TERKEJUT


Semalam gamat isu TERKEJUT sebaik Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di Pulau Pinang di bawah nilai pasaran melibatkan YB Lim Guan Eng Menteri Kewangan.

Kenyataan terkejut ini bermula sebaik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan media bahawa SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Siapa yang terkejut sebenarnya di pihak SPRM kerana dari maklumat yang didedahkan menunjukkan pegawai pendakwa SPRM sendiri yang memohon kes ditarik balik? Apakah masih ada pegawai-pegawai yang berkiblatkan rejim kleptokrat?

Rasa terkejut ini kemudiannya bertali-arus dikeluarkan oleh pihak-pihak yang cuba tampil sebagai juara ‘Rule of Law’ dan mengutamakan ketelusan. Sekilas air todi, sudah kenal siapa peminumnya. Dalam situasi seperti sekarang, TERKEJUT adalah modal utama untuk menggambar dan membina persepsi bahawa institusi kehakiman negara sedang dikuasai oleh cabang eksekutif diterajui Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah ada media yang melaporkan kononnya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Brunei juga dikatakan melahirkan rasa terkejut. Semasa dirujuk mengenai kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan itu, Dr Mahathir berkata: “mereka berhak terkejut, saya pun terkejut juga”. Bagi yang mengenali gaya percakapan Perdana Menteri ini, pastinya mereka tahu beliau tidak terkejut tetapi lebih kepada ‘sarcasm’ atau ‘cynical’. Tidak tahu atau sengaja menggambarkan Perdana Menteri terkejut?

Kenapa ketika Pejabat Peguam Negara sebelum ini menggugurkan kes terhadap suami Shahrizat Jalil dalam skandal NFC, SPRM tidak mengeluarkan kenyataan serupa? Ini memang buat saya terkejut.

Badak sumbu yang tersungkur di Sungai Kandis dalam PRK baru-baru ini dan gerombolan pesakit mental terlepas dari Tanjung Rambutan dan Tampoi yang dipimpinnya menjerit-jerit bagai disampuk iblis kerana terkejut. Maklumlah suami ibu badak dilaporkan media masih memiliki berpuluh bilion ringgit lagi wang rompakan 1MDB luar negara.

Apalah sangat nak diterkejutkan bila kes Lim Guan Eng ini diputuskan mahkamah begini? Bagi saya memang saya terkejut dengan kes ini tetapi bukan dengan keputusan membebaskan Lim Guan Eng tetapi ketika mula-mula beliau disiasat dan didakwa pada tahun 2016 kerana ianya jelas bermotifkan politik. Salah apa jika penjual dan pembeli bersetuju membeli dan menjual dengan harga yang ditetapkan? Bila sudah dibebaskan saya tidak terkejut malah bersyukur kerana berjaya menghilang KETERKEJUTAN sebelum ini.

Patutlah di negara ini semua penjual takut menjual barangan atau harta mereka dengan harga murah kerana takut disiasat dan didakwa SPRM. Jual mahal tak ada masalah malah dialu-alukan. Membeli murah adalah kesalahan tetapi membeli mahal tidak pula menjadi sasaran SPRM seperti dalam kes yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Dalam laporan Ketua Audit tersebut, contoh-contoh pembaziran wang rakyat bukan sahaja mengejutkan tetapi tidak masuk akal seperti Jabatan Taman Laut membayar lebih RM56,000 untuk membeli teropong yang sepatutnya berharga tidak sampai RM2,000, iaitu hampir 30 kali ganda daripada harga pasaran. Pembelian barangan seperti komputer riba, pencetak, TV LCD dan pemain cakera DVD dengan harga kira-kira RM193,000 sedangkan nilainya tidak melebihi RM20,193.

Dalam laporan sama, Ketua Audit Negara juga menegur Majlis Amanah Rakyat atau MARA, agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan Bumiputera kerana membuat pembelian yang terlalu mahal seperti membeli oven dengan harga RM1,200 sedangkan harga sebenar adalah RM419, membeli katil berlipat dengan harga RM500 sedangkan harga sebenar adalah RM100. Kenapa SPRM tidak terkejut dan mendakwa kesemua pengkhianat yang selewengkan wang rakyat ini?

Rakyat sebenarnya lebih terkejut bila ada Tok Arab entah gila entah bodoh sanggup menderma RM2.6 bilion masuk akaun bekas menteri kewangan ketika itu. Yang patut terkejut adalah apabila bekas TPM ketika itu dapat bertemu Tok Arab penderma tetapi sekarang SPRM terpinga-pinga mencari Tok Arab gila itu. Dengar khabar Tok Arab ditemuinya sudah mati lama sebelum itu. Hebat bekas TPM kita mentang-mentang ada ilmu kasyaf iaitu kebolehan melihat atau mengetahui perkara ghaib atau perkara alam ghaib yang tidak nampak dengan mata kasar.

Yang patut terkejut adalah rampasan dengan nilai keseluruhan wang tunai, barang kemas, jam tangan dan beg berjenama dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri yang dirampas di enam lokasi penggeledahan mencecah lebih RM1.1 bilion.

Yang patut terkejut adalah masa diambil untuk mengira wang rampasan di rumah Najib dengan bantuan pegawai-pegawai BNM yang pakar pun memerlukan 36 hari untuk mengira wang sahaja.

Lebih mengejutkan dari 75 beg itu, terdapat 35 beg yang mengandungi wang tunai 26 jenis matawang bernilai RM116 juta di mana mereka mengambil masa tiga hari untuk pengiraan dengan dibantu oleh 22 pegaai Bank Negara Malaysia(BNM) dengan enam mesin kira wang.

Tidak terkejutkah kita apabila berangan kemas pula terdapat 25 beg yang dirampas di mana mengandungi 12,000 barang termasuk 1,400 utas rantai, 2,200 bentuk cincin, 2,100 bentuk subang, 1,600 pasang brooch dan 14 jenis mutiara yang memerlukan 16 hari untuk dikira dengan nilai rampasan berjumlah RM660Juta hingga RM880juta di mana barangan paling mahal adalah seutas rantai emas white diamond bernilai RM6.4 juta.

Bagi beg tangan pula, sebanyak sebanyak 574 beg dari 37 jenama berjaya dirampas bernilai 51.3 juta di mana masa diambil untuk pengiraan adalah 8 hari, beg berkenaan terdiri daripada jenama Hermes, Channel dan pelbagai lagi, beg paling mahal berjenama Vijan di mana ianya adalah tempahan khas.

Akhir sekali, sebanyak 434 utas jam tangan bernilai RM78 juta berjaya dirampas yang melibatkan 100 jenis jenama termasuk Rolex, selain itu sebanyak 234 cermin mata turut dirampas bernilai RM374 ribu menjadikan nilai rampasan keseluruhan RM900 juta- RM1.1bilion.

Tidak terkejutkah kita dengan begitu besar jumlah rampasan kerana berapa banyak tangan, telinga dan leher yang Najib serta Rosmah ada untuk disarungkan dan dibalut tubuh badan mereka?

Drama terkejut ini sebenarnya tidak lebih dari percubaan menutup bau bangkai manusia dengan daun sireh dan pinang yang sesekali tidak akan berjaya. Drama sinetron sebegini sudah lupus tarikh dan hanya layak ditonton babi, ungka, jebon dan beruk makyeh yang banyak masa terluang untuk dihabiskan.

Haaahhhhh Tepokkkkk!

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?