LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam).
Beberapa hari ini negara bergegar gara-gara penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara 7 individu terkait dengan LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) dalam operasi awal. Operasi susulan kemudiannya menambah jumlah seramai 5 orang lagi menjadikan angka terkini seramai 12 orang. Tangkapan terbaharu termasuk seorang guru dan seorang CEO sebuah syarikat.
Masyarakat seharusnya memberi sokongan padu kepada PDRM dalam usaha membanteras aktiviti keganasan di negara ini khususnya para menteri kabinet serta pemimpin di dalam Pakatan Harapan (PH). Wakil-wakil rakyat merupakan warga legislatif yang menggubal undang-undang negara dan sekiranya mereka dilihat tidak menghormati undang-undang, jangan salahkan rakyat sekiranya rakyat juga tidak menghormati undang-undang. Bapa kencing berdiri, anak-anak akan berlari-lari kencing sana-sini.
Usah dipertikaikan kenapa SOSMA digunakan terhadap kesemua mereka ditahan kerana satu-satunya undang-undang pencegahan masih ada untuk melengkapkan siasatan sebelum didakwa di mahkamah hanya tinggal SOSMA. Nak harapkan Najib dan UMNO sebelum ini sudah meleburkan ISA yang menjadi ‘snowball effect’ kepada pemansuhan undang-undang pencegahan yang lain termasuk Ordinan Darurat.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah menjelaskan kepada media ketika ditanya berhubung aktiviti keganasan pada akhir Julai 2018. Katanya, “Kesan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 harus jadi pengajaran dan dipertimbangkan kerajaan sekarang sebelum memansuhkan undang-undang pencegahan lain seumpamanya.”
Beliau turut mengingatkan, kerajaan mesti meneliti kesannya sebelum bertindak memansuhkan undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).
"Kita sudah mansuh ISA dan Ordinan Darurat (EO), pemansuhan itu menyebabkan peningkatan ketara dalam kes jenayah berat khasnya yang membabitkan kumpulan kongsi gelap berebut kawasan masing-masing.
Jangan sampai selepas ini, rakyat akan menyalahkan kerajaan apabila berlaku insiden keganasan seperti insiden letupan bom Jakarta pada tahun 2009 berlaku di dua tempat iaitu di Hotel Ritz Carlton dan Hotel JW Mariott, pengeboman Bali pada 12 Oktober 2002 di bandar Kuta di pulau Bali dan pengeboman di Bali kali kedua pada tahun 2005.
Dr. Azahari dan Nordin Md Top mungkin sudah tidak ada lagi, tetapi benih-benih keganasan sentiasa ternganga menanti masa sesuai untuk mengulangi siri-siri keganasan yang akan memberi kesan amat buruk pada rakyat dan negara.
Kumpulan pemberontak Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dikategorikan kumpulan pengganas dan bukannya entiti memperjuangkan hak kaum Tamil di Sri Lanka seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay.
LTTE amat merbahaya kerana jika kita masih ingat betapa kejam dan ganasnya anggota LTTE ini di mana pada 21 Mei 1991, seorang wanita yang merupakan anggota Black Tigers telah meletupkan dirinya sehingga membunuh bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi bersama 16 orang awam.
Manakala pada 1 Mei 1993, seorang lagi anggota Black Tiger membunuh Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa dan 23 orang awam yang lain terbunuh semasa perarakan perayaan.
Paling menyayat hati apabila pada 3 Ogos 1990, seramai 141 orang jemaah Muslim sedang solat penuh khusyuk di dua buah masjid dalam daerah Katankundi di Sri Lanka. Selepas seketika, pengganas yang menggelar diri mereka pengikut Liga Harimau Tamil Elam (LTTE) menyerbu masuk dan menghamburkan ratusan peluru menggunakan senjata separa otomatik. Kesemua mereka syahid di dalam masjid Meera Jummah dan Hussainiyya. Apakah tindakan ini bukan aksi keganasan? Sebenarnya jika tindakan kejam dan ganas LTTE mahu disenaraikan, hingga subuh esok belum tentu habis.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas dan selaras dengan itu, ia diharamkan di Malaysia dan diikuti 32 negara lain. Bagaimana pula pemimpin MIC mengatakan LTTE bukan pertubuhan pengganas? Apakah MIC sudah mengambil-alih CIA dan agensi perisikan negara ini?
Kenapa kita yang tidak mengetahui secara khusus apa yang disiasat oleh pihak PDRM menghentam dan menyalahkan pasukan keselamatan dalam usaha mengekang aktiviti keganasan ini? Sebarang kemungkinan kegiatan keganasan dan militan perlu disiasat dan diambil tindakan tanpa mengira status sosial, orang kenamaan, menteri dan sebagainya. Beri ruang sebaiknya kepada PDRM menjalankan tugas mereka dan bagi yang bukan pengganas kenapa bimbang?
Ketika polis menahan seramai 284 pengganas Jamaah Islamiah (JI) dan 512 dikaitkan dengan ISIS & IS, tidak ada pulak di kalangan mereka ini membantah sedangkan hanya 7 ditahan terkait dengan LTTE orang politik dan penyokong mereka melakukan protes.
Mentang-mentang kita tinggal disebuah negara berbilang kaum, kesemua perkara mahu diteropong dari lensa perkauman. Yang mempertikaikan isu LTTE ini bukan calang-calang makhluk, mereka termasuk peguam dan penggubal undang-undang.
Namun demikian, menarik untuk kita renungkan apa yang diperkatakan oleh Titon Rahmawan penulis asal Magetan (Jawa Timur) mengenai orang bodoh. “Ada begitu banyak kemalangan, namun dari semua itu kebodohanlah yang tinggal menetap. Orang-orang bodoh melihat, mendengar dan merasakan seperti orang-orang lain, akan tetapi mereka sama sekali tidak memiliki pemahaman atas diri sendiri dan keadaan di sekelilingnya.
Berusaha memahami si bodoh adalah suatu tindakan yang sia-sia, pada akhirnya tanggapan mereka hanya akan membangkitkan amarah dan kejengkelan.
Kebodohan serupa botol yang memiliki lubang di dasarnya, Seberapapun banyaknya kebaikan dan pengetahuan yang kita tuang ke dalamnya ia akan berlalu dengan sia-sia.
Mereka yang termasuk ke dalam golongan orang-orang bebal adalah mereka yang menukar sahabatnya dengan uang, dan menggantikan saudaranya dengan kilau emas dan permata.
Hati orang bodoh ada dalam lidahnya dan dengan hal itu ia menggembar-gemborkan kelebihannya yang tak lain adalah sebuah omong-kosong. Sebaliknya, lidah orang bijak ada adalam hatinya dan ia memeliharanya dengan sangat hati-hati agar tidak mengucapkan hal-hal yang tidak perlu.
Dan bahkan, hidup orang bebal jauh lebih buruk dari kematian. Orang-orang bebal dan dungu hanya akan menjadi beban bagi kehidupan, karena seumur hidup mereka tak pernah mau belajar.
Kebodohan adalah batu pejal yang dibuang orang ke dalam sungai karena menghalangi orang yang akan lewat.
Kebodohan punya banyak nama dan mereka menunjukkan wajahnya dalam berbagai wujud. Aku dapat menyebutkan sejumlah di antaranya, yaitu: egoisme dan keras-kepala, bebal dan degil, sikap anarkhi yang membabi buta, sikap acuh-tak acuh dan ketidak-pedulian, pembenaran diri sendiri, tak mau mendengar nasehat, dan kecerobahan yang tak terobati.”
Selamat Malam dan renung-renungkan….

Comments
Post a Comment