PARTI MENGUASAI KERAJAAN


Malaysia boleh dikira sebagai negara aneh kerana bukan saja kapal terbang sebesar stadium bola sepak boleh hilang tanpa dikesan, wanita mengandung diletupkan, pendakwa ditongdramkan dengan kuku dicabut-cabut, yang buat laporan polis disumbat ke dalam sel penjara sedangkan penyangak tersenyum simpul di luar sana, malah perebutan menguasai parti jauh lebih ribut dari mangsa kebuluran berebut makanan.

Jika difikirkan kenapa harus bermati-matian berebut untuk menguasai parti? Fikir saya kerana mereka tahu dengan menguasai parti mereka akan menguasai kerajaan. Begitulah apa yang terjadi ketika di zaman batu dan zaman edan ketika BN dan UMNO berkuasa di mana Najib paling berkuasa kerana kerajaan dipimpinnya begitu ketat menguasai parti.

UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO sehinggakan rakyat tidak mampu berbuat apa-apa hatta undang-undang tertinggi negara iaitu perlembagaan negara juga longlai dibuatnya. Pemimpin UMNO 'selamba rock' kata Ustaz Kazim mengarahkan para birokrat itu dan ini sehingga mampu menukarkan pegawai-pegawai kerajaan yang dianggap tidak tunduk kepada kemahuan UMNO dan pemimpinnya yang super korup.

Rakyat sudah melalui pengalaman mengerikan sehingga buntu bagaimana untuk menggantikan perdana menteri yang terkenal seluruh dunia terlibat dengan skandal mega korupsi mengakibatkan negara terjerumus ke dalam kancah hutang mencecah lebih RM1 trilion. Sejuta tandatangan rakyat diusung kepada YDPA juga akhirnya bersemayam entah di mana.

Usaha untuk mendesak pemimpin UMNO melakukan undi tidak percaya tidak berjaya kerana pemimpin-pemimpin di segenap peringkat khususnya ketua-ketua bahagian disumbat bukan saja wang ringgit, saham, jawatan dan pelbagai lagi tawaran. Tok haji tok lebai pun dirasuah untuk menunaikan ibadah haji dari wang korupsi gara-gara mahu terus kekal berkuasa.

Angkara parti menguasai kerajaan, rakyat yang berjumlah lebih 30 juta orang terpinggir dikaki tidak sampai 3 ribu orang perwakilan dan 191 ketua bahagian. Jumlah ketua bahagian sebanyak itu umpama kacang saja buat Najib untuk menundukkan mereka. Suara lebih 30 juta rakyat umpama buih-buih dilautan apabila suasana begini menyelubungi negara.

Beginilah nasib rakyat yang berada dalam negara di mana parti menguasai kerajaan sehinggakan suara rakyat suara keramat, suara rakyat suara dari langit hanyalah gurauan 'stand up comedian'. Yang benar-benar menguasai kerajaan dan negara adalah pemimpin-pemimpin parti yang korup dan jahat rakus memunggah khazanah negara dan wang rakyat tanpa belas kasihan serta memikirkan dosa dan pahala.

Jika situasi parti menguasai kerajaan sebegini tidak dihentikan, lambat laun, sejarah NAJIBISME dan ROSMAHISME akan tetap berulang malah mungkin lebih merbahaya dari apa yang pernah dilakukan jemuan-jemuan ini.

Taikun-taikun dalam dan luar negara juga berlumba-lumba mempertaruhkan harta dan wang mereka untuk menentukan pemimpin parti terus berkuasa berserta khadam-khadam pemimpin besar yang bertindak sebagai 'Little Napoleon'. Taukeh sindiket judi, dadah, kongsi gelap dan pelbagai lagi jenayah akan juga berusaha gigih mendekati dan menjaga kepentingan pemimpin parti demi menentukan kelangsungan kerja jahat dan jenayah mereka terus terjamin.

Rakyat seluruhnya dan mereka yang bencikan pemimpin yang mementingkan diri serta suku-sakat menguasai parti perlu ingat bahayanya apabila pemimpin yang bernafsu besar serta suku-sakat masing-masing begitu gelojoh mahu menguasai parti, itu adalah simptom berulangnya penyakit rasuah bermaharajalela menular sehinggakan penawar dan ubat dari kawah gunung berapi pun tidak mampu mengubatinya kecuali hukuman dari langit sepertimana berlaku pada kaum 'Aad yang menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s, Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul, kaum Lumeria di zaman Nabi Nuh dan banyak lagi.

Pesan Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid mantan Presiden Indonesia, "Tidak ada jabatan di dunia ini yang perlu dipertahankan mati-matian". Besryukurlah dengan apa yang kita miliki insyallah hidup kita akan tenang dan sejahtera.

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?