APAKAH IGAUAN NAPOLEON BONAPARTE MENGGANGGU NAJIB?
Siapa tidak tahu atau tidak pernah mendengar nama Napoleon Bonaparte? Sejarah dipahat beliau dalam sejarah dunia tidak sedikit tetapi akhirnya meninggal dunia dalam buangan di Pulau St. Helena oleh Inggeris. Napoleon Bonaparte begitu termasyhur dan merupakan figura berpengaruh di dunia ketika itu. Reputasi beliau begitu menyerlah samada dalam militer mahupun politik. Ia terkenal sebagai seorang tentera yang begitu berani dan cemerlang sehingga memperoleh kenaikan pangkat dengan cepat di mana pada usia 24 tahun, sudah diangkat sebagai jeneral. Tidak ada kuasa yang dapat berkata tidak kepada Napoleon Bonaparte ketika berkuasa. Baik dalam negara, mahupun luar negara. Empayar Perancis semakin kuat. Sehingga Napoleon Bonaparte mendapat gelaran tertinggi, iaitu Maharaja Napoleon. Namun semua itu berubah apabila Napoleon bersama dengan 650,00 Orang tentera, berarak ke Rusia untuk menaklukinya. Kegagalan Napoleon menguasai Rusia menjadi titik balik kehidupannya. Kekalahan demi kekalahan dial...