Posts

Showing posts from November, 2018

SEJAUH MANA KEMAMPUAN PASUKAN PENGURUSAN KRISIS KITA?

Image
Isu besar boleh menjadi kecil dan isu kecil boleh menjadi besar bergantung kepada kemampuan kita dalam menguruskan sesuatu isu tersebut. Krisis boleh berlaku samada dari sudut ekonomi, politik, sosial, alam sekitar termasuk bencana alam ataupun melibatkan keselamatan negara seperti yang berlaku dalam insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada Februari 2013. Jika krisis rumahtangga juga memerlukan perantara yang mahir untuk mencari solusi, apatah lagi krisis besar melibatkan keselamatan negara dan rakyat secara amnya. Pastinya sebahagian dari rakyat di negara ini menyedari wujudnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun tidak ramai yang tahu atau memahami fungsi agensi yang memainkan peranan penting dalam mengurus isu-isu keselamatan negara. Malah saya yakin dengan keadaan menteri-menteri kita ramai yang masih baru entah tahu entah tidak wujudnya Pasukan Pengurusan Krisis serta peranan MKN. Kejahilan mengenai fungsi MKN serta bidangkuasanya sudah pasti memberi impak yang tidak sedi...

MINORITI

Image
Keminoritian bukan asas memencil atau menzalimi kelompok ini. Namun, harus diingat, minoriti juga bukan asas untuk berlagak seperti zionis. Walaupun saiznya kecil, tapi lagaknya mengalahkan raksaksa tanpa mengendahkan diri dikelilingi oleh negara-negara Arab. Israel sudah jadi 'jakun' mendapat bunga habis semua jirannya jadi mangsa atau menjadi pecacai mereka. Begitulah juga dengan situasi terkini di negara ini yang memperlihatkan betapa 'minoriti' tidak sedikitpun membenihkan rasa syukur dapat bersama kelompok majoriti yang mengorbankan hak masing-masing demi menghormati kontrak sosial yang dijunjung sejak negara mencapai kemerdekaan. Walaupun kaum India di negara ini hanya berjumlah lebih kurang 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini, ianya tidak dijadikan sandaran oleh kaum lain untuk bermusuhan dan saling menumpahkan kebencian. Namun, janganlah sampai dikatakan kaduk naik junjung diberikan betis, dimintanya paha. Insiden rusuhan kuil di Subang Jaya itu...

MERAKYATKAN PEMIMPIN

Image
1. Agenda merakyatkan pemimpin perlu menjadi fokus utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika mahu kerajaan yang dipilih rakyat dalam PRU14 lalu mampu bertahan dan mengulangi kejayaan dalam PRU akan datang. Harus diingat bahawa kebencian rakyat terhadap pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan dan mencuri khazanah negara masih belum padam dan ia mampu terbakar pada bila-bila masa sahaja. 2. Merakyatkan pemimpin penting kerana jika dibiarkan pemimpin didewa-dewakan atau diri sendiri mendewakan kerusi yang didudukinya, lambat laun, sikap pemimpin sebelum ini yang menggunakan kedudukan mereka sebagai posisi memunggah kekayaan negara ke kantung sendiri dan suku-sakat akan berulang. 3. Mereka juga akan mudah lupa diri dan idealisma yang diperjuangkan sebelum mendapat kuasa bergolek sendiri ke lubang jamban. Rakyat tak perlu didorong-dorong untuk menjadi pemimpin kerana terlebih penawaran dari permintaan. Yang patut dirakyatkan adalah pemimpin kerana berapa ramai sebenarnya pemimpin yang berj...

KAYA & MISKIN

Image
Walaupun manusia itu banyak harta dan wang, tetapi masih lagi korupsi, dia tidak kaya. Dia miskin dan tamak kepada harta dan wang ringgit walaupun sudah menumpuk begitu banyak hasil korupsi. Manusia yang kaya tidak lagi perlukan hasil korupsi yang dijamah dan dipunggah dari kesengsaraan rakyat. Orang yang tidak banyak harta dan wang tetapi tidak korupsi itulah yang kaya dengan amanah dan kejujuran kerana sedar apalah maknanya kekayaan yang runtuh dari keringat rakyat dan orang susah. Berdentum-dentam kononnya pejuang bangsa dan agama tetapi korupsi dia lah juara. Tidak diberi dia meminta kerana apa? Bukan kerana tidak ada wang dan harta, tetapi miskin jiwa dan harga diri. Jika mahu berjihad untuk bangsa dan agama, cukup seperti apa yang disebut Gubernur DKI Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, "Pahlawan Sekarang Tak Perlu Korbankan Nyawa, Cukup Tidak Korupsi Saja". Nilai jumlah harta dan wang bukan letaknya pada sedikit atau banyak tetapi keberka...

ALAHAI PENGHULU!

Image
1. Jawatan penghulu walaupun bermula dengan gred N27 tetapi merupakan jawatan yang dihormati dan disanjungi. Dulu-dulu jika sebut penghulu maka terbayang seorang lelaki yang gagah dan hebat dalam sesebuah mukim dan sudah berumur. Cuba bayangkan penghulu Kampung Semerah Padi filem lakonan P. Ramlee. 2. Namun sekarang, jawatan tersebut yang merupakan jawatan yang disandang penjawat awam lulusan bermula SPM, STP, Diploma dan lainnya, penghulu sekarang ada yang muda dan sekali pandang macam tak percaya pun ada. 3. Sebagai penjawat awam, mereka juga terdedah kepada tindakan tatatertib dan perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepertimana penjawat awam yang lain. Segala pekeling perkhidmatan awam dan perintah am perlu dipatuhi. 4. Siang tadi selepas membeli makanan kucing di Tunjang, Jitra, saya singgah makan tengahari dalam perjalanan balik. Dalam perjalanan nampak sebuah bangunan dengan papan tanda bertulis 'Pejabat Penghulu ....' Di de...

HINDRAF

Image
HINDRAF atau singkatannya Hindu Rights Action Force ditubuhkan pada 2005 oleh Uthayakumar, Waythamoorthy dan beberapa orang lain kononnya bagi memperjuangkan nasib orang India miskin, termasuk menimbulkan isu kematian dalam tahanan polis. Berikutan penahanan Uthayakumar bawah Akta Keselamatan dalam Negeri pada 2007, Hindraf dipimpin sementara waktu oleh R S Thanenthiran, yang kemudian menubuhkan Parti Makkal Sakti untuk menyertai BN. Waythamoorthy yang melarikan diri ke London, kembali ke tanah air untuk memimpin HINDRAF dan menandatangani persefahaman dengan BN sebelum pilihan raya umum ke-13. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun beliau meletak jawatan selepas setahun dan mendakwa Najib gagal menghormati rangka tindak HINDRAF untuk membela kelompok miskin masyarakat India. Pada pilihan raya lepas, beliau menyokong PH. HINDRAF menggunakan laungan slogan Makkal Sakthi yang bermaksud ‘Kuasa Rakyat’. Menurut Jabatan Perangkaan Malays...

KHASHOGGI

Image
Dalam melaksanakan tugas atau misi RAHSIA, risiko ditanggung oleh pelaksana misi RAHSIA atau tugas tersebut amat tinggi bukan saja merbahaya. Lihat saja dalam kes terbaharu pembunuhan wartawan veteran Arab Saudi, Jamal Khashoggi, di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. Pembunuhan secara kejam tersebut pada awalnya dinafikan oleh Arab Saudi tetapi akhirnya terpaksa mengaku dengan pelbagai dalih. Tekanan dari Turki dan antarabangsa akhirnya membuat kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan tegas termasuk menjatuhkan hukuman mati kepada 5 orang dari 'Skuad Pembunuh' yang dikirim oleh mereka seramai 21 orang. Di manakah logiknya mereka ini melakukan tindakan kejam tersebut tanpa mendapat arahan dari pemerintah khususnya Putera Mahkota Arab Saudi Mohamad bin Salman yang didakwa Agensi Perisikan Amerika Syarikat (CIA) sebagai individu memberi arahan tersebut? CIA turut mendakwa salah seorang suspek pembunuhan Khashoggi, Maher Mutreb yang jug...

SIDANG ROH

Image
Kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keputusan itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu. Menurut Jabatan Penjara Malaysia, terdapat 1,279 banduan yang sedang menunggu hukuman mati setakat 11 Oktober 2018. Ia merangkumi 710 warga Malaysia dan 569 warga asing, dan 1,136 lelaki dan 143 perempuan. Sejumlah 932 daripada mereka dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala 317 lagi kerana kesalahan bunuh. Seramai 366 banduan sedang membuat rayuan dan 355 lagi menunggu pengampunan, yang mungkin diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan jawapan parlimen, dalam tempoh 1960 hingga 2011, sejumlah 51.7 peratus yang dijatuhkan hukuman itu atas kesalahan penyeludupan dadah dan 17.7 peratus atas kesalahan bunuh. Sejumlah 33 banduan digantung sejak 2010 hingga 2018....

WAKIL RAKYAT

Image
Negara ini sesungguhnya kaya dengan CALON WAKIL RAKYAT. Ianya hanya berlaku ketika ura-ura pilihanraya akan diadakan sehinggalah detik kemenangan atau kekalahan diumumkan. Ciri-ciri WAKIL RAKYAT impian benar-benar membaluti seseorang yang kepingin banget mahu jadi CALON WAKIL RAKYAT. Bukan saja mengangkat sampah atau membersih kuburan, malah kalau ada yang tidak malu, boleh saja minta calon itu mencuci punggung selepas melepaskan air yang maha besar. Tapi semuanya hanyalah sementara. Sebaik keputusan diketahui, yang menang akan bertukar menjadi WAKIL PEMIMPIN bukannya WAKIL RAKYAT kerana hanya menuruti kemahuan pemimpin bukannya rakyat. Yang kalah hilang entah ke mana hanya Allah, malaikat dan syaitan yang mengetahui. Rakyat akan hanya didatangkan harapan lagi untuk CALON WAKIL RAKYAT mithali apabila guruh berdentum dan petir saling menyambar pilihanraya akan datang lagi. Tapi malangnya, RODA IMPIAN ini akan terus berpusing selama-lamanya begitu. Bak kata filem P Ramlee, "... be...

PARTI MENGUASAI KERAJAAN

Image
Malaysia boleh dikira sebagai negara aneh kerana bukan saja kapal terbang sebesar stadium bola sepak boleh hilang tanpa dikesan, wanita mengandung diletupkan, pendakwa ditongdramkan dengan kuku dicabut-cabut, yang buat laporan polis disumbat ke dalam sel penjara sedangkan penyangak tersenyum simpul di luar sana, malah perebutan menguasai parti jauh lebih ribut dari mangsa kebuluran berebut makanan. Jika difikirkan kenapa harus bermati-matian berebut untuk menguasai parti? Fikir saya kerana mereka tahu dengan menguasai parti mereka akan menguasai kerajaan. Begitulah apa yang terjadi ketika di zaman batu dan zaman edan ketika BN dan UMNO berkuasa di mana Najib paling berkuasa kerana kerajaan dipimpinnya begitu ketat menguasai parti. UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO sehinggakan rakyat tidak mampu berbuat apa-apa hatta undang-undang tertinggi negara iaitu perlembagaan negara juga longlai dibuatnya. Pemimpin UMNO 'selamba rock' kata Ustaz Kazim mengarahkan para birokrat itu...