CHARACTER ASSASSINATION
Kaedah ‘character assassination’ bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah hidup manusia khususnya jalur politik. Pembunuhan karektor dalam dunia politik sering dikaitkan dengan peristiwa yang mempunyai gerakan sistematis yang bertujuan untuk menghancurkan reputasi seorang tokoh politik agar reputasi tokoh tersebut punah di mata umum. Pembunuhan karektor adalah fenomena lazim di dunia politik tindakan itu merupakan sebahagian daripada kempen negatif yang dilakukan oleh aktor atau dalang politik dalam rangka menjatuhkan lawan lawan mereka.
Praktik pembunuhan karektor dalam sejarah politik tanahair sudah berulangkali terjadi menimpa segala tingkatan kepemimpinan mulai dari tokoh serendah-rendahnya hinggalah paling tinggi.
Tok Janggut yang terkenal dengan semangat menentang penjajah juga tidak terlepas dari tindakan character assassination . British menggunakan kaedah character assassination untuk menjatuhkan Tok Janggut dan sahabat beliau pada ketika itu di hadapan Sultan dan juga untuk menjatuhkan semangat juang rakyat Kelantan pada ketika itu dengan menggantung terbalik tubuh yang didakwa sebagai Tok Janggut itu di Padang Bank (Padang Merdeka).
Inilah kaedah character assassination di mana perkara sama pernah dilakukan terhadap Mat Kilau dan sahabatnya yang lain, kononnya mereka mati dengan peluru British pada 1890-an, dan dihebahkan di dalam akhbar rasmi mereka.
Hakikatnya, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kelubi, Mat Lela dan beberapa yang lain lagi, tidak pernah mati dengan ‘jasa’ peluru British. Alhamdulillah akhirnya dengan hadirnya pengisytiharan diri Mat Kilau pada Disember 1969 dan kemunculan Tok Peramu iaitu Tok Bahaman, membuktikan bahawa British sememangnya menggunakan kaedah character assassination dan propaganda untuk mendakwa mereka benar dan menang.
Di negara jiran, contoh tokoh pemimpin nasional yang pernah ditimpa praktik pembunuhan karektor ini adalah Gus Dur. Gus Dur atau KH Abdurrahman Wahid sewaktu menjabat jawatan Presiden Republik Indonesia pernah didakwa mempunyai kekasih yang di masyarakat Indonesia sering disebut sebagai WIL (Wanita Idaman Lain).
Foto Gus Dur bersama dengan WIL itu dijadikan objek pemberitaan secara meluas di berbagai media massa, mulai dari media cetak hinggalah media elektronik kerana ketika itu media sosial belum bermaharajalela. Gambar-gambar tokoh yang merupakan cucu pendiri NU (Nahdatul Ulama) itu dijadikan bahan perbahasan dengan pelbagai analisa dan akhirnya reputasi cucu Hadratus Syaikh Hasyim Ashari ini rosak dan hancur.
Sebagaimana diketahui, kehancuran reputasinya itu kemudian kait-berkait dengan peristiwa-peristiwa lainnya dan membesar menjadi ‘snowball’ yang memberi kesan besar menyusul menumbangkan tokoh pendiri PKB (Partai Kebangkitan Bangsa) ini yang berujung kepada impeachment terhadap kedudukannya sebagai Presiden Republik Indonesia.
Presiden Jokowi yang mencapai tangga puncak dalam politik Indonesia juga berdepan tindakan pembunuhan karektor yang dilakukan melalui kata-kata mahupun gambar. Jokowi dikaitkan dengan ideologi komunis dengan merancang pengkisahan yang kadang-kadang tak masuk akal serta memperlihatkan gambar yang diubahsuai termasuk Jokowi kononnya menziarahi perkuburan Lenin pemimpin komunis Soviet Union yang juga sebahagian dari bentuk pembunuhan karektor.
Korban pembunuhan karektor tidak selalunya tersingkir dalam percaturan merebut kekuasaan. Jokowi ternyata berhasil melenggang kemas menuju kerusi kekuasaan yang diperjuangkannya.
Di negara kita, senjata pembunuhan karektor dilihat jauh lebih buruk dengan menggunakan isu moral melibatkan seks songsang, seks dengan isteri orang dan apa saja yang menjijikkan bagi menambah dampak pencemaran terhadap sasaran.
Terkini, Azmin Ali sedang berdepan masalah sama iaitu pembunuhan karektor. Sejauh mana beliau mampu keluar dari belitan tersebut selain kemampuan beliau membuktikan bahawa individu disasarkan itu bukan dirinya, sentuhan Perdana Menteri dalam isu ini juga dilihat sebagai penawar geringnya penyakit dihadapinya itu.
Nampaknya permainan menggunakan pembunuhan karektor dalam politik akan terus berkembang atau tumbuh subur dalam masyarakat di mana tingkat celik politiknya masih rendah. Oleh yang demikian, itu sebabnya pendidikan politik yang menjadi sebahagian dari pencerahan bagi rakyat agar tahap celik politik menjadi agenda penting sehingga masyarakat awam benar-benar tercerahkan.
Rakyat atau masyarakat jangan terlalu obses dengan berita-berita sebegini kerana pertamanya akan membantu peningkatan jumlah kes menjatuhkan lawan politik dengan cara menjijikkan. Keduanya dan maha penting adalah, tugas kita yang utama adalah menjadi kesatria kepada keluarga sendiri untuk melindungi mereka dari sebarang bahaya serta mencukupi keperluan mereka samada pendidikan, keperluan asas dan sebagainya.
Jika kita pernah membaca kisah Kresna dan Arjuna yang cukup popular di Indonesia, cuba hayati apa pesan Kresna pada Arjuna. “Arjuna, engkau ini kesatria. Apa tugas ksatria? Tugas kesatria adalah berjuang. Tugas kesatria adalah bertempur kalau perlu. Tugas kesatria adalah menyelamatkan, mempertahankan tanah airnya. Ini adalah tugas kesatria. Ya benar, di sana itu engkau punya saudara sendiri, engkau punya tante sendiri, engkau punya guru sendiri ada di sana, tetapi jangan lupa tugasmu sebagai kesatria. Mereka hendak menggempur negara Pandawa, gempur mereka kembali. Itu adalah tugas kesatria. Kerjakan engkau punya kewajiban sebagai kesatria. Karmane, fadikaraste, mapalesyu, kadatyana. Kerjakan engkau punya kewajiban, tanpa menghitung-hitung untung atau rugi. Kewajibanmu kerjakan!”
Buat Azmin Ali, jika kamu di pihak yang benar, percayalah… “kebenaran tetap muncul”. Seperti kata Socrates, “When the debate is lost, slander becomes the tools of the loser.”

Best Free Money Online Casinos in the UK
ReplyDeleteBest free money online casino. No deposit 메리트 카지노 주소 free spins allowed. The most popular 메리트카지노 casino youtube mp3 games include Blackjack, Roulette, Blackjack, Video Poker and many