Posts

Showing posts from October, 2018

BAHANA SALAH PILIH PEMIMPIN

Image
Negara akan hancur apabila salah memilih pemimpin sepertimana yang telah dilalui rakyat negara ini sehingga negara hampir tergadai dan muflis jika tidak kerana bulatnya tekad rakyat untuk mengubah pemerintahan dalam PRU14 yang lalu. Tanpa perubahan kerajaan, masih ramai rakyat yang tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin super korup dan tamak-haloba memunggah harta dan wang rakyat untuk diri sendiri, suku-sakat dan kaum keluarga. Kebenaran muncul satu-persatu sebaik penyangak-penyangak ini diheret ke muka pengadilan dan rakyat negara ini dianggap bernasib baik apabila pihak media asing seperti Sarawak Report dan Al-Jazeera sanggup menongkah arus membongkar salah-laku kepenyangakan 'jemuan-jemuan' berselindung di sebalik nama pemimpin dan menteri. Dalam bukunya berjudul ‘Islam dan Melayu - Martabat Umat Dan Daulat Rakyat’ halaman 91, Dr Siddiq Fadzil menyebut, “Ada penguasa yang sekaligus pemimpin, ada pemimpin yang tidak memegang kuasa, di samping ada pula pengu...

BILA TUN SUDAH BERSUARA

Image
Sebaik melintasi garisan 100 hari PRU14, Tun Mahathir Mohamad mula mengeluarkan kenyataan melibatkan menteri-menteri kabinetnya. Saya yakin Tun Mahathir telah mengambilkira pandangan dan kritikan dari rakyat terhadap barisan kabinetnya itu. Bermula dengan Datuk Kadir Jasin (DKJ) menulis di blog beliau bahawa menteri-menteri kabinet sedia ada perlu disekolahkan, ianya disambut oleh Perdana Menteri juga dengan kata-kata sama untuk menyekolahkan menteri-menteri yang ada. Terkini, Tun Mahathir Mohamad siap memberi skala pemarkahan antara 40-50% sahaja kepada menteri-menteri kabinet yang ada. Jika pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi yang mendapat skala pemarkahan sedemikian bermakna pelajar-pelajar ini hanya sekadar ke sekolah atau pusat pengajian untuk elakkan dimarah oleh ibubapa sajalah. Pihak sekolah juga tidak melantik pelajar yang mendapat markah sedemikian untuk menjadi ketua kelas atau pengawas kerana mereka sebagai contoh atau simbol kepada sekolah tersebut. P...

DIAKAN MUDA?

Image
Sejak sebelum PRU ke-13 lagi, jelas kemahuan rakyat dan juga parti-parti politik yang ingin mendapat sokongan rakyat mencanangkan hasrat mewujudkan Malaysia baru. Salah satu elemen utama yang dicanang adalah melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang bakal dilantik sebagai menteri di dalam barisan kabinet sebaik kerajaan baru ditubuhkan. Namun, ia hanya menjadi kenyataan setelah Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU ke-14. Sebaik sahaja kabinet ditubuhkan, ramai menteri-menteri muda daripada parti-parti politik yang menjadi komponen Pakatan Harapan terpilih mengganggotai jemaah menteri. Antaranya adalah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 26 Tahun, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin, 35 Tahun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh, 39 Tahun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim, 32 Tahun, Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching, 37 Tahun dan Ti...

ISLAMKAH AKU, KAMU DAN MEREKA?

Image
Di dalam akhbar Mingguan Malaysia 1 Oktober 1989, ZAM dalam ruangan Awang Selamat menulis, “Awang tidak pernah berkhayal untuk mengagumi revolusi Iran kerana selepas revolusi itu, berlaku sesuatu keruntuhan Islam yang paling dahsyat dalam sejarah Islam. Berjuta-juta orang Islam Iran dan Iraq mati di dalam peperangan sesama Islam dengan menggunakan senjata orang kafir. Pemimpin kedua-dua negara ini saling menuduh Amerika sebagai syaitan tetapi siapakah syaitan yang sebenarnya kalau bukan orang Islam yang tidak dapat mengawal nafsu sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri.” Begitu juga dengan Arab Saudi yang menyerang Yaman sehingga begitu besar angka korban kematian dan kecederaan serta kemusnahan dan wabak penyakit ditambah dengan kebuluran. Islam kah mereka yang menyerang dan tidak Islam kah yang diserang? Begitu ramai umat Islam menjadi korban samada mati atau separuh mati dan hidup sudah tidak bererti lagi gara-gara umat yang kononnya Islam mereka lebih syumul dari Islam orang l...

PEJUANG, DATUK - PANTANG UNDUR

Image
Seperti pernah disebut DYMM Tuanku Sultan Johor, sekarang jika baling batu mesti kena kepala Datuk dan jika batu terpelanting itupun akan terkena kepala Datuk. Begitulah gambaran mudahnya zaman ini untuk bergelar Datuk. Bagaimana dengan gelaran pejuang? Yang bergelar pejuang masyallah punyalah banyak sehingga bunyi batuk di kiri, kanan, belakang dan depan semuanya berstatus pejuang. Berjuang dan pejuang itu tidak sama maksudnya kerana Najib juga bermati-matian berjuang mempertahankan kedudukan beliau sebelum PRU14 dan selepas PRU14 berjuang sehabis nyawa untuk elakkan harta dan wang di'gasak' oleh beliau tidak dirampas. Apakah itu namanya pejuang? Sekadar berselfie sana-sini dengan pemimpin besar sudah mengaku pejuang dan yang mempertahankan penyamun dan koruptor juga tidak mau kalah mengaku pejuang. Pejuang 'Kepala Bapak Kau' pinjam kata Najib. Yang mengaku pejuang dan mencatatkan di profile FB masing-masing pejuang ni bila tengok gaya dan rupanya, ketika era kemuncu...

KESELAMATAN PERDANA MENTERI (PM)

Image
Kontroversi atau tidak sesuatu perbuatan atau tindakan bergantung samada ianya diketahui umum atau sebaliknya. Hampir semua daripada kita setiap hari bertelanjang tetapi ianya dilakukan di tempat tertutup tidak kira sama ada di bilik mandi, tandas atau bilik tidur. Namun sekiranya seseorang itu bertelanjang di khalayak ramai pastinya mencetuskan kontroversi melainkan seseorang itu tidak siuman. Tidak sedikit jumlahnya orang yang melakukan zina atau berkhalwat tetapi tidak menjadi kontroversi kerana tidak tertangkap. Jika tertangkap dan tersebar beritanya, barulah ianya menjadi kontroversi. Sama jugalah halnya dengan seseorang yang minum sisa minuman bos beliau atau orang kenamaan. Ia bukanlah sesuatu yang kontroversi jika tidak didedahkan kepada umum dengan memberi alasan yang melucukan tidak sejajar dengan jawatannya. Alasan mengelakkan pembaziran untuk menghabiskan sisa minuman Perdana Menteri dan dimuatnaik ke media sosial merupakan jenaka Pandirism kelas pertama pernah dilakukan....