BON VOYAGE NAJIB
Sudah menjadi kebiasaan untuk orang luar dapat melihat dengan jelas sesuatu hal berbanding yang di dalam. Pertamanya mungkin disebabkan kita tidak diberikan kesitimewaan ‘fish-eye’ seperti lensa kamera untuk mampu melihat lebih luas walaupun jaraknya dekat. Keduanya apabila manusia sudah berada di kemuncak kekuasaan maka kecenderungan untuk menjadi buta, pekak dan bisu begitu kuat menerjah. Ketika itu, manusia akan gagal melihat kebenaran sebaliknya khayal di alam fantasi gara-gara bisikan para penjilat dan makhluk yang menghambakan diri menjadi pecacai bukannya kepada Allah swt. Ketika Najib begitu kemaruk kekuasaan dan gila kuasa didorong kegilaan melampau terhadap wang rakyat melimpah ruah yang di’kelepek’ ke dalam kantung sendiri, kaum kerabat dan suku-sakat yang menjadi penjilat beliau. Detik itulah matanya sudah buta dan telinga menjadi tuli untuk melihat dan mendengar nasihat dari sesiapa saja termasuk mentor beliau yang juga mantan Perdana Menteri selama 22 tahun. Beliau sila...