Posts

Showing posts from August, 2019

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Image
Lima hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan kebetulan tiga hari sebelumnya adalah hari saya menyambut kemerdekaan diri dari rahim ibu yang kini sudah tidak ada lagi untuk sama-sama menyambutnya. Setiap kali sambutan kemerdekaan maka setiap kali itulah kita sibuk dan bertelingkah soal bendera ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah yang hanya mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 sebelum dikibarkan. Bayangkan betapa hinanya kita untuk mereka-bentuk bendera pun memerlukan kelulusan orang putih walaupun sebelum itu pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan. Saya tidak bermaksud untuk meremehkan Bendera Malaysia tetapi apa yang ingin saya tegaskan di sini adalah bagaimana sebahagian besar dari kita telah mengabaikan amanah para leluhur pejuang kemerdekaan seperti almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy yang meninggalkan pesan keramat, "di ata...

NEGARA PALING KAYA DENGAN INSTITUSI

Image
Apa institusi yang tidak ada di Malaysia? Setiap masalah semuanya ada institusi yang dipertanggungjawabkan walaupun tidak bertanggungjawab. Tak faham Islam? Ada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) tapi yang sedih tapi melucukan adalah yang faham Islam cuma institut tersebut bukan majoriti umat Islam negara ini. Faham apa jika sikit-sikit kafirkan orang hingga habis orang Islam negara ini dikafirkan sedangkan mengajak bukan Islam memeluk Islam tak mampu disebabkan perangai kalahkan Abu Jahal. Laungkan Allahuakbar! disambung maki-hamun dan mencarut sana-sini khususnya di media sosial apakah itu petanda Islam difahami? Masalah integriti? Ada Institut Integriti Malaysia (IIM atau INTEGRITI) tapi malangnya tahap integriti pemimpin kerajaan dan penjawat awam boleh dinilai dengan apa yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dan juga jumlah mereka yang diheret ke mahkamah dan ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bukan sikit-sikit, berjuta malah b...

SMOKE SCREEN

Image
Ada ketikanya aku merasa isu yang melanda negara satu persatu, habis satu muncul lagi satu tanpa tanda-tanda akan berakhir hanyalah 'smoke screen' bagi mengelabui mata rakyat atas kelemahan pemerintah untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat serta sumpah jawatan yang dilafazkan ketika menerima jawatan tersebut. Jangan-jangan di hadapan lain sementara di belakang pula lain. Sepertimana kita sedia maklum atau yang tidak termaklum maka saya maklumkan. Di hadapan kedai Cina adalah kedai runcit tetapi di belakangnya meja menjual nombor ekor haram yang sememangnya haram. Di hadapan kedai menjual kacang kuda, di belakang kedai mesin kuda, di hadapan kedai aktiviti urut kaki tetapi di belakang kedai urut 'Awang Liku'. Malah di hadapan kedai ada yang jual belangkas bakar tetapi di belakang pelanggan dan pelayan pelanggan menjadi belangkas berbaldi-baldi keringat bercucuran. Sebagai pemerintah, berlaku jujurlah pada rakyat. Jika sudi katakan sudi, jika benci katakan benci...

JIKA MEMBANTAH TIDAK JADI KESALAHAN, KENAPA PERLU SETUJU?

Image
Banyak isu-isu yang mendominasi media sosial ketika ini melibatkan isu remeh tetapi penting buat mereka yang masih gagal menerima kenyataan bahawa adat bertanding mesti ada kalah dan menang. Mungkin sejak 61 tahun lalu tidak pernah kalah maka minda dan jiwa sudah 'kematu' untuk dilenturkan bagi menerima kenyataan tersebut. Jika Tun Mahathir dikecam kerana sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU14 untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU14 dengan dibantu AMANAH dan Warisan, UMNO dan PAS juga sebenarnya tidak kalah dalam soal membuat pusingan 'U' apabila sanggup berdakap sesama mereka walaupun PAS pernah berkerat rotan dengan UMNO hingga terpantul 'Amanat Haji Hadi' yang disadur dari ucapan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang secara terbuka 'mengkafirkan' orang-orang UMNO. Sementara UMNO pula silih berganti menghentam PAS sebagai parti ajaran sesat. Sesungguhnya tidak ada musuh atau...

ISU KAUM KIAN NAZAK TAPI APA PENYELESAIANNYA?

Image
Daripada pengamatan umum, nampaknya isu-isu melibatkan kaum semakin nazak namun ketika yang sama tidak ada petunjuk jelas ianya ditangani dengan serius dan efektif. Ada jabatan yang sepatutnya bertanggungjawab secara langsung umpama melukut di tepi gantang. Ada tidak bertambah, tak ada pun tidak berkurang. Saya semak di laman sesawang Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri, bukan main gah masing-masing. Yang anehnya, daripada menteri hingga ke pemandu hampir semua kaum India kecuali Setiausaha Politik beliau Melayu. Setiausaha Sulit Kanan, 3 orang Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Sulit, Pengawal Pengiring dan 2 orang pemandu semua India. Yang Melayu hanya kakitangan awam seperti kerani dan sebagainya yang merupakan lantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jika struktur organisasi sendiri sudah menunjukkan dominasi kaum, tak perlu bicara soal perpaduan kaum. Buktikan pada masyarakat apa peranan yang telah dijalankan oleh menteri dan jaba...

MENYINGKAP MISTERI 'SNIPER' MENSASARKAN NAJIB

Image
Sejak semalam negara di lempar mercun bola oleh bekas Perdana Menteri kononnya setahun sebelum PRU14, bilik beliau di Bangunan UMNO Bahagian Pekan dijadikan sasaran 'sniper' berserta jarak yang didakwa dalam lingkungan 200 meter. Mengukuhkan dakwaannya lagi, beliau turut menyatakan ia ditembak menggunakan ‘long-range, high powered sniper rifle’. Tinggi kasyaf Najib boleh tahu jenis senjata digunakan penjenayah. Tambah Najib, ia sebagai isyarat dihantar kepadanya dan itulah puncanya beliau sentiasa menambah tahap kawalan keselamatan ke atasnya. Pertama sekali jika tidak kerana berlaku tembakan 'sniper' tersebut pun sebagai Perdana Menteri sememangnya sentiasa dikelilingi oleh anggota Unit Tindakan Khas tidak termasuk ADC beliau seperti yang diperuntukkan ke atas setiap Perdana Menteri. Oleh itu, tak perlu 'exaggerate' yang bukan-bukan. Persoalan kedua, apakah Najib atau ADC beliau ketika itu sudah membuat laporan polis kerana ianya satu dakwaan serius sehingga ...

HENTI TUDING JARI

Image
Najib sering kita lihat dan dengar tak habis-habis menyalahkan Tun Mahathir dan PH yang dianggap menjadi punca kekalahan BN dan memutar-belitkan isu kononnya gara-gara fitnah. Parti pemerintah dan menteri-menteri juga berhentilah menyalahkan Najib dan UMNO menjadi punca negara gagal dibangunkan. Biarkan hukum mengambil-alih tugasnya menentukan nasib pengkhianat dan penjenayah yang menjarah wang dan khazanah negara. Fikirkan bahawa itulah penyebab utama rakyat membuat pilihan menyahkan BN walaupun 61 tahun menumpuk kuasa. Yang penting PH dan pimpinannya perlu gandakan usaha memulihkan ekonomi negara yang tunggang-langgang akibat kerajaan terdahulu dan buktikan kerajaan yang dipilih mampu melakukannya. Jika kita pernah mendengar ceramah Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad berhubung kisah Adam dan Hawa di syurga, pastinya kita tersedar bahawa selama ini tidak sedikit yang menyalahkan iblis menyebabkan manusia dicampak keluar daripada syurga. Sesungguhnya, jika tidak kerana iblis pun manusia ...

SAZALI KAH YANG BERSALAH?

Image
Bagaimana yakinnya pemilik kapal 'Titanic' sehingga kapal ini pernah digambarkan oleh majalah Shipbuilder pada tahun 1911 sebagai "practically unsinkable" ataupun secara praktikalnya mustahil karam. Ironinya, kapal itu tenggelam pada pelayaran sulungnya menuju Amerika Syarikat hanya beberapa hari sebelum tiba di New York. 15 April 1912 iaitu lebih 100 tahun berlalu, kejadian tenggelarnnya kapal RMS Titanic iaitu sebuah kapal perentas laut paling mewah, besar dan selamat buatan British ketika itu, menemui "ajal" nya di tengah Lautan Atlantik. Kapal ini karam bersama 1,500 penumpang lelaki, wanita dan kanak termasuk juga kru setelah berlanggar dengan bongkah ais pada 14 April 1912 pada 11:40 malam.la tenggelam sepenuhnya pada 15 April 1912, 2:20 pagi di Lautan Atlantik yang beku. Hanya 700 terselamat dari 2,200 orang penumpang dan juga kru. Begitu jugalah nasib BN dan UMNO. Najib, pemimpin UMNO dan barisan menteri kerajaan BN begitu yakin BN/UMNO tidak sese...