SAZALI KAH YANG BERSALAH?
Bagaimana yakinnya pemilik kapal 'Titanic' sehingga kapal ini pernah digambarkan oleh majalah Shipbuilder pada tahun 1911 sebagai "practically unsinkable" ataupun secara praktikalnya mustahil karam. Ironinya, kapal itu tenggelam pada pelayaran sulungnya menuju Amerika Syarikat hanya beberapa hari sebelum tiba di New York.
15 April 1912 iaitu lebih 100 tahun berlalu, kejadian tenggelarnnya kapal RMS Titanic iaitu sebuah kapal perentas laut paling mewah, besar dan selamat buatan British ketika itu, menemui "ajal" nya di tengah Lautan Atlantik.
Kapal ini karam bersama 1,500 penumpang lelaki, wanita dan kanak termasuk juga kru setelah berlanggar dengan bongkah ais pada 14 April 1912 pada 11:40 malam.la tenggelam sepenuhnya pada 15 April 1912, 2:20 pagi di Lautan Atlantik yang beku. Hanya 700 terselamat dari 2,200 orang penumpang dan juga kru.
Begitu jugalah nasib BN dan UMNO. Najib, pemimpin UMNO dan barisan menteri kerajaan BN begitu yakin BN/UMNO tidak sesekali akan tumbang dalam pilihanraya umum lepas kerana apa? Kerana mereka penuh yakin bahawa selain wang dijadikan senjata berbuat apa saja asalkan menang, seluruh jentera kerajaan dan aparat dari tukang cuci hingga yang tidak pernah kenal dan tahu cara mencuci berada di hujung jari telunjuk Najib.
Namun, bahtera BN/UMNO terpaksa tenggelam dalam lautan yang begitu sejuk membeku melanggar rakyat yang bersatu bulat tekad menjadi bongkah ais yang besar. Kehaprakan dan penyelewengan tanpa batas dilakukan Najib dan gerombolan penyamun menyatukan seluruh rakyat untuk mengajar pemimpin kurang ajar.
Istilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Ser Nizar ketika menghadap Sultan satu ketika dahulu diterjemahkan oleh rakyat bagi menghukum pemimpin yang telah mengkhianati rakyat dan seluruh isi bumi Malaysia.
Setelah tumbangnya BN dan UMNO hilang kekuasaannya, baru mereka sedar dari mimpi yang mereka cipta sendiri bahawa jangan main-main dengan rakyat apabila mereka marah. Rakyat sudah sedar dan tahu erti sakit ditipu dan dikhianati. JIka sebelum ini mereka cukup sabar kini mereka sudah hilang kesabaran.
Jika sebelumnya berbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir sendiri menasihati pemimpin dalam UMNO supaya mendesak Najib berundur tetapi semua usaha berjaya digagalkan Najib setelah beliau berjaya meyakinkan pemimpin BN khususnya UMNO bahawa kerajaan yang dipimpin mereka akan terus berkuasa selepas PRU14,
Ketika itu cakaplah apa pun bahawa Najib mencuri, menyamun, memunggah khazanah negara secara salah masuk kantung sendiri, Najib bermewah-mewah dengan isteri kesayangan dan keluarganya tidak ada yang mahu mendengar walaupun slogan 'Kami Mendengar' berkibar di merata tempat hakikatnya pekak badak.
Tuli, pekak, bisu serta buta kerana telinga, mata dan mulut telah disumbat dengan pelbagai habuan. Tengku Razaleigh sendiri beberapa kali mengacah seperti akan menyertai Tun Dr Mahathir untuk mengajar Najib tapi akhirnya kekal mendokong Najib dan membiarkan negara terus dijarah penyamun-penyamun bertali leher ini.
Anehnya, kini macam-macam nada dan irama kononnya meminta ahli-ahli UMNO dan pimpinannya menendang keluar pemimpin dan siapa sahaja yang dilabel sebagai 'barua' dalam UMNO. Hukum akal cukup mudah wahai anak raja bermain politik! Bahtera yang sedang karam hanya hantu air dan spesis hidup di lautan sahaja yang sanggup tunggu.
Lantaran itulah apabila ada yang berkata pada Tun Mahathir bahawa beliau melakukan 'U-Turn' dibalas secara spontan jika sudah sampai ke jalan mati dan gaung kalau tidak 'U-Turn' tandanya bodoh.
Najib dan Kuli patut dan tentunya masih ingat apa kata Sazali pada bapanya. "Bapak yang bertanggungjawab di atas segala kelakuan baik dan buruk Sazali..apabila Sazali sudah dewasa, Sazali perlu banyak wang…tapi bapak tidak mampu..sekarang Sazali punyai wang,kuasa dan segala-galanya…….siapa tidak kenal Sazali? ketua kumpulan Ultras Malaya yang paling besar sekali di Malaysia ini, dan Sazali punyai beratus-ratus komrad yang sanggup mati kerana Sazali, bapak tau..?”
Najib dan Kuli serta pemimpin UMNO yang waras jika masih belum gila perlu sedar. Dalam politik mana ada ketaatan membuta-tuli seperti Tuah. Jika Sazali yang diberi kasih sayang sepenuh hati pun sanggup derhaka pada bapanya sendiri, inikan pula bapa penyamun.
Najib dan Kuli perlu berhenti bermimpi dan nasihatkan semua pemimpin UMNO yang lain juga agar jauhi mimpi basah yang tidak sudah-sudah, akhirnya terdedah kena maki dan diludah. Bangkitlah dari dunia ilusi dan fantasi serta hidup di alam realiti. Saling menuding jari atas kekalahan dalam PRU14 tidak berguna kerana ketika peluang terbuka luas, masing-masing lebih yakin dan percaya pada penyamun dari penyelamat.
Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman setelah berhenti sebagai Perdana Menteri walaupun bukan kalah dalam pilihanraya, beliau masih memperlihatkan sifat negarawan tidak melakukan kerja bodoh dan gila seperti 'Malu apa bossku". Tunku menulis pengalamannya saban waktu dan diterbitkan di akhbar The Star dan banyak tulisannya dibukukan menjadi rujukan serta santapan minda rakyat sehingga sekarang walaupun beliau sudah meninggalkan kita semua. Agaknya Najib ini tak tahu menulis sebab status fb pun macai yang menulis.
Hidup ini pilihan, tidak menjadi Perdana Menteri bukan masalah kerana apakah tujuan hidup ini hanya untuk menjadi Perdana Menteri? Menteri? Exco? Menteri Besar? Wang bertimbun dan harta menggunung cukup-cukuplah. Alangkan rakyat yang hidup susah pun tidak sampai gila dibuatnya, inikan pula masih hidup senang lenang. Gila talak dan gila kuasa sesungguhnya amat merbahaya.
Bomoh keliling pinggang berubatlah. Kalau nak tahu bomoh mana paling hebat bukan susah, tanya saja Rosmah pasti dipilihnya bomoh paling mustajab.
Kata Oprah Winfrey, “Bersyukurlah untuk apapun yang telah anda miliki, maka anda akan memiliki lebih dari apa yang anda miliki saat ini. Jika anda berkonsentrasi pada apa yang tidak dapat anda miliki, maka anda tidak akan pernah merasa cukup.”

Comments
Post a Comment