KAYA & MISKIN
Walaupun manusia itu banyak harta dan wang, tetapi masih lagi korupsi, dia tidak kaya. Dia miskin dan tamak kepada harta dan wang ringgit walaupun sudah menumpuk begitu banyak hasil korupsi.
Manusia yang kaya tidak lagi perlukan hasil korupsi yang dijamah dan dipunggah dari kesengsaraan rakyat. Orang yang tidak banyak harta dan wang tetapi tidak korupsi itulah yang kaya dengan amanah dan kejujuran kerana sedar apalah maknanya kekayaan yang runtuh dari keringat rakyat dan orang susah.
Berdentum-dentam kononnya pejuang bangsa dan agama tetapi korupsi dia lah juara. Tidak diberi dia meminta kerana apa? Bukan kerana tidak ada wang dan harta, tetapi miskin jiwa dan harga diri. Jika mahu berjihad untuk bangsa dan agama, cukup seperti apa yang disebut Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, "Pahlawan Sekarang Tak Perlu Korbankan Nyawa, Cukup Tidak Korupsi Saja".
Nilai jumlah harta dan wang bukan letaknya pada sedikit atau banyak tetapi keberkahannya. Sedikit cukup tetapi banyak tidak cukup itu tandanya keberkahan tidak ada di dalam harta dan wang yang kita miliki.
Seperti diitulis di dalam buku berjudul 'Negara Adil Makmur - Menurut Ibnu Siena' diterbitkan Penerbit Bulan Bintang pada tahun 1974 oleh H. Zainal Abidin Ahmad; Ibnu Siena menyebut, “Sesungguhnya rezeki kekayaan yang cukup adalah perhiasan hidup yang paling indah bagi manusia; tetapi keindahan itu sangat tergantung kepada berhak tidaknya terhadap kekayaan itu.
Jika memang cara cara mengusahakan kekayaan itu tepat (sesuai), barulah ia menjadi keindahan hidup; dan keindahannya itu semakin bertambah, manakala cara-caranya sangat akrab dan paling menepati hukum.
Adapun cara-cara usaha yang tepat itu ialah melakukan usaha menurut cara yang paling bersih, suci dan jauh dari sifat tamak dan rakus, dan terjauh dari lobang yang kecil dan kotor.
Manakala terjadi sebaliknya, maka rezeki kekayaan itu kehilangan keindahannya, bahkan mungkin menjadi kecil sama sekali.”
Haji Zainal menggambarkan bahawa nilai barang yang diperoleh tidak bergantung kepada tinggi harganya atau banyak jumlahnya, tetapi lebih tergantung kepada cara-cara mendapatkan barang-barang itu.
Beliau menyimpulkan, nilai ekonomi yang sihat tidaklah pada banyaknya barang atau mewah atau bagusnya, tetapi pada jawab dari pertanyaan : Apakah barang itu halal dididapatnya, ataukah tidak. semua barang yang diperoleh dengan paksaan, rampasan ataukah korupsi atau tipuan, nilainya jatuh merosot sebagai barang sampai yang sangat rendah.
Lihatlah dengan mata yang luas dan depangkan telinga selebar-lebarnya dalam kes bekas Perdana Menteri kita DS Najib Razak dan timbalannnya DS Zahid Hamidi. Gaji dan elaun begitu besar, segala kemudahan disediakan percuma termasuk utiliti tetapi tetap menjarah harta dan wang negara milik rakyat sekaliannya.
Jika melihat kepada gaya hidup mewah mereka, jangankan mampu membeli cincin bernilai RM24 juta untuk isteri, cincin suasa atau perak RM500 pun tidak cukup dengan wang halal dari gaji. Jika kita juga mahu berkorupsi dan menyembah koruptor-koruptor ini seperti mereka, sudah pastilah pajak gadai, along dan semua peminjam wang tutup kedai.
Disebabkan itulah saya tidak percaya kepada suara-suara bingit dan keliru yang menyatakan untuk menghapuskan korupsi solusinya adalah meningkatkan kadar upah. Ia hanya akan menambahkan kadar inflasi dan juga menambah jumlah korupsi yang dipaksa oleh koruptor kepada pemberi korupsi. Mereka akan berkata mau disuap RM100? Gaji aku saja RM10 ribu.
Mereka yang tidak berpeluang ditingkatkan gaji akan terperosok ke telaga buta yang penuh dengan beban hutang dan segala masalah kewangan disebabkan terpaksa menokok wang untuk peningkatan kadar upah oleh kerajaan.
Apakah Najib dan Zahid tidak cukup wang? Makan minum itu dan ini seluruhnya percuma tetap tidak cukup kerana keberkahan memecut laju dari mereka akibat ketamakan melampau dalam diri masing-masing.
Korupsi bukan soal banyak atau sedikit pendapatan, tetapi soal tinggi rendahnya integriti dan kemampuan berdepan bisikan iblis dan nafsu serakah yang sentiasa berkobar.
Biar miskin bermaruah daripada kaya yang hina-dina melutut kepada pemberi korupsi. Mereka bukan hanya roko' tetapi sudah sujud kepada pemberi wang dan harta seakan-akan bertuhankan wang dan harta. Sia-sialah kalimah syahadah yang diucap berkali-kali setiap hari tetapi tuhan sebenar mereka adalah wang ringgit dan harta.
Inilah puncanya manusia mengaku merdeka tetapi jiwa dan mindanya hamba. Mana maruah dan harga diri apabila pangkat penuh di bahu bukan saja bintang bahkan bulan pun ada, tetapi lari lintang pukang menyembah taukeh-taukeh Cina sindiket judi, pelacuran, dadah dan kongsi gelap apabila dipanggil.
Masyarakat juga pada pendapat saya perlu dipersalahkan kerana apa? Kerana mereka bukan lagi menyanjung Sang Jujur dan Amanah tetapi bangga dan sanjung setinggi langit kedudukan seseorang penguasa walaupun Si Buta pun dapat melihat dan Si Tuli juga dapat mendengar Si Polan itu adalah koruptor tegar yang mewah hidupnya hasil korupsi.
Jangan asal Melayu dan Islam agamanya maka kita butakan mata dan pekakkan telinga dengan hanya menyalahkan kaum bukan Melayu dan bukan Islam. Yang meruntuhkan Kesultanan Melayu Melaka bukan Portugis dan Belanda, tetapi Si Kitol dan Raja Mendeliar berbangsa apa dan agamanya apa?

Comments
Post a Comment