Posts

Showing posts from February, 2019

MASIH WARASKAH KITA ATAU KEWARASAN MASIH TERTUNDA?

Image
Tidak ada manusia yang mahu ditipu dan tidak akan ada manusia yang bertepuk-sorak seronok bukan kepalang dikelentong oleh sesiapapun. Oleh itu, apabila sesebuah kerajaan yang berjaya ditubuhkan hasil dokongan rakyat menumbangkan kerajaan sebelumnya yang terkenal dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa, semestilah harapan rakyat untuk melihat kerajaan baru yang ada itu adalah sebuah kerajaan yang bersih, menepati janji, mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak berbelit-belit dalam mengotakan janji-janji dibuat sebelum mereka menang. Namun demikian, ada ketikanya kita juga perlu memberi sedikit ruang bernafas kepada sebuah kerajaan baharu yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan 9 bulan untuk menyamak dan mensucikan najis berselerak sana-sini sejak begitu lama puluhan tahun. Bayangkan dengan menerima peralihan kuasa daripada rejim korup lagi licik dan penuh dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dana awam serta beban hutang yang begitu besar dan menuju keruntuhan sesebuah n...

MALAM PERTAMA JUGA PERLU WARAS

Image
Membaca berita mengenai insiden Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa telah diserang penyokong-penyokong BN dari UMNO serta memaki-hamun dengan kata-kata kasar seperti, anjing, babi, hancing dan bermacam lagi pagi ini ketika penamaan calon PRK Semenyih mengingatkan saya kepada insiden yang berlaku dalam PRK Lunas pada tahun 2000. Dalam insiden tersebut, lapan buah bas telah dihalang oleh orang ramai untuk meneruskan perjalanan ke bilik Gerakan BN di sekitar Lunas. Ketegangan tersebut mengakibatkan ramai yang ditangkap gara-gara penahanan bas yang didakwa membawa pengundi hantu. Antara yang ditangkap dan didakwa di mahkamah termasuklah Azmin Ali, Tian Chua, Ezam Mohd Noor, Zamil Ibrahim, Gobalakrisnan, Roslan Kassim dan aktivis PAS Mohd Fauzi Awang Kecil, Khairi Yahya dan Ahmad Khairuddin Jamaluddin didakwa melakukan rusuhan dan huru-hara kerana menghalang dan menahan bas-bas yang dikatakan membawa pengundi hantu. Pilihan raya pada 29 November 2000 itu dimena...

FOURTH ESTATE

Image
Dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, tiga estet atau pilar kepada sebuah negara bagi memandu dan mengawal perjalanan pemerintahan negara merupakan legislatif, kehakiman dan eksekutif. Banyak pihak yang membincangkan soal ini khususnya dari sudut pengasingan kuasa iaitu doktrin politik yang dicipta oleh ahli pemikir Perancis bernama Baron de Montesquieu. Namun demikian, sejauh manakah ketiga-tiga estet yang menunjangi pemerintahan negara ini berjaya mengawal, mengurus dengan berkesan dan menentukan ia memanfaatkan rakyat dan negara. Sudah begitu banyak contoh sebelum ini menunjukkan selain berlakunya pertindihan kuasa, lebih membimbangkan adalah penyalahgunaan kuasa oleh ketiga-tiga cabang ini khususnya eksekutif. Maka dari sinilah muncul idea penulis satira Scotland era Victoria, Thomas Carlyle (1795-1881) orang pertama yang mula merujuk istilah fourth estate sebagai pewarta, pemberita, wartawan dan orang media. Carlyle dalam bukunya On Heroes and Her...

BOHONG

Image
Bohong bukan soal main-main kerana ianya cerminan integriti dan kredibiliti seseorang. Apa lagi jika ianya seorang pemimpin. Ketika saya bertugas di Perlis dahulu, Ketua Pemuda Perlis pernah membuat laporan polis terhadap MB Perlis kerana didakwa berbohong mengenai PhD yang dimiliki. Saya sempat membuat sedikit siasatan dan ternyata apa yang didakwa itu punya merit kerana Universiti yang dikatakan institusi MB Perlis tersebut belajar pun didapati meragukan serta tidak menawarkan bidang serta PhD. Bukan beliau saja, malah ramai pemimpin politik yang bergelar Doktor Falsafah itu sebenarnya Doktor Sampah. Saya agak sedikit cemburu dan kecewa bukan kerana gelaran itu, tetapi membayangkan betapa sukarnya saya bergelut untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dan sarjana sehingga melangkah setapak lagi untuk bergelar Doktor Falsafah walaupun akhirnya menyerah kalah setelah berbagai masalah timbul selepas itu. Tetapi, mereka ini dengan mudah mendapat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan D...

RADIKALISMA - SAMPAI BILA AGAMA DAN KAUM MAHU DITUNGGANG?

Image
Hubungan kaum dan agama di negara ini makin hari makin digugat oleh anasir-anasir yang memperalatkan agama, bangsa, kaum atau etnik sebagai senjata memporak-perandakan sesama rakyat. Tidak sukar untuk mendapat jawapan kenapa ini semua terus berlaku kerana hanya satu jawapan paling mudah untuk dihadam iaitu memburu KUASA. Yang hilang kuasa mahu mendapatkan kembali kuasa dan yang sedang berkuasa mahu mempertahankan kekuasaan. Orang gila pun tidak menolak kuasa kerana nikmat menggenggam kuasa itu agaknya mengatasi nikmat di puncak orgasme. Golongan yang kononnya mengaku nasionalis Melayu dalam justifikasinya terhadap nasionalisme seringkali menggunakan ungkapan Melayu = Islam dan Islam = Melayu. Walaupun ungkapan tersebut dikhususkan dalam konteks Malaysia namun ianya tetap membawa kesan negatif terhadap kemurniaan Islam sebagai ajaran universal. Ungkapan tersebut membawa implikasi pemberian sifat Melayu kepada Islam sehingga seolah-olah Islam itu hanya kepunyaan orang orang Mela...