Posts

Showing posts from May, 2019

BERGURU DARI SEJARAH

Image
Sejarah tidak lokek untuk mengajar jika kita tidak bertahan dengan egoisma serta sanggup meluangkan masa merangkul manfaat dari selok-belok sejarah itu sendiri walaupun mungkin membosankan. Tidak perlu merengkuh dan berpeluh mendaki Gunung Ledang bergurukan Adiputra kerana sejarah jiran tetangga sudah menjeling sejak lama untuk menabur bakti. Rakaman sejarah yang terpahat sebelum, semasa dan selepas Soeharto dimundurkan dari kerusi presiden Indonesia sehingga sekarang adalah saksi untuk dijadikan iktibar agar peristiwa sama tidak berulang di negara ini. Menarik apa yang didedahkan Adian Napitupulu dan Wanda Hamidah mahasiswa garis keras yang membentuk gerakan menentang kekuasaan Soeharto sehingga tersungkur pada tahun 1998 dalam program bicara kelolaan Denny Siregar ' Seruput Kopi' berjudul "Piye, Penak Jamanku Tho?"  Ketika kita di negara ini melihat tumbangnya UMNO dan BN dipimpin Najib rejim kleptokrat sebagai kejayaan rakyat, jangan lupa tindakan yang...

TUHAN TIDAK PERLU DIBELA

Image
Isu Islam semakin terancam di negara ini semakin hari semakin giat dikipas dan dibakar oleh golongan yang begitu terdesak untuk menunggang agama dan bangsa bagi mencapai niat terselindung. Macam tukang jual satay pulak! Bukan sahaja parti politik seperti UMNO dan PAS menjadikannya sebagai ‘lastik’ membedil dan menggoyahkan Pakatan Harapan serta saf pimpinannya, NGO juga tidak ketinggalan khususnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Bagi yang sudah memahami sepak terajang politik, mereka tahu NGO-NGO ini juga sebenarnya digerakkan oleh orang politik dan dipimpin oleh mereka juga. Jadi sketsanya sama seperti botol kicap saja berbeza tetapi datang dari kilang yang sama. Sebagai umat Islam dan bangsa juga sama seperti mereka, sudah pasti kita juga merasa agama dan bangsa kita perlu dipertahankan tetapi janganlah sampai ianya diperkudakan semata-mata untuk memastikan dendam terbalas dan kekalahan dalam PRU14 itu masih tidak boleh diterima. ‘Move on’ lah kerana sudah setahun lebih bergelar p...

SEJARAH DITULIS OLEH YANG MENANG

Image
Kenapa sebelum BN tumbang Najib kelihatan gah dan hebat? Sedikit sukar tetapi banyak mudah untuk dibalas. Kini Najib ditimpa karma atas perbuatannya dan setelah ditelanjangkan kebobrokan dan perlakuan jelik dilakukannya, gah entah ke mana, hebat jauh sekali selain menggelupur kalahkan lembu disembelih. Walaupun tindakan menyelamatkan negara oleh Tun M dan tokoh-tokoh gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) sedikit lewat, namun sekurang-kurangnya kita masih bersyukur kerana negara belum sempat digadai dan dilelong sepenuhnya oleh jemuan dan nangoi-nangoi yang mendapat bantuan gerombolan penyamun. Kata, Chinua Achebe, "The damage done in one year can sometimes take ten or twenty years to repair." Tapi apa yang mampu kita lakukan sekiranya yang pura-pura tidak faham itu bermati-matian menghasut rakyat supaya berpendapat Tun dan PH menipu. Bayangkan 9 tahun di era penyamun belum diambil kira ketika negara diterajui juara bertahan tidur tanpa henti selama 7 tahun dan diselubungi mas...

KENAPA UMNO/PAS GUNA ISU BANGSA DAN AGAMA?

Image
Cuba kita ambil sedikit masa untuk berfikir kenapa UMNO dan PAS tanpa jemu menggunakan isu bangsa dan agama dalam setiap ucapan pemimpin-pemimpin utama mereka diikuti dengung daripada pemimpin di sekeliling mereka sampailah ke peringkat macai dan wala’un? Tidak begitu sukar untuk mendapat jawapannya jika kita jujur dan ikhlas dalam mencari jawapan yang benar. Imbas saja ucapan dan tindak-tanduk mereka selama ini samada sebelum hilang kuasa dalam PRU14, ketika sudah mendapat gambaran ditolak oleh pengundi bukan Melayu dalam PRU12 dan PRU13 serta ketika di awal Najib kegelian duduk di kerusi Perdana Menteri. Begitu juga dengan PAS sebelum bersama Pakatan Rakyat (PR), ketika bersama PR dan selepas melafazkan talak 3 terhadap DAP dan parti gabungan PR sehinggalah sekarang apabila gagal menjadi ‘king maker’ dalam PRU14. Apa senjata dan wirid UMNO ketika berkuasa? Sudah pastilah soal pembangunan bina itu, bina ini, buat yang itu dan yang ini kononnya pembangkang tidak mampu memberi pembang...

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) SANDAKAN

Image
Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee telahpun diumumkan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan dengan majoriti 11, 521 selepas memperoleh 16,012 undi menewaskan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin (4,491 undi). Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Wong Tien Fatt bapa Vivian Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah, menang dengan majoriti 10,098 undi selepas memperoleh 19,094 undi berbanding 8,996 undi diperoleh lawannya daripada Barisan Nasional (BN) yang diwakili calon LDP, Datuk Lim Ming Hoo. Peratusan keluar mengundi PRK Parlimen Sandakan menunjukkan penurunan dengan hanya 54.4 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab kali ini berbanding 72.1 peratus pada PRU-14. Daripada jumlah keseluruhan itu, 51 peratus merangkumi pengundi Cina dan 45 peratus pengundi Bumiputera Islam, manakala selebihnya kaum lain. Sepintas lalu sudah memperlihatkan bahawa BN khususnya UMNO dan PAS sesekali tidak mampu bertarung di gelanggang di mana jumlah pengundi bukan Melayu atau...

TEKNIK RISIKAN

Image
Teknik perisikan sesungguhnya amat penting untuk difahami dan ditelusuri serta dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Ia bukan milik eksklusif agensi perisikan sahaja kerana tanpa ilmu seperti ini, maka berlakulah keadaan sepertimana yang sering berlaku sekarang. Tambahan dalam lambakan dan timbunan pelbagai maklumat samada mentah, yang dikelirukan dan mengelirukan dalam gerabak yang ditarik oleh pihak-pihak berkepentingan akan mengakibatkan ramai menjadi mangsa. Mangsa dan memangsakan itu biasa dalam politik tetapi kita sebagai rakyat yang waras dan matang perlu bijak memilih mana berita yang boleh dipercayai dan jauh lebih penting untuk dipanjangkan. Sikap ambil mudah dengan menganggap semuanya betul dan tidak memberi dampak negatif pada orang lain antara punca utama semua ini berlaku. Jika kita mengambil pendekatan yang diambil melalui teknik perisikan ini yang disebut proses risikan atau kitaran risikan, insyallah kita akan lebih berhati-hati dan hanya berkongsi hal-h...

KEADILAN! DI MANA KAMU? YANG KUTEMU HANYA HAKIM DAN PEGUAM

Image
Sebentar tadi saya berkesempatan membaca majalah Dewan Masyarakat terbitan November 1982. Apa yang menarik dalam majalah ini adalah petikan teks ucapan di pembukaan Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN oleh Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Dua perkara yang menarik perhatian saya daripada ucapan beliau itu pertamanya apabila beliau berkata, “..sungguhpun doktor dan peguam selalu tidak sependapat antara satu dengan lain, barangkali kerana peguam selalunya berhadapan dengan ‘urusan perbalahan’ sedangkan kami doktor dilatih supaya mententeram menenang dan mengubat…” Keduanya apabila beliau merujuk , “.. dalam satu ucapan kepada peguam peguam Amerika, bekas presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter pernah menyebut bahawa di negara itu ada ramai hakim dan ramai peguam tetapi kurang keadilan.” Mengulas tentang peguam selalunya berhadapan dengan urusan perbalahan buat saya senyum sendirian terbayang ramai ahli parlimen yang tidak habis-habis berbalah di Dewan Rakyat yang kebetula...