Posts

Showing posts from December, 2018

NAJIB MENGABSAH DAN MENYEMPURNAKAN KATA-KATA IBNU KHALDUN

Image
Saya beranggapan ramai yang mengetahui siapa Ibnu Khaldun dan tidak sedikit yang pernah mendengar tentang buku karya beliau berjudul al-Muqaddimah. Cuma saya kurang pasti berapa ramai yang sudah membaca buku tersebut samada dalam bahasa Inggeris, terjemahan Melayu dengan 6 bab oleh DBP atau bahasa asalnya. Atau setidak-tidaknya membaca sinopsis buku ini yang lebih mudah dan cepat dihabiskan. Namun, berapa ramai yang sudah membaca walau apa juga bahasanya dan setidak-tidaknya sinopsisnya, apakah tidak terdetik untuk dijadikannya sebagai panduan dan iktibar bagi mengelakkan runtuhnya sesebuah empayar, dinasti atau kerajaan yang dibina dengan air mata, keringat dan darah oleh orang-orang terdahulu? Dalam karyanya al-Muqaddimah ini, Ibnu Khaldūn turut menyentuh mengenai kitaran pemerintahan. Menurut Ibnu Khaldūn, pada peringkat pertama kelahiran sesebuah peradaban, iaitu sejurus selepas berlaku peralihan kuasa daripada tampuk pemerintahan sebelumnya, pemerintah menjadi contoh dan teladan...

PEMIMPIN

Image
Setiap pemimpin yang dilantik atau dipilih jangan sesekali sombong, takbur dan lupa diri. Apapun kedudukan kamu, semuanya hanyalah dipinjamkan sementara untuk diuji oleh Allah swt. Jawatan dan kedudukan seseorang pemimpin itu adalah amanah yang amat berat dan akan dipersoalkan nanti di hari akhirat. Menurut Dr. Kassim Ahmad dalam bukunya ‘Esei-Esei Politik’ dalam bab 22 berjudul ‘Memilih Pemimpin’ di halaman 121, “Seorang pemimpin atau wakil yang telah kita pilih boleh berubah, atau para pemilih boleh tersilap waktu memilihnya kerana propaganda, suasana fitnah, janji-janji manis dan sebagainya waktu berkempen. Dalam keadaan-keadaan ini, bagaimanakah masyarakat boleh membetulkan kesilapannya? Itulah caranya yang utama iaitu melalui kritikan saintifik: kritikan dalam mesyuarat agung parti yang diadakan setiap tahun, kritikan dalam mesyuarat jawatankuasa yang diadakan setiap bulan, kritikan melalui surat atau dalam media pada bila-bila masa. Kritikan saintifik ini amat berkesan, walaupu...

DI MANA PERANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Image
Petang tadi ketika mengemas kabin buku lokasi koleksi semua buku-buku saya, saya terjumpa semula makalah lama yang dicari-cari agak lama sejak kali pertama saya membacanya pada 11 Januari 2016. Makalah yang mengandungi kertas putih berjudul 'Niat Khianat Indonesia Terhadap Malaysia' diterbitkan Jabatan Penerangan Persekutuan Malaysia pada 23 April 1964 ini hadiah dari teman FB pada 11 Januari 2016 hari sama saya membacanya hingga usai. Terima kasih Tauzmie Bt Abu Bakar atas sumbangan pada saya kerana mungkin diketahui minat saya membuat koleksi buku-buku non-fiksi. Membaca semula makalah ini membuat saya terkenang tentang peranan Jabatan Penerangan yang kini diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Saya tidak pernah berhenti menegur soal peranan Jabatan Penerangan yang menjadi sayap kerajaan untuk memberi penerangan kepada rakyat samada mengenai dasar-dasar kerajaan, pendirian kerajaan dalam sesuatu isu, langkah-langkah kerajaan dalam membantu ra...

HISHAMUDDIN TIDAK PERLU BERBOHONG DAN BERSELINDUNG DI BELAKANG MKN

Image
Sebaik berita penglibatan tentera Malaysia di Yaman atas nama Ops Yaman 2 dibongkar Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong, Hishamuddin Hussein bekas menteri pertahanan Malaysia memberitahu bahawa Chin Tong sepatutnya faham tentang hal seperti rahsia negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya. Rasanya sudah terlalu banyak alasan RAHSIA NEGARA digunakan untuk menutup kebejatan dan kegagalan pemerintah sebelum ini termasuklah isu 1MDB. Hisham sudah tidak layak bercakap soal RAHSIA NEGARA jika sudah berapa banyak rahsia yang menjadi punca berlakunya penyelewengan dengan menjadikannya sebagai alasan untuk menggondol dan membersihkan segala kantung negara asal saja bunyi wang. Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula janganlah dijadikan kubu mempertahankan dirinya yang amat terdesak sekarang. Kata-kata 'The Truth Will Prevail' jangan sesekali dianggap enteng. Rakyat bukan bodoh untuk begitu mudah dikelirukan. Rakyat juga tahu apa peranan MKN dan apa yang MKN mampu laku...

DARAH ANAK YAMAN BERLUMURAN DI TANGAN KITA

Image
Hati majoriti rakyat negara ini sejak didedahkan mengenai penglibatan tentera kita di Yaman sejak April 2015 sememangnya begitu terluka lantaran negara terbabit tidak mempunyai apa-apa sengketa dengan kita. Apa kewajaran untuk kita turut terlibat dalam sengketa Arab Saudi dengan yaman ini? Namun, alasan digunakan untuk membawa pulang rakyat kita di Yaman meredakan sedikit kebimbangan dan kemarahan rakyat negara ini. Bagaimanapun, pada Jun 2015, misi itu ditukar menjadi misi logistik yang dikenali sebagai Ops Yaman 2 dengan penglibatan 94 pegawai tentera mengikut Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong. Beliau turut mendedahkan bahawa kabinet tidak dimaklumkan berhubung penglibatan Malaysia dalam operasi ketenteraan membantu Pakatan Arab Saudi di Yaman. Menurut Liew lagi, "Mereka membantu Pakatan Arab Saudi dari segi peralatan, peluru dan bahan letupan," dan beliau difahamkan bahawa Ops Yaman 2 tidak mendapat persetujuan kabinet. Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, d...

PEKERJA ASINGKAH YANG SALAH?

Image
Jika kita fikir dan membuat sedikit kajian mengenai kehadiran pekerja asing yang begitu ramai di negara kita, pastinya kita bimbang dan kecewa dengan apa yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang. Lantaran itu, banyak pihak termasuk masyarakat di sekeliling kita menyuarakan kebimbangan berhubung perkara ini. Di media sosial tidak sedikit suara-suara yang meminta campurtangan kerajaan untuk membendung masalah ini. Kadang-kadang agak melucukan apabila kita meminta kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini sedangkan puncanya juga dari pihak kerajaan sendiri. Patut disoal syarikat yang dimiliki oleh siapa yang membawa masuk pekerja asing ini kalau bukan saudara mara menteri? Sebenarnya, kitalah yang membuka peluang untuk menteri dan penyamun-penyamun berlesen ini untuk mendapat hak membawa masuk pekerja asing ini. Alasannya mudah! Kerja-kerja yang ada di negara ini tidak ada orang yang mahu lakukannya dan ia ternyata memang benar. Sebelum ini saya sering ke Thailand, ke Indonesia dan ...