SOSMA - MOGOK LAPAR


Kira-kira 160 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) mengadakan mogok lapar di Penjara Sungai Buloh bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta berkenaan. Jumlah keseluruhan tahanan SOSMA berjumlah 215 orang.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Rizuan Abdullah muncul mengambil kesempatan konon membela tahanan bersama keluarga tahanan yang berkumpul di hadapan Penjara sungai Buloh.

Daripada pengamatan terhadap video yang ditayangkan menunjukkan hampir semua adalah dari kaum India. Sebagai rakyat yang menentang sebarang undang-undang atau sistem yang menindas rakyat, kita bersetuju akta yang zalim dihapuskan. Namun, semuanya perlulah melalui proses mengikut undang-undang negara ini.

SOSMA digubal dan diluluskan di parlimen dan di situ jugalah ia perlu dibentangkan untuk diluluskan untuk melupuskannya. Presiden IKHLAS janganlah tak ikhlas dan berlagak bodoh sombong. Tunggulah ianya dibawa semula ke parlimen dan usul segera hapuskan SOSMA atau gugurkan dakwaan terhadap semua tahanan SOSMA perlu mengambil kira implikasi keselamatan.

Sebelum dilupuskan SOSMA, perlula diwujudkan undang-undang pencegahan lain bagi menangani kes-kes jenayah dan kongsi gelap seperti yang berlaku sekarang ini.

Jika kita masih ingat, ketika ISA dilupuskan yang membawa kepada semua undang-undang atau akta yang sifatnya sama seperti ISA turut dilupuskan termasuklah Ordinan Darurat (EO). Ketika itulah ramai penyangak-penyangak kongsi gelap bebas yang menyebabkan banyak kes-kes bunuh berpunca dari bekas tahanan Ordinan Darurat yang dibebaskan.

Tanpa undang-undang pencegahan, kumpulan kongsi gelap dan penjenayah yang melibatkan diri dengan jenayah berat akan bermaharajalela dan ini menimbulkan ancaman kepada masyarakat. Jangan hanya untuk memberi kepuasan kepada sejumlah kecil penjenayah, rakyat secara keseluruhan menjadi mangsa.

Berapa ramai dari 2015 itu adalah tahanan politik atau 'prisoner of conscience' untuk rakyat menumpahkan simpati kepada mereka? Dari maklumat diperolehi menunjukkan sebahagian besarnya adalah ahli kongsi gelap dan penjenayah berbahaya.

Presiden IKHLAS ikhlas lah sikit jangan hanya pandai menangguk di air yang keruh. Tangguklah di air yang jernih sebab air keruh macam teh tarik boleh saja ke Kelantan. Utamakan keselamatan majoriti rakyat dari segelintir yang mogok lapar tetapi akhirnya minta nasi.

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?