KEANEHAN ADA DI MANA-MANA
Ada hal paling aneh yang saya amati sehingga kini belum terjawab. Orang politik sebaik dipenjarakan atau dilokap akan terus ditimpa sakit dan dijangkiti penyakit. Ketika begitu aktif dan segar bugar, terus sakit dan lemah gemalai bagaikan sedang nazak menunggu detik sakratulmaut.
Hospital tiba-tiba menerima pesakit khas dan nampaknya rezeki hospital tidak sedikit bergantung pada orang politik yang sakit gara-gara terkejut masuk penjara atau lokap.
Namun, apabila dibenarkan keluar dari penjara atau lokap, mereka bagaikan dicabut duri dalam kepala terus sihat wal-afiat wal-lakonan wal-penipu.
Daripada perlu dipapah sudah mampu berkawad, dari berbaring atas stretcher sudah mampu lenggang kangkung tersengeh-sengeh. Dari berkerusi roda sudah mampu menari gelek. Yang memakai topeng gas tiba-tiba berada di meja sidang media buat pengumuman penting. Alahai aneh memang aneh.
Moral cerita yang boleh dihadam adalah pertama jangan tertangkap dan keduanya anda bukan orang politik jika tidak mahu sakit dan berpenyakit.
Bangga melihat bukan orang politik yang masuk keluar penjara dan lokap tidak sakit-sakit walaupun lama bertapa di dalamnya. Itulah hikmah menjadi marhaen dan bukan orang politik.

Comments
Post a Comment