SEJAUH MANA BANGKAI MAMPU MENGEKANG BAU BUSUK?


Apakah krisis dalaman PKR sudah mencecah tahap paling merbahaya dalam sejarah penubuhannya? Sejak awal penubuhannya juga jelas terpancar matlamat perjuangan parti ini lebih kepada kepentingan peribadi pemimpin dengan bertopengkan agenda reformasi.

Laungan reformasi hanya irama retro yang diperbaharui umpama kicap lama botol baharu. Reformasi apa yang dapat dibuktikan selama penubuhan PKR? Reformasi apa jika masalah intra parti terus berlumut dan membusuk dari sehari ke sehari dalam parti pimpinan keluarga Anwar ini? Yang jelas adalah permainan tikam belakang tidak berkesudahan sebati dalam parti sehingga nama-nama besar dalam era awal PKR muncul lenyap seorang demi seorang termasuk Syed Husin Ali, Chandra Muzafar, Ezam Mohamad Nor dan ramai lagi jika mahu disenaraikan.

Situasi sekarang umpama ular tedung senduk bertarung dengan ular sawa. Seekor kuat belit dan seekor lagi kuat patuk tetapi kedua-duanya lidah bercabang.

Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri tak perlu menitis keringat untuk selesaikan masalah ini kerana sejak awal Tun pastinya tahu setiap seorang dari mereka. Apa yang Tun perlu lakukan hanyalah meniup serunai jangan henti hingga kedua-duanya tergolek.

Agenda reformasi apa lagi yang mahu diperjuangkan jika asyik berebut kekuasaan sesama sendiri dan pilihanraya kecil dijadikan senjata untuk menapak menghampiri kerusi Perdana Menteri serta mencatur individu-individu sekeliling Raja Ular sebagai jeneral yang akan melindungi kedudukannya.

Jika dilihat secara tersirat, lemahnya PKR bukan melemahkan PH tetapi sebaliknya membimbangkan Najib dan Zahid Hamidi yang merupakan anak didik Anwar di zaman kegemilangan Anwar dahulu. Dengan puluhan kes menanti Najib dan Zahid serta gerombolan penyamun, hanya Anwar menjadi talian hayat terakhir buat penyamun-penyamun yang akan bermukim di Sungai Buluh sekiranya Anwar gagal dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga mengharapkan 'win-win situation' dengan mendambakan sokongan Najib dan Zahid mendapatkan momentum bagi melicinkan usaha beliau menuju kerusi Perdana Menteri. Krisis ini walaupun dilihat sebagai perencanaan kem Anwar membantutkan usaha Azmin memintas peluang Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi risiko yang perlu diambil Anwar jauh lebih besar dan merbahaya. Silap haribulan, PKR bakal berkubur kerana masing-masing punya faction yang bekerja keras memastikan calon masing-masing berjaya merebut kerusi nombor satu negara.

Agak aneh walaupun tidak aneh apabila Rafizi dan Nurul Izzah tiba-tiba menjadi pemalu dan pendiam. Biasalah! Anai-anai kerjanya tak pernah riuh-rendah tetapi sunyi-tinggi sehingga tiba-tiba sahaja runtuh struktur bangunan yang dibahamnya.

Belukang dan tukang tepuk dikir barat dalam UMNO, PAS dan faction Anwar dalam PKR mungkin boleh 'bergumbira' dalam tempoh singkat ini tetapi menanti tugas maha berat untuk mengukuhkan semula kedudukan masing-masing setelah pihak perisikan yang semestinya sudah mentaklimatkan Perdana Menteri aktor-aktor di sebalik layar 'semburit' ini.

Kepercayaan ibarat sekeping kertas, sekali direnyuk ia takkan kembali sempurna lagi. Mungkin hari ini kepercayaan 100% . Esok lusa mungkin akan berkurangan jika dikhianati. Kepercayaan juga tidak mudah untuk diraih dan sekali dikhianati kemungkinan besar tidak dapat diraih lagi. Ia memerlukan masa bertahun-tahun untuk dibina, namun sesaat dapat di musnahkan dan memerlukan masa selama-lamanya untuk diperbaiki.

Di zaman ini, jika salah memilih sahabat, kamu hanya akan bertemu seseorang yang bermulut manis lalu tiba-tiba akan menolak ke dalam jurang
.
Berhati-hatilah kita dan terus ingatkan diri sendiri agar tidak terjerumus ke dalam perangkap makhluk seperti itu. Harus diingat, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi nasib rakyat bukan taruhan.

Comments

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?