WAKIL RAKYAT


Negara ini sesungguhnya kaya dengan CALON WAKIL RAKYAT. Ianya hanya berlaku ketika ura-ura pilihanraya akan diadakan sehinggalah detik kemenangan atau kekalahan diumumkan.

Ciri-ciri WAKIL RAKYAT impian benar-benar membaluti seseorang yang kepingin banget mahu jadi CALON WAKIL RAKYAT. Bukan saja mengangkat sampah atau membersih kuburan, malah kalau ada yang tidak malu, boleh saja minta calon itu mencuci punggung selepas melepaskan air yang maha besar.

Tapi semuanya hanyalah sementara. Sebaik keputusan diketahui, yang menang akan bertukar menjadi WAKIL PEMIMPIN bukannya WAKIL RAKYAT kerana hanya menuruti kemahuan pemimpin bukannya rakyat. Yang kalah hilang entah ke mana hanya Allah, malaikat dan syaitan yang mengetahui.

Rakyat akan hanya didatangkan harapan lagi untuk CALON WAKIL RAKYAT mithali apabila guruh berdentum dan petir saling menyambar pilihanraya akan datang lagi. Tapi malangnya, RODA IMPIAN ini akan terus berpusing selama-lamanya begitu. Bak kata filem P Ramlee, "... begitulah bergilir-gilir sampai Abang Jamil mampus!"

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?