PRK DUN SUNGAI KANDIS
Kerusi N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang terletak di bawah Parlimen Kota Raja selesai menjalani Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini dengan keputusan memihak kepada calon PKR Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang berjaya mempertahankan DUN tersebut.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu.
Dalam PRU14, Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).
Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni memperolehi 15,427 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperolehi 9,585 undi manakala calon Bebas, K.Murthy mendapat 97 undi.
Kemenangan Mohd. Mughni itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK N49 Sungai Dandis kira-kira pukul 9.25 malam ini. Bagaimanapun UMNO dan pemimpin serta penyokong-penyokong mereka termasuk PAS yang dilihat memberi sokongan padu kepada UMNO/BN mula memainkan isu jumlah majoriti undi diperolehi Mohd. Zawawi 5,842 undi yang jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu iaitu 12,480 undi.
Sebenarnya, dalam keghairahan membuat analisa terhadap sesuatu keputusan pilihanraya samada PRU atau PRK, banyak perkara yang perlu diambilkira untuk dijadikan asas kepada punca keputusan tersebut dicapai. Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Kandis mencatatkan jumlah kedua paling sedikit dalam sejarah PRK apabila hanya 50.31 peratus bilangan pengundi keluar dicatatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Untuk rekod, PRK DUN Penanti pada tahun 2009 mencatatkan peratusan keluar mengundi paling sedikit iaitu hanya 46 peratus.
Oleh yang demikian, dengan peratusan keluar mengundi yang begitu sedikit, sudah pastilah ia memberi kesan kepada jumlah undi dan majoriti diterima calon bertanding. Daripada keputusan diumumkan sebentar tadi, Lokman Adam calon BN juga merosot jumlah undi diterima dari 11,518 kepada 9,585 dan harus diingat bahawa jumlah undi ini turut melibatkan undi PAS kepada UMNO/BN yang sebelum ini berjumlah 7,573 diperolehi calon Pas Mohd Yusof Abdullah. Jika digabungkan undi diperolehi UMNO/BN dan PAS dalam PRU14 BN 11,518 + PAS 7,573 = 19,091. Maknanya jumlah undi diperolehi calon PH dalam PRU14 sebanyak 23,998 – 19,091 membawa kepada majoritinya 4,907 dengan peratus mengundi sebanyak 85.57%.
Oleh itu, jika PRK Sungai Kandis yang dihebohkan menang dengan majoriti sebanyak 5,842 undi (PRU14 PAS + BN = 4,907) pula menunjukkan berlaku peningkatan jumlah undi kepada PH kerana kali ini UMNO/BN secara terang-terangan bergabung menentang PH. Dengan itu, hujah atau alasan menutup malu gara-gara kalah di Sungai Kandis ini menggunakan jumlah majoriti diterima PH nampaknya terlalu naif dan daif.
Rakyat perlu diperjelaskan punca kemerosotan jumlah keluar mengundi secara telus dan jujur. Saya berpendapat bahawa ada beberapa faktor menyebabkan peratus keluar mengundi merudum begitu teruk sekali dan ianya berkait rapat dengan tempoh kali terakhir mereka mengundi yang begitu rapat. Selain dari itu, sikap pengundi yang menganggap bahawa sebarang keputusan PRK kali ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada kerajaan sedia ada juga turut memainkan peranan.
Majoriti rakyat negara ini juga sebenarnya lebih fokus untuk menumbangkan UMNO/BN dalam PRU14 dan matlamat mereka sudah dipenuhi. Jadi, ada yang berpendapat kenapa perlu berjemur dan menempah lenguh berjam-jam beratur menunggu giliran untuk mengundi khususnya pengundi saluran 1 dan 2.
Selain dari itu, sikap pengundi PAS yang berbelah bagi samada perlu mengundi UMNO yang dimusuhi puluhan tahun dan penafian tidak ada kerjasama antara PAS dan UMNO menjadikan mereka mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. Pada pandangan mereka, daripada memberi undi kepada UMNO/BN, lebih baik tidak mengundi kerana jika mengundi PH pula akan timbul rasa bersalah kerana dianggap sebagai tidak taat kepada ‘ulamak’ yang menjadi ‘dogma’ (kepercayaan yang tidak boleh di bantah atau dipersoalkan) kepada ahli dan penyokong PAS.
Soal rakyat bosan terhadap PH yang gagal menunaikan janji PH dalam tempoh 100 hari tidak lebih daripada helah dan retorika politik yang hebat dicanang oleh BN khususnya UMNO. Bagi mereka, kenapa tidak digunakan modal tersebut untuk menyerang musuh jika hanya itu saja isu yang ada? Ketika lemas di lautan, jangankan pelampung, ketul ‘taik’ pun akan dipeluk jika ia mampu menyelamatkan dari mati.
Bagi pemerhati politik, PRK DUN Sungai Kandis merupakan kayu ukur terbaik bagi mencerminkan pendirian sebenar politik orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di mana 70 peratus pengundi adalah Melayu itu sudah pulih menyokong UMNO/BN atau semakin jauh dari parti tersebut.
Pola pengundian pengundi bukan Melayu jelas terus kekal memihak kepada PH dan jika undi Melayu berterusan begini, maka peluang UMNO/BN untuk kukuh menguasai kerusi pembangkang dan ketua pembangkang semakin cerah. Kata Hitler, “beruntunglah penguasa bila rakyatnya tidak boleh berfikir”. Namun agak malang buat UMNO dan BN kerana rakyat negara ini tidak pekak, tidak buta dan tidak bisu dan paling menyeronokkan adalah mereka hebat berfikir.

Comments
Post a Comment