TIDAK LEBIH DARI LAMBANG SEBENARNYA
Setiap sesuatu yang wujud di mukabumi ini pastinya mempunyai hikmah tersendiri. Malangnya, ada juga institusi yang wujud di negara ini bagaikan ada tak menokok dan tak ada tak berkurang.
Mengambil contoh Kementerian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) yang hanya wujud tanpa banyak manfaat kepada rakyat dan negara kecuali manfaat kepada pemegang jawatan termasuk menterinya untuk mendapat gaji dan elaun dan hidup senang-lenang.
Ianya bukan sahaja berlaku di era Senator P. Waytha Moorthy tetapi sejak lama di mana saya ketika itu sering menyoal pengerusi fungsi jabatan dan kementerian ini samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Daerah hinggalah Majlis Keselamatan Negara.
Masalah perkauman terus menjadi api dalam sekam dan senjata makhluk perosak yang menyelinap masuk dalam semua isu yang boleh dimanipulasi.
Namun, ada yang jauh lebih merbahaya apabila bukan sahaja institusi yang tidak memainkan peranan masing-masing tetapi terlajak fungsi sehingga menceroboh wilayah bukan bidang kuasa mereka.
Ada institusi yang sepatutnya hanya berperanan sebagai simbol atau lambang sesebuah negara sahaja tetapi nampaknya sudah jauh terlajak macam basikal lajak kegemaran kanak-kanak masa kini. Terlebih laju akhirnya bersemayam bawah lori trailer. Nampak seakan-akan terlebih lajak dari laju.
Kereta mahal dan canggih berjenama BMW, Mercedes, Lamborghini & Ferrari canggih kerana enjin dan sistem yang dimilikinya bukan lambang yang dipasang di steering, depan atau belakang kereta. Tak ada lambang itupun, kereta itu tetap canggih, cuma lebih gah dengan lambang itu.
Namun, lambang yang dipasang juga tidaklah sampai ke tahap mengganggu perjalanan sistem dan enjin kereta tersebut. Jika lambang terlalu besar sehingga mengganggu penglihatan dan kelancaran kereta, ianya akan dibuang. Lambang dipasang dengan saiz dan bentuk yang tidak menggangu kereta mewah tersebut. Tak ada lambang pun kereta tetap berjalan dengan baik tetapi lambang sahaja tidak akan membawa kereta itu ke mana-mana walaupun sebesar gunung.
Kereta tanpa lambang tetap berjalan tapi lambang tanpa kereta adalah sia-sia. Oleh yang demikian jangan lah institusi wujud dan menganggu perjalanan sesebuah kerajaan dan sistem negara sedia ada kerana negara tanpa lambang tetap berjalan akan tetapi lambang tanpa negara di mana kedudukannya? Pemimpin tanpa rakyat siapalah dia tetapi rakyat tanpa pemimpin tak ada masalah besar kerana yang ketagihan untuk menjadi pemimpin bukan saja berlonggok, bahkan bersepah-sepah.
Jika lambang Ferrari menjadi gangguan pada cara pemanduannya, saya yakin penuh lambang Ferrari itu dicabut dan dibuang. Biar lambang Myvi atau Viva asal tidak menjadi pengacau. Sudahlah belanja besar, mengacau pulak tu!
Lama rakyat merindui Sallehudin Al-Ayubi bani Melayu dan jangan-jangan ada di sekeliling kita untuk menjadi panglima perang. Isu datang dan pergi tetapi jangan sampai rakyat naik marah dan kebencian berlebihan.
Rakyat diingatkan akan adanya tangan ghaib, panjang tangan dan kemaruk ditangan-tangankan. Rakyat perlu faham bahawa mereka ini terlalu takut untuk berdepan dengan hukuman terhadap jenayah yang telah mereka lakukan sebelum ini dan terbayang-bayang betapa sukarnya kehidupan di dalam penjara sehinggakan sabun jatuh pun takut hendak dikutip. Sedangkan sebelum ini hidup mewah melimpah ruah hasil korupsi dan menyamun.
Tun tak perlu bimbang kerana Allah sentiasa membantu orang-orang yang jujur dan ikhlas membantu rakyat dan kemenangan akhirnya tetap milik mereka yang benar. Iblis yang hebat sekalipun membilang hari untuk dirinya kekal menjadi penghulu neraka selama-lamanya.
Cuba bagitau di mana ada lambang BMW, Mercedes, Lamborghini & Ferrari lebih besar dari kereta? Jika ada cuma iklan sajalah bukan di kereta dan hanya orang gila saja suka menunjuk-nunjuk lambang.

Comments
Post a Comment