HISHAMUDDIN TIDAK PERLU BERBOHONG DAN BERSELINDUNG DI BELAKANG MKN


Sebaik berita penglibatan tentera Malaysia di Yaman atas nama Ops Yaman 2 dibongkar Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong, Hishamuddin Hussein bekas menteri pertahanan Malaysia memberitahu bahawa Chin Tong sepatutnya faham tentang hal seperti rahsia negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.

Rasanya sudah terlalu banyak alasan RAHSIA NEGARA digunakan untuk menutup kebejatan dan kegagalan pemerintah sebelum ini termasuklah isu 1MDB. Hisham sudah tidak layak bercakap soal RAHSIA NEGARA jika sudah berapa banyak rahsia yang menjadi punca berlakunya penyelewengan dengan menjadikannya sebagai alasan untuk menggondol dan membersihkan segala kantung negara asal saja bunyi wang.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula janganlah dijadikan kubu mempertahankan dirinya yang amat terdesak sekarang. Kata-kata 'The Truth Will Prevail' jangan sesekali dianggap enteng. Rakyat bukan bodoh untuk begitu mudah dikelirukan. Rakyat juga tahu apa peranan MKN dan apa yang MKN mampu lakukan dan tidak boleh lakukan. MKN boleh memberi usul tetapi keputusan muktamad di tangan Perdana Menteri dan juga kabinet.

Seperti apa yang disoal Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji yang mahu bekas menteri pertahanan itu menjelaskan bagaimana penghantaraan tentera ke luar negara boleh mendapat kelulusan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), begitu jugalah seluruh rakyat berhak tahu kenapa ini boleh berlaku.

Rakyat tidak rela menjadi galang ganti atas tindakan tidak berperi-kemanusiaan menzalimi rakyat Yaman sehingga ramai menderita dan sengsara kebuluran, terkorban nyawa dan cedera akibat perang tidak berkesudahan ini.

Tidak perlu menggunakan alasan Yaman mengamalkan Syiah kerana bukan saja Syiah, apa saja fahaman dan agama pun kita tidak berhak merenggut nyawa dan meletakkan mereka dalam kesusahan. Siapa kita untuk menentukan hala tuju negara lain?

Berdasarkan data demografi, populasi pengikut Syiah di Bahrain (92%), Azerbaijan (74%), Iraq (64%), Lubnan (60%), dan Yaman (46%). Malah di Arab Saudi juga terdapat sekitar 15% dari rakyatnya menganut fahaman Syiah dan di Indonesia hampir 2 juta orang. Iran merupakan negara dikenal mengikuti mazhab Syiah Ja’fari dan memiliki jumlah pengikut terbesar: lebih dari 60 juta orang.

Jika Yaman diserang atas alasan Syiah, kenapa Bahrain, Azerbaijan, Iraq, Lubnan, Indonesia dan Iran tidak dijadikan sasaran? Yaman sebelum ini diketahui menjadi sarang kegiatan militan Al-Qaeda sehingga Kapal perang USS Cole diserang pada 12 Oktober 2000 di pelabuhan Yaman, Aden mengakibatkan 17 kelasi terbunuh dan 39 yang lain cedera.

Umum mengetahui bahawa pejuang Al-Qaeda dan DAESH merupakan doktrinnya adalah cabang kepada ideologi Wahabi yang diamalkan Arab Saudi. Tiap-tiap penyelidikan menunjukkan IS, pengganas paling ganas atas nama Islam, muncul dari doktrin Wahabisme. Oleh itu jika alasan Yaman mengamalkan fahaman Syiah adalah jauh tersasar hingga sanggup menjadikan wanita, kanak-kanak dan wanita sebagai korban perang.

Jangan secara semborono melibatkan diri dalam sengketa negara luar hanya untuk memenuhi selera pemimpin asing dan manfaatnya hanya dinikmati sekerat-dua manusia di sini.

Dasar luar negara serta prinsip berkecuali selama ini nampaknya sudah dicabuli. Pada tahun 1971, Asia Tenggara telah diisytiharkan sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussein ketika merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pengisytiharan itu telah ditandatangani oleh Tun Abdul Razak, Tun Adam Malik, Carlos P. Romulo, Tun Thanat Khoman dan S. Rajaratnam.

Bapa mengistiharkan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali, anaknya dan anak saudaranya pula menjadikan rantau ini terjebak dalam perangkap konflik yang tidak diundang. Apa akan berlaku sekiranya atas nama Syiah, Iran sebagai proksi utama dengan dibantu Bahrain, Azerbaijan, Iraq, Lubnan, Indonesia dan Iran bertindak balas atas penglibatan kita membantu Arab Saudi ini?

Rakyat perlu celik dan depangkan telinga agar tidak lagi percaya dan menyokong individu-individu yang selama ini mengkucar-kacirkan negara dengan begitu banyak tindakan TOLOL merugikan negara dan meletakkan Malaysia di ambang peperangan serta menjadi hamba CHINA.

Kesengsaraan, penderitaan dan kanak-kanak kehilangan ibu-bapa dan ibu-bapa kehilangan anak-anak di Yaman sudah pastilah akan memberi tempias dosa serta bala atas keterlibatan kita di negara paling miskin di Benua Afrika itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Doa orang-orang dizalimi tidak mempunyai dinding dengan Allah swt maka berhati-hatilah kita semua.

Kata Pramoedya Ananta Toer dalam bukunya Anak Semua Bangsa, "Selama penderitaan datang dari manusia, dia bukan bencana alam, dia pun pasti bisa dilawan oleh manusia." Mampukah kita melawan manusia yang teraniaya?

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?