OH SAZALI!
Dalam monograf berjudul 'Menoleh Sejarah Menyorot Arah, saya tertarik catatan Dato' Siddiq Fadzil dalam bab 'Menoleh Sejarah Menafsir Kisah' di halaman 8 sub topik 'Qarun'. Beliau menyebut, "Qarun memang bersalah kerana memeras, menyalahgunakan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman lain lagi. Tetapi ada lagi yang wajar disalahkan, iaitu sistem yang mengizinkan fenomena keqarunan itu berlaku." Mengaitkan apa yang disebut oleh Dato' Siddiq Fadzil ini, apa yang berlaku dengan pemerintahan di bawah mantan Perdana Menteri Najib Razak dengan segala pemerasan dan penyalahgunaan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman menunjukkan sistem dalam UMNO dan kerajaan pimpinannya begitu teruk dimusnahkannya. Namun, siapa yang telah menghalang beliau dari terus melakukan kerosakan samada dalam UMNO mahupun kerajaan? Daripada Timbalan Perdana Menteri sampai kepada tukang cuci dan daripada Timbalan...