Posts

Showing posts from May, 2018

KERAJAAN TEMPE

Image
Semalam di ibunegara,  Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar  Kerajaan Pakatan Harapan  dalam program berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO  dengan mengibaratkan kerajaan Pakatan Harapan seperti 'tempe', pagi masih kacang, petang jadi tempe, esok dah berkulat. Kenyataan ini dibuat kerana  kerajaan Pakatan Harapan didakwa Zahid sentiasa tidak konsisten dalam memberikan fakta. Wah! sebati sungguh darah jawanya dalam tubuh Zahid. Dalam jutaan makanan, 'tempe' juga jadi contohnya. Tempe berasal dari bahasa Jawa kuno iaitu tumpi, makanan berwarna putih yang dibuat dari tepung sagu berwarna putih. Bagi sebahagian orang Jawa di Indonesia, frasa 'mental tempe' dikaitkan dengan maksud lemah atau orang yang merasa terjajah. Malah ada pengusaha tempe yang mengeksport produk ini ke luar negara kecil hati apabila ada yang meremehkan tempe dengan kata, 'jauh-jauh ke Jepang kok buat tem...

MANIFESTO ATAU MONEY_FIASCO

Image
Sudah 14 Pilihanraya Umum (PRU) dijalankan di Malaysia tetapi belum pernah rakyat dilihat begitu tertarik dengan janji dalam manifesto pilihanraya. Malah Pilihanraya Kecil (PRK) yang menjadi fokus banyak pihak setiap kali diadakan tidak pula dijejaki samada manifesto pihak yang menang dilunaskan atau sebaliknya. Janji yang terkandung dalam manifesto PRU13 Barisan Nasional (BN) untuk membina hospital Padang Besar sehingga tamat penggal dan masuk PRU14 hanya tinggal papan tanda berkarat dan lapuk diselubungi pokok. Janji untuk menurunkan harga kereta, kekalkan subsidi bahanapi, dan macam-macam lagi hanya tinggal janji. Dalam PRK Teluk Intan  Pada bulan Mei 2014, setinggi langit janji dihambur untuk memenangkan  Datuk Mah Siew  Keong yang menentang calon Pakatan Rakyat dari DAP  Dyana Sofya.  Antaranya pembinaan institusi pengajian tinggi terkemuka, menara jam condong diisytihar sebagai tapak Warisan Dunia Unesco dan menjadikan parlimen itu sebagai...

HUTANG TETAP HUTANG

Image
Daripada pengamatan di media sosial, nampaknya pemimpin rejim terdahulu disokong juak-juak yang kepanasan masih tidak berpuashati dengan pendedahan hutang negara yang dimaklumkan oleh menteri kewangan yang baru YB Lim Guan Eng iaitu berjumlah  RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017. Dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK. Sementara hutang Jaminan Kerajaan dalam beberapa entiti yang tidak mampu membayar hutang berjumlah RM199.1 bilion atau 14.6 peratus berbanding KDNK. Jaminan kerajaan termasuk entiti seperti Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 billion), Govco Holdings Bhd (RM8.8 billion), Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 billion), Malaysia Rail-link Sdn Bhd (RM14.5 billion) dan 1MDB dengan jangkaan RM38 bilion. Hutang itu mencecah angka RM1 trilion apabila kerajaan persekutuan komited untuk melakukan bayaran pajak, termasuk sewaan, penyelenggaraan...

BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT

Image
Menjadi pendokong kebenaran dan berkata benar tidak hanya kita lakukan kepada pihak yang kita dokong, malah perlu juga berkata benar di pihak yang tidak didokongi. Berkata benar adalah berkata setiap sesuatu dilakukan oleh pihak didokong dan juga tidak didokong samada kebaikan atau kebatilan.  Dalam membedah kemelut politik yang melanda Perlis berhubung isu perlantikan Menteri Besar Perlis juga seharusnya kita memberi keadilan samada di pihak Istana, Datuk Seri Shahidan Kassim dan adiknya serta Datuk Seri Azlan Man. Membedah kemelut politik tak semudah membedah ketuat di jari kaki dan tangan. Ketika dikejar wartawan pagi ini untuk bertanya berhubung perkembangan kemelut perlantikan  Menteri Besar Perlis, Azlan Man yang sedang berjalan masuk ke pejabatnya berkata, sekarang adalah masa untuk bekerja bukan bercakap dan berdrama tanpa mengulas panjang. Wah! Rajin dan sibuk sungguh Menteri Besar yang seorang ini! Sebenarnya siapa berdrama dan siapa yang banyak ca...

POLITIK DERHAKA ATAU SINETRON

Image
"Politik adalah seni serba mungkin" yang bermaksud bukan tentang apa yang betul atau yang terbaik, tetapi tentang apa sebenarnya dapat dilakukan. Ia terkait dengan gagasan 'realpolitik' serta falsafah politik pragmatisme dalam mencapai matlamat.  Mengkaji politik tidak akan terlepas daripada mengkaji gelagat manusia yang menjadi aktor-aktor penting dalam lingkaran politik yang mahu dikaji. Oleh itu, dengan mengenal secara dekat setiap aktor-aktor politik membolehkan kita menelah tentang apa, kenapa, siapa, dan bagaimana politik sedang bergerak dalam jajaran politik tersebut. Kemelut perlantikan Menteri Besar Perlis yang dilihat akan selesai dengan perlantikan  Datuk Seri Azlan Man  pagi tadi tidak lebih bagaikan ungkapan  "Kusangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengahari". Petang tadi  Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim menuntut Datuk Seri Azlan Man yang telah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis dipecat serta...

TO BE RELIGIOUS IS NOT A CRIME

Image
Saya agak teruja dengan jawapan menteri pendidikan yang baru dilantik Dr Maszlee Malik yang ditemubual wartawan Malaysiakini ekoran kritikan terhadap beliau berhubung kecenderungan agamanya dan impak kepada kementerian diterajui. Jawapannya mudah dan ringkas, “to be religious is not a crime”. Menurut Emily L. Earnshaw dalam kertas kajiannya berjudul Religious Orientation and Meaning in Life: an Exploratory Study, “religius bermaksud satu cara pandang seseorang mengenai agamanya serta bagaimana orang tersebut menggunakan keyakinan agamanya dalam kehidupan sehari-hari.” Di mana silap atau salahnya Dr. Maszlee dalam isu berkaitan dan apa kena mengena dengan jawatan menteri diamanahkan kepadanya? Saya menyokong penuh kenyataan Dr. Maszlee tersebut dan seharusnya seluruh rakyat Malaysia mempertahankan kenyataan beliau itu. Namun, dalam realiti kehidupan kita sehari-hari, jenayah atau tidak, salah atau benar letaknya di mana kita berada ketika itu. Jika orang jujur dan amanah berdiri dan...

KEMENANGAN BERSEJARAH JANGAN TINGGAL SEJARAH

Image
Sesungguhnya kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam menumbangkan BN dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini merupakan kemenangan bersejarah. Namun, kemenangan bersejarah tidak mustahil akan tinggal sebagai sejarah jika tidak diuruskan dengan jujur, adil dan berhemah. Sejarah tidak pernah berbohong dan sering melakukan ulangan dengan hanya masa, pelaku dan tempat berbeza. Bagaimana ia berlaku dan punca ia berlaku selalunya mempunyai persamaan.  Jadi janganlah ada yang mendabik dada mengaku kemenangan PH dalam PRU14 ini semata-mata hasil kehebatan dan kesaktian masing-masing. Jauh lebih penting peranan menjatuhkan rejim kleptokrat ini adalah peranan rakyat dibantu pihak-pihak yang sebahagian kita tidak pernah akui peranan mereka.  Tidak kecil sumbangan Clare Rewcastle Brown melalui Sarawak Report memercikkan kesedaran kepada rakyat negara ini yang kemudiannya dikongsi sehingga tular di media sosial berhubung bagaimana dana rakyat di'songlap' oleh penyamun...

BILA CERMIN DAH RETAK

Image
Masalah dengan ramai di kalangan kita adalah enggan menerima hakikat bahawa langit tidak selalu cerah. Walau berpuluh cermin di rumah bersaiz besar pun seakan tidak nampak. Agaknya cermin dah pecah dan tak seindah ketika berkuasa.  Berbagai pandangan dan kritikan dihempas ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh berbagai pihak bukan saja dari penyokong tegar DS Najib Razak dan UMNO, malah lebih aneh di kalangan musuh politik beliau. Semuanya gara-gara pemeriksaan pihak polis yang membawa kepada rampasan item-item yang disyaki mempunyai alasan munasabah bahawa kesemua item-item itu merupakan perkara bagi kesalahan dibawah Sek 4(1) AMLATFPUAA 2001. Daripada kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Komersil Bukit Aman, sehingga semalam sahaja 284 kotak dan 72 beg besar berisi barang kemas, tas tangan, jam tangan dan wang tunai diambil sebagai barang kes. Jumlah nilai kesemua barang dirampas agaknya lebih wajar diandaikan sendiri.  Namun, daripada banyak berita ya...