MENANG BESAR KAH TOK MAT?


Kita tidak berniat memperkecilkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hassan yang gah dipanggil Tok Mat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang baru sahaja diumumkan keputusannya malam tadi . Tahniah buat beliau yang menang kali ini tanpa perlu menggunakan saudara-mara untuk menang tanpa bertanding. Apa lagi SPR pun sudah angkat bendera putih bagi pihaknya.

Cuma bila Tok Mat cakap besar, kenalah memperkecilkan sedikit cakapnya itu supaya dia tidak syok sendiri dan mengelirukan rakyat secara umumnya. Beliau tidaklah menang besar sebenarnya walaupun Pakatan Harapan (PH) perlu menerima hakikat bahawa menang 1 undi juga tetap dianggap menang. Yang penting adalah tidak mudah kecewa dan putus asa serta kembali bermuhasabah bagaimana untuk merangsang keyakinan rakyat untuk memecahkan kubu kuat musuh menyokong PH.

Ulasan Tok Mat bahawa BN melakukan telah melakukan ‘hat-trick’ itu adalah fakta kerana menang 3 kali berturut-turut dan PH juga telah melakukannya lebih awal HARD-ROCK bermula dengan Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson. Tapi sebagai parti pemerintah itu dianggap biasa dan samada BN, PAS atau PH menang di kubu kuat sendiri bukan sesuatu yang mengejutkan.

Jika benar-benar menang besar seperti didakwa Tok Mat, hanya apabila beliau atau mana-mana calon BN dan PAS menang dengan majoriti besar di kubu lawan seperti Permatang Pauh, Port Dickson atau di Parlimen Kota Raja di mana Mohamad Sabu menang dengan majoriti sebanyak 71,142 undi dan pada PRU12, Parlimen Kota Raja menyaksikan kemenangan Dr Siti Mariah Mahmud mewakili PAS dengan majoriti 20,751 sahaja.

Ataupun kubu kuat UMNO sendiri di Johor yang tumbang kepada Pakatan Harapan sebagai isyarat jelas rakyat mahu menyahkan BN khususnya UMNO.

Seperti pernah diulas oleh YB Khalid Samad Menteri Wilayah Persekutuan yang menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands sebelum ini hanya sekadar mempertahankan sokongan masyarakat terhadap parti itu dan dalam PRK DUN Rantau juga berlaku hal yang sama malah sebenarnya Tok Mat menang dalam kalah.

Sudah 7 pilihanraya kecil (PRK) diadakan selepas PRU14 dan 4 daripadanya dimenangi PH dengan majoriti begitu besar tetapi tidak pula dianggap ‘hat-trick’. Tak apalah ‘hat-trick’ pun ‘hat-trick’ lah walaupun di kubu kuat sendiri dan PH akur dengan keputusan rakyat kerana sebelum ini semua pihak mengatakan pengundi harus melakukan pilihan yang bijak. Jangan pula pengundi dipersalahkan sebagai pengundi yang bodoh apabila kita kalah. Bagaimanapun, BN khususnya UMNO jangan nampak lekeh sangat membuat ulasan kerana itu bukan ‘standard’ sebuah parti politik yang telah berkuasa selama 61 tahun.

Jika mengambil komen Najib, Zahid, KJ dan Tok Mat sudah pasti dicanang bahawa rakyat sudah muak dan bosan terhadap PH dan tidak sabar mahu BN menggantikan PH di Putrajaya. Hakikatnya, rakyat sudah boleh menerima kenyataan bahawa BN hanyalah sebahagian dari sejarah dan kini sedang memahat sejarah baru bersama PAS untuk membina muzium pertama parti politik yang menjadi ahli kelab ‘dinosour’.

Mari kita sama-sama imbas kembali tujuh PRK yang diadakan selepas PRU14 iaitu Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands, Semenyih dan yang terbaharu, Rantau.

PRK Port Dickson tempohari walaupun isu sama diketengahkan tetap Anwar menang bergaya. Anwar memperolehi undi sebanyak 31,016, Lt Kol (B) Hj Nazari mewakili PAS 7,456, Saiful KY 82 undi, Stevie Chan 337 dan Kan Chee Yuen 154. PH menang dengan majoriti 23,560.

Di Sungai Kandis pula, Lokman Adam mewakili BN cuma memperolehi 9,585, Mohd Zawawi Ahmad Mughni PKR 15, 427 dan calon bebas K Murthy 97 undi dan PH menang majoriti 5,842.

Di Sri Setia, Dr. Halimah Ali mewakili PAS hanya memperolehi undi 9,698 dan Halimey Abu Bakar mewakili PH 13, 725 ddan PH menang dengan majoriti 4,027.

Di Balakong, Tan Chee Teong mewakili MCA memperolehi undi 3,975 dan Wong Siew Ki mewakili PH 22,508 di mana PH menang majoriti 18,533.

Sementara di Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mewakili BN mendapat undi 12,038, Manogaran mewakili PH 8,800, Cikgu Hj Sallehudin (Bebas) 314 dan Wong Seng Yee (Bebas) 276. BN menang dengan majoriti 3,238.

Di Semenyih pula Aiman Zanali mewakili PH mendapat undi 17,866, BN diwakili Zakaria Hj Hanfafi 19,780, Uncle Kentang (Bebas) 725 dan Nik Aziz (PSM) 847. BN menang dengan majoriti 1,914

Tok Mat dalam PRU14 lalu menang tanpa bertanding setelah Streram dihalang dari bertanding. Dalam PRU13, Tok Mat mendapat undi 10,126 dan Aisah Lamsah dari PKR mendapat undi sebanyak 5,513. Tok Mat menang dengan majoriti 4,613.

Pada tahun 2008 PRU12 pula Tok Mat mendapat undi 7,739 dan Aisah Lamsah dari PKR mendapat undi sebanyak 3,956. Tok Mat menang dengan majoriti 3,783.

Pada tahun 2004 dalam PRU11, Tok Mat mendapat undi 8,031 dan Badrul Hisham Shaharin dari PKR mendapat undi sebanyak 1,832. Tok Mat menang dengan majoriti 6,199.

PRK kali ini Tok Mat berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mengatasi pencabarnya Dr S Streram daripada PKR mewakili Pakatan Harapan (PH) dan menang dengan majoriti 4,510 undi.

Menang besarkah jika sebagai Timbalan Presiden UMNO yang memangku tugas Presiden UMNO dan sudah berapa penggal menjadi MB dan ADUN di situ hanya mampu menang dengan majoriti 4,510? Bayangkan dengan mengerah kuda tunggangan mereka PAS pun hanya mendapat jumlah majoriti seperti itu. Harus difahami bahawa apabila PAS memberi sokongan pada UMNO maka secara tidak langsung jumlah undi kepada PH akan berkurang kerana jumlah pengundi tidak banyak bertambah dan undi dalam PRU13 lalu pastinya undi kepada PAS itu merupakan undi Pakatan Rakyat yang kini dipanggil Pakatan Harapan.

Dengan sokongan PAS pun jumlah majoriti tidak banyak berbeza di mana dalam PRU13 tanpa dokongan PAS Tok Mat menang dengan majoriti 4,613 tetapi dalam PRK kali ini merosot sedikit kepada 4,510. Sementelah dalam PH juga wujud politiking dalaman yang masih gagal dirungkai turut menjadi talian hayat kepada Tok Mat. Besar sangatkah kemenangan Tok Mat itu?

Kita akui ia amat besar kepada Tok Mat kerana maruahnya ada di Rantau dan sebagai Pemangku Presiden UMNO yang mendapat kuasa sihir ‘Bossku’ yang tak tahu malu dan Ponorogo dengan jampi serapahnya dibantu ‘dalang-dalang’ sehingga kini gagal dikesan sekiranya terguling dalam PRK ini, alangkah BESAR kemaluan Tok Mat. Jenuh makan ubat bengkak untuk mengecilkan kemaluan Tok Mat itu.

Pakatan Harapan jangan kecewa kerana jauh lebih penting adalah memberi khidmat-bakti kepada rakyat dengan ikhlas tanpa mengira apa balasan rakyat nanti. Menteri-menteri dan Exco Kerajaan Negeri perlu bingkas bangun dari lamunan dan khayalan kemenangan 9 Mei 2018 untuk memacu ekonomi negara sebaik mungkin dan buktikan pada seluruh rakyat bahawa penyangak-penyangak yang merompak khazanah negara sebelum PRU14 memang layak dihumban di sebalik jeriji besi.

Selamat Malam…


Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?