HENTI TUDING JARI


Najib sering kita lihat dan dengar tak habis-habis menyalahkan Tun Mahathir dan PH yang dianggap menjadi punca kekalahan BN dan memutar-belitkan isu kononnya gara-gara fitnah.

Parti pemerintah dan menteri-menteri juga berhentilah menyalahkan Najib dan UMNO menjadi punca negara gagal dibangunkan. Biarkan hukum mengambil-alih tugasnya menentukan nasib pengkhianat dan penjenayah yang menjarah wang dan khazanah negara.

Fikirkan bahawa itulah penyebab utama rakyat membuat pilihan menyahkan BN walaupun 61 tahun menumpuk kuasa. Yang penting PH dan pimpinannya perlu gandakan usaha memulihkan ekonomi negara yang tunggang-langgang akibat kerajaan terdahulu dan buktikan kerajaan yang dipilih mampu melakukannya.

Jika kita pernah mendengar ceramah Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad berhubung kisah Adam dan Hawa di syurga, pastinya kita tersedar bahawa selama ini tidak sedikit yang menyalahkan iblis menyebabkan manusia dicampak keluar daripada syurga. Sesungguhnya, jika tidak kerana iblis pun manusia tetap akan dikeluarkan dari syurga kerana Allah sudah menetapkan bahawa tempat manusia itu di mukabumi ini.

Allah Ta’ala berfirman, “Dan (ingatlah) tatkala Rabbmu berkata kepada malaikat , ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah’. Berkata mereka, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau?’. Dia berkata, ‘Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (QS. Al Baqarah : 30)

Oleh yang demikian, jika kita mengaku sebagai Muslim sehingga berbuih-buih di kiri dan kanan bibir kononnya Islam tegar, tak mungkin kita asyik menyalahkan orang lain. Hatta Nabi Adam ahs tidak pernah kita terbaca atau mendengar baginda menyalahkan iblis dalam isu buah khuldi. Yang kita berlebih-lebih kenapa?

Begitu jugalah dengan Najib, BN/UMNO yang dicampak keluar dari koridor kekuasaan jangan terus menyalahkan orang lain. Cermin diri dan bermuhasabah kenapa rakyat memilih PH untuk menggantikan kamu. Tun Mahathir dan parti komponen PH lain tidak pernah memujuk, mengugut atau mencekik Najib untuk menubuhkan 1MDB, mencuri wang KWAP dan segala sumber kewangan negara termasuk subsidi yang dinikmati oleh seluruh rakyat sebelum ini yang direntap demi kerakusan kamu.

Orang lain khususnya rakyat tidak memaksa Zahid Hamidi untuk menyalahkan-gunakan Yayasan Bunian Akal Budi dan semua kesalahan 87 kes yang kamu depani sekarang. Tun Mahathir dan rakyat tidak memaksa sehingga kem Sungai Besi tergadai dan banyak lagi pengkhianatan terhadap rakyat dan negara.

Jangan jadi seperti iblis sehingga berdendam berkerat rotan dengan Allah swt sehingga beliau dihumban keluar dari syurga padahal ketika bernama Azazil, beliau adalah penghulu segala malaikat. Azazil juga dikenali sebagai Sayyidul Malaikat atau penghulu segala malaikat dan Khazinul Jannah (bendahara syurga). Seluruh lapis langit dan para penghuninya menggelar Azazil dengan panggilan yang penuh kemuliaan dan berbeza-beza. Apakah iblis tidak merasa kesal?

Jangan biarkan dendam menguasai diri seperti iblis kerana UMNO masih berpeluang kembali ke koridor kekuasaan jika tidak kufur nikmat sedangkan iblis jelas tempatnya hanya di neraka.

“Katanya kita mudah bersatu,
Ya, mudah berpecah,
juga mudah untuk diadu.”
- Robi Aulia Abdi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ALAHAI PENGHULU!

SIAPA KENCING SEBENARNYA?

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?