MASIH WARASKAH KITA ATAU KEWARASAN MASIH TERTUNDA?
Tidak ada manusia yang mahu ditipu dan tidak akan ada manusia yang bertepuk-sorak seronok bukan kepalang dikelentong oleh sesiapapun. Oleh itu, apabila sesebuah kerajaan yang berjaya ditubuhkan hasil dokongan rakyat menumbangkan kerajaan sebelumnya yang terkenal dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa, semestilah harapan rakyat untuk melihat kerajaan baru yang ada itu adalah sebuah kerajaan yang bersih, menepati janji, mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak berbelit-belit dalam mengotakan janji-janji dibuat sebelum mereka menang.
Namun demikian, ada ketikanya kita juga perlu memberi sedikit ruang bernafas kepada sebuah kerajaan baharu yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan 9 bulan untuk menyamak dan mensucikan najis berselerak sana-sini sejak begitu lama puluhan tahun. Bayangkan dengan menerima peralihan kuasa daripada rejim korup lagi licik dan penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana awam serta beban hutang yang begitu besar dan menuju keruntuhan sesebuah negara bukanlah sesuatu yang mudah seperti mengetik papan kekunci telefon pintar atau komputer riba.
Soal tipu tetap tipu walau apapun hujah yang diguna tetapi jika kita masih waras, apa pilihan kita jika kita cuma ada hanya 2 pilihan samada mudarat yang begitu besar dan mudarat yang agak kurang dari besar tersebut? Hanya yang tidak waras memilih mudarat lebih besar. Kata suku kaum Senoi, "'In the land of the blind, the one-eyed man is king'.
Sebenarnya, ramai dari kita penipu berbanding yang tidak menipu dalam kehidupan seharian. Cuma, kita tidak 'kantoi' ataupun misi menyembunyikan penipuan kita itu belum terdedah dan kita juga licik seperti Najib.
Peminat burung yang menangkap burung menggunakan umpan denak juga adalah seorang penipu kerana menipu burung dengan memikat sehingga masuk ke dalam jeratnya tetapi akhirnya burung tetap sendirian.
Untuk menangkap tikus dengan perangkap tikuspun kita juga menipu tikus dengan pelbagai helah sehingga tikus terjerat. Itu belum menipu soal hubungan pasangan hidup kita sehingga filem P Ramlee 'Madu Tiga' cukup digemari dan menjadi modal lawak jenaka sesama sendiri.
Dalam peperangan jangan cakaplah, berbagai helah dan muslihat digunakan untuk menewaskan musuh yang akhirnya, bukan saja dipihak musuh bahkan pasukan sendiri juga ramai yang terkorban walaupun mengggunakan pelbagai taktik dan strategi menipu.
Begitu juga dengan pihak polis yang menjalankan operasi menangkap penjenayah tidak kitra pencuri, penyamun, perompak, perogol atau pembunuh juga menggunakan helah dan taktik untuk menjerat penjenayah. Semua itu adalah penipuan. Jika seksyen 420 kanun Keseksaan nak digunakan untuk semua penipu-penipu ini, tak cukup lokap dan penjara dibuatnya.
Maka dalam misi menumbangkan BN yang sudah memerintah selama 61 tahun serta Najib yang 9 tahun mencengkam seluruh sistem pemerintahan yang ada sudah pastilah satu-satunya senjata yang tinggal adalah penipuan walaupun tidak semuanya dirancang untuk menipu. Bukan senang menumbangkan kepala penyamun yang amat berkuasa ketika itu.
Usaha untuk menjatuhkan beliau secara lunak dan nyaman melalui saluran parti gagal apabila ketua-ketua bahagian dan pemimpin dalam parti telah disumbat lubang mulut, telinga, hidung dan bontot. Rancangan untuk melakukan undi tidak percaya di parlimen telah disekat dengan pelbagai helah (menipu juga tu). Tun Mahathir menganjurkan deklarasi rakyat dengan sejuta tandatangan diusung ke istana negara juga berakhir dengan 'mendam berahi'. Apa lagi pilihan yang ada?
Oleh yang demikian, demi menyelamatkan negara dari tangan penyamun dibantu ahli sihir dengan penyapunya itu, pelbagai janji dibuat dengan harapan rakyat akan bersatu menjatuhkan rejim kleptokrat yang memalukan negara seluruh dunia. Salahkah tindakan menipu sebegini untuk merebahkan penyamun? Jika salah, maknanya pihak polis juga salah kerana menipu pencuri, penyamun, perompak, pembunuh yang cuba melarikan diri dari ditangkap.
Sudah pasti penyamun, pencuri, penyangak, perogol dan pembunuh akan menjerit beliau ditipu dan mangsa-mangsa penipuan juga bersimpati kepada penjenayah kerana telah ditipu polis. Mangsa-mangsa melakukan protes di jalanan termasuk di media sosial kerana pihak polis telah menipu dan tidak menunaikan janji untuk bekerja dengan jujur, ikhlas serta tidak menipu. Begitu?
Penipu pula membuat roadshow ke sana-sini meminta semua mangsa penipuannya berhimpun bersolidariti menyatakan sokongan kepada penjenayah ini untuk membantah tindakan polis menipu penjenayah sehingga tertangkap dan meminta polis membebaskan penyamun kerana itu semua fitnah walaupun berlonggok dan bertimbun harta rompakan dan penyamunan dalam rumah kepala penyamun yang ditangkap.
Memang kelihatan gila cerita ini tetapi inilah sebenarnya yang dilakukan oleh kita semua khususnya orang-orang yang menyokong penyamun dan menjerit kami ditipu. Alahaiiiii! Masih waraskah aku? Atau dunia sudah tidak lagi berbentuk geosfera seperti di bantah Suhaimi Saad yang kini hangat pula dengan persoalan graviti?

Comments
Post a Comment