedahan jantina adalah haram hukumnya kerana pembedahan itu adalah salah di sisi Islam. Perbuatan silang-pakaian (cross dressing) juga dilarang. Bagi golongan khunsa, pembedahan jantina adalah dibenarkan.
Maka secara dasarnya, golongan maknyah sebenamya adalah tidak diiktiraf bagi masyarakat Malaysia. Ramai dari mereka menerima kenyataan bahawa Islam melarang transeksualisme. Ini selaras dengan dalil - dalil yang dinyatakan melalui hadis. Sebagai contoh, hadis di dalam sahih Bukhari diriwayatkan oleh Ibn Abbas, “Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi "halau mereka dari rumahmu. "
Begitu jugalah dengan golongan lesbian, gay dan bisexual yang mencabar fitrah kejadian manusia. Tidak menjadi insan LGBT mereka masih boleh hidup kerana itu pilihan mereka tetapi tidak makan manusia akan mati, tidak punya pendapatan tetap dan mencukupi kesannya akan menumpukkan jumlah anak-anak mangsa keciciran persekolahan, gelandangan dan banyak lagi masalah sosial.
Amat malang apabila isu LGBT ini diberi fokus begitu meluas sehingga masalah nak berak-kencing pun kerajaan perlu fikir untuk mereka. Sedangkan isu lebih besar berkait dengan inflasi, kenaikan harga barang tak terkawal, pendapatan isi rumah yang semakin menghimpit, rumah mampu milik, rasuah dan jenayah tidak diketengahkan secara professional.
Isu-isu seperti ini bukan sahaja memerlukan perhatian kerajaan tetapi juga pembangkang kerana kewujudan mereka berpaksikan kepentingan seluruh rakyat yang mengharapkan mereka berfungsi seiringan dengan posisi masing-masing.
Mana pemimpin-pemimpin besar, mana mufti, mana agamawan, mana ahli ekonomi, mana NGO dan mana cendiakawan yang bercakap soal bagaimana untuk mengekang kenaikan harga barang, menambah pendapatan dan kuasa beli rakyat dan apa puncanya semua ini berlaku serta penyelesaiannya? Sikap ‘playsafe’ mereka jelas memperlihatkan budaya mementingkan posisi yang dikecapi selama ini dan kata-kata mereka tidak lebih dari retorika dan dengung yang berbunyi menggamit ‘envelope’ dan kantung dipenuhi timbunan wang.
Jika kita imbau kembali zaman ketika GST mahu dilaksanakan, apa langkah kerajaan untuk menentukan supaya harga barang disifarkan SST terlebih dahulu dengan memberi ‘grace period’ atau tempoh ihsan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk peniaga menurunkan harga barang tanpa SST sehingga semua stok barangan yang dikenakan cukai SST habis sebelum GST dilaksanakan bagi mengelakkan dakwaan masih banyak barang dibeli dengan harga SST? Setelah harga barang tanpa SST selesai, barulah dikuatkuasakan GST dan disertai pemantauan secara dekat oleh agensi terlibat.
Tetapi semua ini tidak dilaksanakan dengan membiarkan peniaga dan pengeluar barangan menentukan harga barangan sesuka hati. Maka harga barangpun melonjak dari harga sedia ada SST kepada harga GST yang menunjukkan berlaku inflasi begitu pantas dan jurang harga melebar. Sepanjang tempoh 3 tahun sistem percukaian GST dilaksanakan, agensi penguatkuasa dan kerajaan hanya sekadar bersandiwara kononnya mengawal harga barangan tetapi yang nyata harga barangan dan perkhidmatan terus mencanak sehingga 9 Mei 2018 apabila BN tersungkur di peti undi dalam PRU14.
Langkah GST sifar sememangnya disyukuri oleh majoriti rakyat tetapi malangnya harga barangan dan perkhidmatan tidak juga turun walaupun GST sudah tidak dikenakan lagi. Mungkin alasan stok barang dengan harga GST digunapakai tetapi selepas 3 bulan nampaknya peniaga masih kekal dengan harga sama seperti ketika GST dilaksanakan.
Bermula September ini, SST akan dilaksanakan dan tidak ada sebarang tanda-tanda harga barang akan turun 6% untuk porsi GST. Maknanya, seperti ketika GST mahu dilaksanakan juga maka harga barang dan perkhidmatan kekal dengan harga seperti dikenakan GST ditambah cukai SST yang mengakibatkan harga dan caj barangan dan perkhidmatan turut meningkat lagi yang pastinya menambah beban rakyat.
Saya yakin akan ada pemuka-pemuka yang akan berkata kamu ingat senang kah nak kawal dan laksanakan semua yang kamu cakap? Susah atau senang itu bukan soal rakyat lagi tetapi kerajaan yang dipilih rakyat kerana mereka membuat pilihan atas keyakinan kemampuan kerajaan baru menyelesaikan masalah yang diheret oleh kerajaan lama. Jika alasan ketidakmampuan digunakan, secara mudah boleh disimpulkan tidak ada beza antara kerajaan lama dan baru yang memeras keringat dan airmata rakyat.
Dengan adanya Council of Eminent Persons (CEP) dianggotai Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican, Jomo Kwame Sundaram dan Tan Sri Robert Kuok pastinya rakyat mengharapkan sesuatu yang positif tampil membantu selesaikan masalah ekonomi rakyat selama ini.
Rakyat tidak mahu tahu indeks BSKL melonjak atau tidak, rakyat tidak kemaruk untuk tahu KDNK, rakyat juga tidak sibuk untuk mendengar kemasukan pelaburan asing kerana buat marhaen, jika dapur berasap anak-anak, isteri dan ibubapa dapat mengisi perut dengan sesuap nasi, anak-anak dapat ke sekolah serta membayar yuran dan belanja sekolah, dapat bayar sewa rumah, bayar pinjaman motosikal dan kereta buruk pun cukuplah.
Masalah golongan LGBT jika ada NGO berminat sangat untuk membantu silakan tak ada yang menghalang. Kerajaan dan pembangkang sila tumpukan kepada isu besar yang mencengkam rakyat yakni beban ekonomi rakyat kerana isu ini jugalah yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan sedia ada dan juga pembangkang dalam PRU15.
Alangkah baiknya jika ulama’ umara’ mufti, agamawan, cendiakawan, ahli ekonomi dan apa saja posisi penting dalam masyarakat duduk bersama selesaikan masalah ini. Besar pahalanya membantu rakyat yang memerlukan perhatian pemimpin dan masyarakat. Jangan hanya menunggu pilihanraya sudah berada di selekoh baru terhegeh-hegeh muncul tersengeh-sengeh minta ihsan rakyat. Rakyat meluat faham tak?
Jangan hanya kerana mahu melindungi kegagalan sendiri maka LGBT menjadi ‘smoke screen’. Kerajaan lama cuba melindungi kegagalan yang lama dan yang baru juga menari mengikut rentak penyamun sama-sama berpesta lagu LGBT. Woi! Berhentilah merapu! Perut lapar tak akan kenyang dengan pesta boria dan lawak bodoh begini!

Comments
Post a Comment