SEJARAH DITULIS OLEH YANG MENANG
Kenapa sebelum BN tumbang Najib kelihatan gah dan hebat? Sedikit sukar tetapi banyak mudah untuk dibalas. Kini Najib ditimpa karma atas perbuatannya dan setelah ditelanjangkan kebobrokan dan perlakuan jelik dilakukannya, gah entah ke mana, hebat jauh sekali selain menggelupur kalahkan lembu disembelih.
Walaupun tindakan menyelamatkan negara oleh Tun M dan tokoh-tokoh gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) sedikit lewat, namun sekurang-kurangnya kita masih bersyukur kerana negara belum sempat digadai dan dilelong sepenuhnya oleh jemuan dan nangoi-nangoi yang mendapat bantuan gerombolan penyamun.
Kata, Chinua Achebe, "The damage done in one year can sometimes take ten or twenty years to repair." Tapi apa yang mampu kita lakukan sekiranya yang pura-pura tidak faham itu bermati-matian menghasut rakyat supaya berpendapat Tun dan PH menipu. Bayangkan 9 tahun di era penyamun belum diambil kira ketika negara diterajui juara bertahan tidur tanpa henti selama 7 tahun dan diselubungi masalah seperti Rosmah Mansor yang berpunca daripada menantunya KJ dan budak tingkat empat. Enam belas (16) tahun negara dikucai umpama bubur asyura jadi taik oleh pengkhianat-pengkhianat ini tak ternilai kesannya pada negara.
Namun, Allah makbulkan doa rakyat yang ditipu dan dilucut hak mereka setelah penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang bermaharajalela dalam sistem pemerintahan asal saja nampak duit. Bukan sahaja wang atas meja, bawah meja juga dikaut dan dipunggah. Agensi dan GLC seperti FELDA, FELCRA, KWSP sehinggakan wang pencen dalam KWAP dan anak yatim pun dia sakau.
Apa punya syaitan yang beraja dalam jasad manusia-manusia ini. Kata orang lama, 'sejarah tidak pernah berbohong' tetapi apakah jaminan ia tidak dibohongi jika sejarah yang ditulis itu oleh Sang Penipu? Ada juga yang berkata 'sejarah ditulis oleh yang menang' memang ketika dia menang memang nampak dia gah dan hebat.
Kini, sampai masanya kata-kata Chinua Achebe dibuktikan semula, "Until the lions have their own historians, the history of the hunt will glorify the hunter”. Pemburu bukan saja selesai diburu malah kini terburu-buru selfie sana-sini bimbang tidak sempat melakukannya sesudah bermastautin di mahligai Sungai Buluh.
Singa yang selama ini dinafikan haknya sudah berjaya membuktikan bahawa pemburu bacul itu tidak lebih dari sepupu-sepapat Sajatullah setelah ditumbangkan dalam PRU14 lalu.
Selamat Bersahur...

Comments
Post a Comment