Posts

Showing posts from August, 2018

APAKAH BENAR ‘KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH’ KATA AISHAH?

Image
Di dalam bukunya ‘Minda Melayu Baru’, Dr. Siddiq Fadil telah menulis di halaman 28 berbunyi, “Di bawah pimpinan Rasulullah saw, semua orang mendapat kesempatan untuk mengembangkan bakat dan potensinya, termasuk mereka yang pernah memusuhi Islam seperti Umar Ibnu al-Khattab dan Khalid Al Walid. Rasulullah saw tidak mendiskriminasikan mereka dan tidak mengungkit ungkit masa silam mereka malah junjungan dan umat Islam seluruhnya merasakan mereka sebagai aset besar kepada Islam. Malangnya, insan yang sering cuba mempertontonkan Islam sebagai wadah perjuangannya dan keluarga berusaha keras menampal sejarah lampau terhadap TS Rahim Noor demi melampiaskan dendam lama tidak terbalas oleh keluarga sendiri walaupun orang yang disebut sebagai tidak punya kelayakan itu sudah menerima hukumannya. Lantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu dalam rundingan damai wilayah selatan Thailand itu dibuat berasaskan pengalaman beliau sehingga berjaya membawa k...

SIAPA MENABUR ANGIN, BERSEDIALAH MENUAI BADAI

Image
Saya baru membaca berita Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terlibat dalam salah guna wang kerajaan yang diperuntukan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sebelum itu, tujuh lagi pegawai kanan beliau telah direman hari ini kerana telah menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.                                   Mengambil iktibar dari apa yang berlaku ini, saya teringat akan apa yang pernah diceritakan oleh arwah TS Sanusi Junid samada secara lisan atau ada juga disebut dalam buku-buku yang memetik ucapannya dan juga blog mantan Menteri Besar Kedah ini. Daripada cerita arwah, di zaman Imam Abu Sufian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya menggali kubur. Seperti diketahui umum, apabila seseorang itu sudah mati dan setelah ianya dimandikan dikapan...

BR1M - BURUNG SUBSIDI

Image
Apabila berita melaporkan bahawa Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata BR1M akan dikurangkan beransur-ansur sehingga akhirnya akan dihentikan sepenuhnya, ramai yang jadi kerbau naik minyak. Pemimpin UMNO, PAS dan lembu-lembu peilharaan yang sebelum ini kenyang disumbat dedak pun apa lagi kalau tak menambah perencah menghasut. Dikaji secara jujur pastinya kita akan menyokong tindakan kerajaan untuk menghentikan BR1M ini kerana ia memberi kesan buruk pada ekonomi negara dan rakyat yang hanya dilayan bagaikan pengemis. Nak marah pun marah lah sebab itu adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal. Arwah Tan Sri Junid pernah memetik serangkap pantun dalam ucapannya, Melayu bukan kaum subsidi, Hidup selalu tolong menolong; Biar kita mati berdiri, Daripada hidup orang dok dukung Alang-alang mengaitkan Tan Sri Sanusi dalam bab ini, saya ada membaca satu analogi yang disebut oleh beliau dalam buku Tuntutan Perjuangan Bangsa di halaman 60 dan 61 untuk sama-sama kita renungkan. ...

SOSMA - MOGOK LAPAR

Image
Kira-kira 160 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA) mengadakan mogok lapar di Penjara Sungai Buloh bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta berkenaan. Jumlah keseluruhan tahanan SOSMA berjumlah 215 orang. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Datuk Mohd Rizuan Abdullah muncul mengambil kesempatan konon membela tahanan bersama keluarga tahanan yang berkumpul di hadapan Penjara sungai Buloh. Daripada pengamatan terhadap video yang ditayangkan menunjukkan hampir semua adalah dari kaum India. Sebagai rakyat yang menentang sebarang undang-undang atau sistem yang menindas rakyat, kita bersetuju akta yang zalim dihapuskan. Namun, semuanya perlulah melalui proses mengikut undang-undang negara ini. SOSMA digubal dan diluluskan di parlimen dan di situ jugalah ia perlu dibentangkan untuk diluluskan untuk melupuskannya. Presiden IKHLAS janganlah tak ikhlas dan berlagak bodoh sombong. Tunggulah ianya dibawa semula ke parlimen dan usul ...

OHHHH…. LGBT

Image
Paluan isu lesbian,gay, bisexual dan transgender (LGBT) hebat bukan kepalang sehari dua ini sehingga Tok Mufti dan segala Tok-Tok termasuk Tok Dalang berhujah tentang golongan LGBT ini. Penting sangat kah masalah golongan ini dalam kehidupan rakyat sehingga begitu rupa keprihatinan dipertontonkan? Kita tidak bermaksud mereka perlu dibenam ke dasar lautan seperti apa dilakukan kepada arwah Osama Bin Laden atau dicampak ke kolam buaya tetapi itu adalah pilihan mereka sendiri tanpa dipaksa-paksa. Berapa jumlah mereka berbanding jumlah keseluruhan rakyat negara ini? Mengambil contoh pondan, maknyah , darai atau disebut juga maknyah misalnya, menurut Teh Yik Koon dalam jurnal berjudul ‘Understanding The Problems Of Mak Nyahs (Male Transsexuals) In Malaysia’, bilangan maknyah di Malaysia berjumlah sekitar 10,000 di mana 70 hingga 80 % berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti. Maknanya, dari jumlah lebih 30 juta rakyat negara ini, ia ...

PRK DUN SUNGAI KANDIS

Image
Kerusi N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang terletak di bawah Parlimen Kota Raja selesai menjalani Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini dengan keputusan memihak kepada calon PKR Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang berjaya mempertahankan DUN tersebut. Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu. Dalam PRU14, Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni memperolehi 15,427 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam memperolehi 9,585 undi manakala calon Bebas, K.Murthy mendapat 97 undi. Kemenangan Mohd. Mughni itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK N49 Sungai Dandis kira-kira pukul 9.25 malam ini. Bagaimanapun UMNO dan pemimpin serta penyokong-penyokong me...