PEJUANG, DATUK - PANTANG UNDUR


Seperti pernah disebut DYMM Tuanku Sultan Johor, sekarang jika baling batu mesti kena kepala Datuk dan jika batu terpelanting itupun akan terkena kepala Datuk. Begitulah gambaran mudahnya zaman ini untuk bergelar Datuk.

Bagaimana dengan gelaran pejuang? Yang bergelar pejuang masyallah punyalah banyak sehingga bunyi batuk di kiri, kanan, belakang dan depan semuanya berstatus pejuang.

Berjuang dan pejuang itu tidak sama maksudnya kerana Najib juga bermati-matian berjuang mempertahankan kedudukan beliau sebelum PRU14 dan selepas PRU14 berjuang sehabis nyawa untuk elakkan harta dan wang di'gasak' oleh beliau tidak dirampas. Apakah itu namanya pejuang?

Sekadar berselfie sana-sini dengan pemimpin besar sudah mengaku pejuang dan yang mempertahankan penyamun dan koruptor juga tidak mau kalah mengaku pejuang. Pejuang 'Kepala Bapak Kau' pinjam kata Najib.

Yang mengaku pejuang dan mencatatkan di profile FB masing-masing pejuang ni bila tengok gaya dan rupanya, ketika era kemunculan gerakan reformasi, zaman Parti Komunis Malaya masih aktif bak kata TMJ masih dalam perut lagi. Sedangkan yang mereka cela dan cerca sudah bermandi peluh, airmata dan darah melalui operasi-operasi di sempadan Malaysia/Thai, jauh di pelusuk hutan Pahang, Perak, Kelantan dan Kedah. Mana pejuang-pejuang jadian ini ketika itu?

Jika ditegur muncul kata-kata 'Pantang Undur' kononnya pejuang lah tu. Memang betulah pantang undur kalau dah nampak jawatan, nampak peluang buat duit dan habuan. Bak kata pepatah membujur lalu melintang patah, biar muka tebal asal saja dapat himpit pemimpin dan akhirnya dipilih berada di sekeliling pemimpin besar.

Mereka yang berjuang dengan risiko jerangkap samar di sana-sini ketika PKM aktif dahulu, pengganas komunis melambai-lambai di seberang wilayah Thailand ketika itu tak ada pulak mengaku pejuang. Lebih-lebih ambil gambar kenangan dengan rambut yang dah panjang berjanggut dan berjambang memeluk M16 setelah 2-3 bulan dalam operasi dihutan ikat kepala macam John Rambo. Itupun sekadar membakar semangat untuk terus berjuang untuk tanahair.

Zaman sekarang, baru kenal perkataan politik, muka macam 'pungkoq belanga', malah zaman dulu akan dijadikan bahan lawak untuk 'diloceh' gara-gara baru tumbuh anak rambut mengaku misai tebal ular sawa.

Apa akan jadi dengan budaya 'syok sendiri' dan gila publisiti begini? Selfie dengan pemimpin itu apa impak positif kepada pemimpin tersebut dan negara? Makin menjadi-jadi gila begini sehingga tahap kebencian pembaca dan yang melihat aksi-aksi syok sendiri ini akhirnya akan memberi reputasi buruk bukan saja kepada parti dicanangnya, hatta pemimpin yang dilelong namanya juga akan tercemar.

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?