MINORITI


Keminoritian bukan asas memencil atau menzalimi kelompok ini. Namun, harus diingat, minoriti juga bukan asas untuk berlagak seperti zionis. Walaupun saiznya kecil, tapi lagaknya mengalahkan raksaksa tanpa mengendahkan diri dikelilingi oleh negara-negara Arab. Israel sudah jadi 'jakun' mendapat bunga habis semua jirannya jadi mangsa atau menjadi pecacai mereka.

Begitulah juga dengan situasi terkini di negara ini yang memperlihatkan betapa 'minoriti' tidak sedikitpun membenihkan rasa syukur dapat bersama kelompok majoriti yang mengorbankan hak masing-masing demi menghormati kontrak sosial yang dijunjung sejak negara mencapai kemerdekaan.

Walaupun kaum India di negara ini hanya berjumlah lebih kurang 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini, ianya tidak dijadikan sandaran oleh kaum lain untuk bermusuhan dan saling menumpahkan kebencian.

Namun, janganlah sampai dikatakan kaduk naik junjung diberikan betis, dimintanya paha. Insiden rusuhan kuil di Subang Jaya itu berpunca daripada isu antara pemaju tanah One City dan pihak kuil. Kenapa perlu diheret sentimen perkauman sehingga mencetuskan insiden yang menjadi satu lagi titik hitam insiden perkauman?

Pihak bomba yang mahu membantu memadamkan kebakaran pun menjadi mangsa serangan ekstrimis Hindu menyebabkan anggota bomba diheret keluar dan dilanyak sehingga koma. Kenderaan diterbalikkan, dipecahkan cermin , dibakar dan premis berdekatan dimusnahkan.

Tuhan jadikan kita manusia jangan pula berebut menjadi binatang. Walaupun Masjid Babri itu jauh nun di Ayodhya, India yang didirikan oleh Raja Monggol pertama India pada abad ke-16 Masehi telah diruntuhkan oleh sekitar 150.000 orang dari kaum nasionalis Hindu ekstrimis pada tanggal 6 Disember 1992, luka umat Islam di seluruh dunia masih berdarah sehingga kini. Walaupun Masjid Babri masjid terbesar di Uttar Pradesh, India yang memiliki populasi umat Islam 31 juta orang sudah tinggal sejarah, ia kekal berbekas di sanubari seluruh umat Islam seluruh dunia.

Jangan hanya kerana penganut Hindu percaya Masjid Babri dibina selepas kemusnahan sebuah kuil di lokasi sama yang menandakan tempat lahir tuhan mereka itu menjadi justifikasi untuk mereka melepaskan dendam tidak berkesudahan yang akhirnya daripada kelompok majoriti merasa kasihan bertukar benci dan marah.

Umum sudah didedahkan bahawa keputusan mahkamah sudah dibuat dan pihak kuil juga sudah bersetuju dengan dibayar pampasan untuk berpindah kepada lokasi baru yang diberi sebagai ganti. Ketamadunan akan hanya ada selagi pintu perbincangan dan tolak ansur masih dibuka.

Jika masing-masing memilih kaedah tidak bertamadun untuk mencari penyelesaian, ianya mengundang tindak balas berganda dalam bentuk barbarian yang berpanjangan. Kita bertempik sana-sini menuntut keadilan dan RULE OF LAW dilaksanakan. Namun pada masa sama menjadi monyet, lutung, ungka dan beruk bertindak mengikut undang-undang rimba atau RULE OF THE JUNGLE.

Jangan salahkan pihak keselamatan jika tindakan kekerasan perlu dikuatkuasakan sehingga ada yang terkorban dan cedera. “An eye for an eye only ends up making the whole world blind,” kata Mahatma Gandhi.

Yang membezakan antara manusia dan haiwan adalah akal dan jika akal sudah tidak mahu digunakan, maka layanan seperti haiwan jugalah yang akan diberikan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak perlu berlengah lagi dalam soal rumah ibadat tanpa kelulusan dibina kerana isu ini tidak akan selesai selagi kaedah bertolak ansur dijadikan pilihan utama. Bertolak ansur hanya perlu kepada yang mahu bertolak ansur tetapi bukan yang menolak kita hingga menggelunsur.

Cukuplah dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969, Insiden Kg. Medan dan Kampung Rawa. Kenapa perlu ditambah statistik hitam jika yang putih masih bertimbun?

Belukang dan temekung menunggu detik sahaja untuk berebut makan taik dan apabila ramai-ramai berak di sungai, riuh-rendahlah mereka berpesta taik. Pelanduk sentiasa lupakan jerat tetapi tidak sesekali jerat!

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?