MENYINGKAP MISTERI 'SNIPER' MENSASARKAN NAJIB
Sejak semalam negara di lempar mercun bola oleh bekas Perdana Menteri kononnya setahun sebelum PRU14, bilik beliau di Bangunan UMNO Bahagian Pekan dijadikan sasaran 'sniper' berserta jarak yang didakwa dalam lingkungan 200 meter. Mengukuhkan dakwaannya lagi, beliau turut menyatakan ia ditembak menggunakan ‘long-range, high powered sniper rifle’. Tinggi kasyaf Najib boleh tahu jenis senjata digunakan penjenayah. Tambah Najib, ia sebagai isyarat dihantar kepadanya dan itulah puncanya beliau sentiasa menambah tahap kawalan keselamatan ke atasnya.
Pertama sekali jika tidak kerana berlaku tembakan 'sniper' tersebut pun sebagai Perdana Menteri sememangnya sentiasa dikelilingi oleh anggota Unit Tindakan Khas tidak termasuk ADC beliau seperti yang diperuntukkan ke atas setiap Perdana Menteri. Oleh itu, tak perlu 'exaggerate' yang bukan-bukan.
Persoalan kedua, apakah Najib atau ADC beliau ketika itu sudah membuat laporan polis kerana ianya satu dakwaan serius sehingga menyamakan dengan kes pembunuhan bekas Presiden Amerika yang tersohor dalam sejarah John F. Kennedy. Hebat Najib sehingga setaraf dengan Presiden Amerika dijadikan sasaran. Apa jadi dengan kertas siasatan tersebut jika benar? Mana mungkin mensasarkan Perdana Menteri pegawai penyiasat begitu berani 'NFA'.
Ketiganya, apakah tindakan pihak polis terhadap ancaman seperti itu? Apakah tidak ada tangkapan? Mana mungkin negara yang memiliki agensi perisikan terbaik di dunia gagal mengesan Oswald jadian ini? Jangan biarkan Oswald keturunan Melayu ini memalukan pasukan keselamatan negara.
Mempertimbangkan kewajaran dan rasional jarak disebut Najib iaitu tembakan 'sniper' dari jarak 200 meter dengan keadaan bangunan berselerak di sekeliling bangunan UMNO Pekan itu, rasanya, Simo Hayha 'sniper' yang dijuluki sebagai 'White Death' oleh musuhnya pun tak mampu melakukannya. Pastinya kepala peluru ditemui dalam bangunan tersebut dan telah dibuat ujian balistik dan hasilnya apa? Bilang aja donk!
Keempat pula, kenapa hanya setelah tumbang dalam PRU14 dan menjadi pembangkang serta sudah hilang kuasa baru memalu gendang? Jika diambil apa yang didakwa Najib maknanya sudah lebih 2 tahun ianya berlaku tanpa kesudahan. Panjang juga drama diterbitkan Najib ni.
Kelimanya apakah 'sniper' ini pembunuh upahan atau 'hitman' yang begitu luarbiasa ketangkasannya meloloskan diri? Jika benar, ianya amat bahaya buat rakyat yang tidak dikawal seperti Najib. Dakwaan Najib ini perlu diberi perhatian serius oleh PDRM kerana ianya amat membimbangkan seluruh rakyat negara ini. Seluruh rakyat tidak sanggup kehilangan 'boss' yang sukar dicari malah boleh 'transform' menjadi 'Optimus Prime'. Sudahlah nilai 'satay' merudum berbanding 'pie', nanti budu dan belacan pulak jadi kod perantaraan Jho Low dengan pengurus bank. Mana ada galang ganti pemimpin seperti Najib dan jika beliau terkorban pastinya menderita dan menangislah seluruh rakyat walaupun berkabung 100 tahun.
Persoalan keenam adalah kenapa suspek yang mengupah 'sniper' luarbiasa ini begitu tolol untuk melakukan tembakan ketika Najib tidak ada di situ. Bayaran mahal hasilnya sifar umpama mahal rantai dari beruk. Jika sekalipun mahu menghantar isyarat atau amaran pada Najib, lebih baik masukkan wang derma dalam akaun peribadinya tanpa diketahuinya kerana beliau tidak akan marah dan hanya akan membelanjakannya sampai licin kemudian tutup akaun tersebut. Lebih-lebih mahu marahpun kalau coklat dalam peti ais dimakan tanpa beritahu dia.
Persoalan ketujuh, jarak IPD Pekan dengan bangunan UMNO Pekan tu kentut pun boleh dengar kawan! Lekeh sangat ka PDRM ni? Hehehehe...
Jika mahu menyingkap persoalan misteri 'sniper' ini, rasanya Nujum Pak Belalang pun lari malam sambil pegang buluh dengan bendera putih. Jangan sampai bom atom pulak Najib beritahu rakyat dipasang di Langgak Duta tetapi berjaya dimatikan Unit K9 dan Unit Pemusnah Bom. Mati berdiri anjing unit K9 itu nanti.
Hidup ini tidak seperti negeri dongeng. Yang dapat melakukan apapun sesuka hati tanpa harus memikirkan apa yang akan terjadi. Agaknya masa sudah sampai untuk melunaskan kata-kata C. S. Lewis penulis dari Britain yang hidup antara 1898 -1963, "Suatu hari, kamu akan menjadi tua dan mulai membaca cerita dongeng lagi."

Comments
Post a Comment