MALAYSIA BARU
Apa ertinya Malaysia Baru? Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysia Baru itu adalah Malaysia yang semuanya percuma? Malaysia Baru mestinya tidak perlu bayar hutang pendidikan, mesti hapus semua tol, mesti gaji minimum beribu-ribu, mesti semua barang dan perkhidmatan diberi subsidi? Mesti memberi wang bantuan sara hidup tanpa perlu bekerja dan mesti membiarkan pencuri wang negara terus mencuri sehingga negara muflis? Membiarkan negara diurus oleh isteri Perdana Menteri yang khianat terhadap amanah diberi oleh rakyat?
Kegagalan melakukan melakukan semua disebutkan di atas ini maka akan diulang-ulang perkataan kencing dan hancing selayaknya sedondon dengan mereka yang kononnya berhajat kepada Malaysia Baru dan wajah baru tetapi otak kusam dan minda lemah.
Dalam buku ‘Doktor Umum - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad’ di halaman 427, Tun menyebut tentang bagaimana Jepun pulih daripada perang begitu pantas dengan mengaitkan Dasar Pandang ke Timur dan mencontohi cara orang Jepun bekerja.
Tun berkata, “.... dalam bukunya “Made in Japan”, pengasas Sony Corporation, Akio Morita mengingat kembali saat penubuhan Sony, dan bagaimana pada tahun-tahun awal selepas perang, pekerja Jepun sedia bekerja hanya untuk mendapat segenggam nasi dan sedikit kicap. Negara Barat menganggap ini sebagai eksploitasi buruh, tetapi pekerja Jepun sedar negara mereka miskin dan perlu dibina semula industrinya. Mereka bukan bekerja untuk keuntungan individu, tetapi demi negara. Mereka faham bahawa dengan mengheret keluar negara mereka daripada kemusnahan, ia akan memberi kesan kepada kehidupan yang lebih baik buat mereka. Pengorbanan perlu dibuat dan mereka melakukannya tanpa merungut. Jepun berkembang maju dan hari ini, pekerja Jepun adalah antara golongan bergaji paling tinggi di Asia.”
Walaupun nasib negara kita tidak sama dengan rakyat Jepun yang begitu terjejas selepas perang, hutang negara mencecah RM1 trilion ditinggalkan rejim kleptokrat itu bebannya jika tidak sama dengan beban negara dilanda kemusnahan selepas perangpun, risiko negara jatuh muflis begitu hampir. Jika tidak ada pengorbanan daripada rakyat dan kerajaan, negara boleh diistihar muflis seperti disebut oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di London.
Negara yang telah diistihar muflis tidak akan mampu membayar gaji pekerja sektor awam dan juga pesara. Sektor swasta juga tidak terkecuali akan menerima bahana kesan muflisnya sebuah negara. Apa akan jadi dengan nasib Kita? Ekonomi negara akan dibelenggu masalah amat besar apabila agensi kewangan antarabangsa dan pemiutang akan menentukan nasib dan hala tuju negara ini.
Pengorbanan sedikit sekarang lebih baik dari negara terus dijerat perangkap kolonialisma bentuk baru. China kini di atas kertas sudah begitu banyak menjajah negara-negara luar seperti Zambia, Si Lanka, Papua New Guinea, Djibouti, Kyrgyzstan, Samoa, Pakitan, Maldives, Laos dan Fiji.
Malaysia Baru sebenar yang perlu dikecapi oleh seluruh rakyat (bukan sekerat dua yang berlindung atas nama rakyat) adalah Malaysia yang bebas dari hutang yang mencengkam rakyat, rakyatnya bukan ibarat pengemis yang hanya mengharap ihsan bantuan kerajaan semata-mata tetapi pendapatan yang datangnya dari usaha dan titik peluh sendiri.
Rakyatnya juga punya jati diri dan disiplin diri yang kuat untuk memajukan diri, keluarga dan negara. Malaysia Baru adalah Malaysia yang mampu menyuarakan pendirian tanpa gentar kepada kuasa asing seperti di era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri mulai tahun 1981 - 2003. Malaysia ketika itu dianggap mewakili suara dunia ketiga dan bukan saja berjaya mengurus negara sendiri malah berjaya membantu Bosnia Herzegovina yang teruk terjejas dan menjadi mangsa pembersihan etnik oleh Serbia dan Yugoslavia. Malaysia Baru adalah Malaysia yang dijadikan contoh dan dicemburui oleh negara jiran dan seluruh dunia atas kejayaan membangunkan negara bukan terkenal sebagai kerajaan kleptokrat dipimpin pencuri paling tersohor dalam sejarah dan takut bini.
Marilah kita sama-sama bekerjasama memberi dokongan moral dan apa saja bersama-sama Perdana Menteri untuk keluar dari kemelut ekonomi dan hutang yang amat membebankan ini. Tun Dr. Mahathir tahu bagaimana menguruskan ini dengan syarat rakyat memberi kepercayaan penuh kepadanya seperti ketika krisis ekonomi yang melanda negara sekitar tahun 1998 dahulu.
Kejayaan Tun Dr. Mahathir menyelesaikan masalah didepaninya banyak terhasil dari latihan perubatan dan pengalaman dilaluinya. Hasan Hamzah dalam bukunya ‘Mahathir - The Wake-up Call’ (2003) menceritakan tentang hal ini. Beliau menulis, "When faced with political problems, he remembered his medical training the experienced he gained in dealing with people of all communities and the lessons he learnt. Of these he says:
“the first lesson is the methodical way that doctors approach medical problem. Observance, history taking, physical examination, special examinations, narrowing the diagnosis and deciding on the most likely diagnosis and treatment required. these are useful in any problems in life, and they serve me well in attending top political problems.”
Inilah bezanya bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelesaikan setiap masalah dihadapinya dan negara berbanding pemimpin lain. Masalah dengan ramai pemimpin adalah, menghidapi kencing manis ditampal koyok, sakit kaki disapu minyak angin di kepala, cirit birit diberinya panadol dan sakit mata dibedahnya telinga.
Jika begitu caranya bukan Malaysia Baru yang dituju, sebaliknya kita menuju kepada zaman dinosor yang walaupun tubuhnya besar tetapi otaknya kecil tidak mampu menyesuaikan diri dengan perubahan akhirnya pupus.
Selamat Malam

Comments
Post a Comment